ZIONIS MENGGANAS KE ATAS UMAT ISLAM

Sunday, December 28, 2008



Kekejaman rejim Zionis sungguh menakutkan, pembunuhan yang mereka lakukan ini dianggap satu mainan kepada rakyat Palestine. Zionis terus-terusan mengganas terhadap penduduk Palestine terutamanya mereka yang tinggal di semenanjung Gaza. Pembunuhan yang kejam ini seolah-olah mendapat restu dari A.S dan tidak dilihat oleh PBB.

Adakah PBB di pukau oleh Zionis???
Bagaimana pula warga Islam yang lain khususnya warga Arab???
Arab lagi HAPRAK!!!
Hanya membantu seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
Negara Islam yang lain???
HAMPEH!!!
Tidak memberi pertolongan yang sewajarnya bagi membantu rakyat Palestine yang sedang sengsara ini.






Rejim Zionis ini cuba sedaya upaya untuk menghapuskan seluruh warga Palestine dan mereka Zionis ini tidak akan memberi belas kasihan walau sekelumit kuman sekalipun. Ramai kanak-kanak yang menjadi korban dari KERAKUSAN Zionis ini. Ramai kanak-kanak yang hidupnya yatim piatu manakala wanita pula kehilangan suami akibat di BAHAM oleh Zionis KEPARAT ini. Masyarakat antarabangsa seperti menghalalkan kekejaman yang sedang berlaku berpuluh-puluh tahun ini. Tidak ada inisiatif dalam menangani kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestine. Ianya seolah-olah dihalalkan oleh dunia atas apa yang dilakukan Zionis ini.






Malaysia juga termasuk dalam Negara OIC dan kurang menghulurkan bantuan bagi membantu rakyat di bumi Palestine ini. Saya sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam berharap agar kerajaan Malaysia dapat membuat satu tabung derma bagi membantu kesusahan rakyat Palestine. Sumbangan yang diberikan sekarang tidak mencukupi dalam membantu saudara Islam kita di Palestine dalam menghadapi kekejaman Zionis.
Saya sekali lagi menyeru kepada semua rakan-rakan bloggers agar dapat kita membawa isu ini ke tengah dan seterusnya ke peringkat atasan pemerintahan negara bagi menjayakan misi membantu rakyat Palestin.
Sumbangan kita pada rakyat Palestine ini dapat meringankan kesukaran mereka dalam menghadapi keganasan rejim Zionis ini.


SAYA BERHARAP KITA RAKYAT MALAYSIA DAPAT MENYUMBANG BAGI MEMBANTU RAKYAT PALESTINE YANG SEDANG DITINDAS.
DAN SAYA JUGA BERHARAP KERAJAAN MALAYSIA MERUJUK HAL INI KEPADA DUNIA DAN MEMBUAT BANTAHAN ATAS APA YANG REJIM ZIONIS LAKUKAN TERHADAP RAKYAT PALESTINE.
Kedatangan 1 Muharram 1430 seharusnya membuatkan kita bermuhasabah.

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP