KHAS BUAT PERWAKILAN UMNO

Monday, March 16, 2009


" KALAU KITA DALAM SITUASI
DI MANA KAPAL KITA
HENDAK TENGGELAM,
APABILA TITANIC KITA SUDAH
MULA MENJUNAM SEDANGKAN
KITA TIDAK BERBUAT APA-APA,
SAYA TIDAK TAHULAH
MACAM MANA."

MUHYIDDIN YASSIN
( MINGGUAN MALAYSIA-AHAD,13.04-2008)


Itulah kata-kata ikhlas dari tan sri muhyiddin yassin
selaku seorang tokoh yang sudah lama di dalam
UMNO dan juga kerajaan.
Sebagai seorang anak melayu dan beragama Islam
beliau sememangnya sayangkan Tanah Melayu ini.
Beliau sayang akan Bangsa Melayu
Beliau juga berjuang dalam menegakkan Islam.


Siapa Tan Sri Muhyiddin Yassin???
Mari kita melayari siapakah beliau....



Dengan penglibatan yang meluas beliau dalam arena politik
serta pengalaman dalam mengetuai kerajaan ataupun pentadbiran sememangnya beliau seorang tokoh yang dikagumi oleh
masyarakat Malaysia khususnya negeri Johor Darul Takzim.

Sejarah Perjalanan Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehinggalah ke hari ini. Dan beliau akan bertanding pada pemilihan agong ma ini bagi merebut jawatan timbalan presiden UMNO.

Ketokohan beliau dalam menjalankan sesuatu tugas di dalam umno sememangnya amat membanggakan.
Pada pemilihan agong UMNO nanti Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden UMNO. Beliau akan bertanding bersama-sama Ali Rustam dan Taib Mahmud

Apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah sifat kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membuat satu anjakan paradigma bagi memulihkan UMNO yang sememangnya tercalar kesan dari pru ke 12 yang lepas bersama Dato Najib.
Saya sememangnya menyokong Dato Sri Najib untuk menjadi presiden UMNO dan seterusnnya memikul tanggungjawap sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi terus memperkasakan Malaysia ini bagi mencapai Wawasan 2020.

Saya juga menyokokong sepenuhnya Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan juga menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang mana akan berganding bahu bersama Dato Seri Najib dalam membangunkan negara ke arah kecemerlangan.

Peralihan kuasa ini tidak akan berlaku sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan nya bagi meminta peralihan kuasa ini di lakukan dengan segera jika UMNO ingin pulih setelah kekalah PRU ke 12 yang lepas. Ini di lakukan bagi membuat satu perubahan dalam memperkasakan UMNO dan juga memberi masa dengan secukupnya sebelum PRU ke 13 nanti bagi manarik semula masyarakat agar terus menyokong UMNO.


Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya merupakan calon pilihan dalam mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno nanti. Rata-rata bahagian telah mencalonkan beliau bagi mengisi jawatan yang akan di pertandingkan nanti.

Namun adakah para perwakilan nanti akan mengundi pilihan
yang terbaik bagi menentukan nasib umno dan negara???
Adakah para perwakilan akan mengelak dari
sebarang unsur rasuah politik wang??
semuanya terpulang pada para perwakilan
pada pemilihan agong nanti.

Apa yang nyata umno perlukan perubahan.
UMNO perlukan pemimpin di kalangan mereka
yang bersih dari SKANDAL dan POLITIK WANG.

Masyarakat akan membuang UMNO pada PRU ke 13 nanti jika pemimpin yang di pilih adalah di kalangan mereka yang pernah terbabit dengan skandal dan politik wang. Masyarakat juga akan meminggirkan UMNO jauh-jauh jika pemimpin ini tidak membawa perubahan kepada negara dan masyarakat.
Rata-rata ahli UMNO dan masyarakat dari pelbagai kaum juga mengikuti perkembangan UMNO ini. Dan pada pemilihan agong ini juga masyarakat malaysia bahkan dunia juga akan sama-sama mengikuti proses pemilihan ini.



Para perwakilan akan mengundi calon pilihan mereka dan ianya merupakan satu tanggungjawap yang berat pada perwakilan ini memandangkan pemilihan pada kali ini merupakan pemilihan bagi memberi nafas pada UMNO setelah TSUNAMI POLITIK yang melanda pada PRU ke 12 yang lepas.
Sesungguhnya pemilihan kali ini akan mengubah senario politik tanah air bagi menjamin UMNO agar dipercayai dan di yakini oleh rakyat malaysia bagi menghadapi yang PRU ke 13 akan datang.

"SAYA SANGGUP
TANGGUNG RISIKO,
ITU TIDAK MENGAPA,
SETIDAK-TIDAKNYA SAYA
SUDAH MENYATAKAN APA
YANG HAK ( BENAR )
KERANA INI ADALAH SESUATU
YANG PERLU DI LAKUKAN.
INI BUKAN SOAL MAIN-MAIN,
TIDAK PERNAH BERLAKU
DALAM SEJARAH UMNO
DAN NEGARA KITA
BERHADAPAN DENGAN SITUASI BEGINI,"
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

10 comments:

Anon 00 March 16, 2009 at 6:07 AM  

Bukan Taib Mahmud... tapi Muhammad bin Muhammad Taib atau ringkasnya Mat Taib... Taib Mahmud tu Ketua Menteri Seumur Hidup Sarawak!

Baginda Reformasi March 16, 2009 at 8:14 AM  

gomo... umno samanye dengan melayu.. kalau melayu dah tentu islam... poie tetak MCA tu..

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-mahkamah-syariah-mca-cine-bukit-ni.html

Panglima Perang Cyber March 16, 2009 at 8:20 AM  

Harap DS NAJIB dapat timbalan yang terbaiklah.

Calon lain bagus juga cuma belum masanya barangkali.

Bagus jika dapat dua calon lain mengundurkan diri untuk beri ruang selesa kepada Tan Sri Muhyidin.

Parpu Kari March 16, 2009 at 11:40 AM  

Aku rasa sebenarnya penulis blog ni anti-BN sebenarnya. Dia saja je buat article bodoh merapu cam ni supaya org yg datang blog ni lebih benci pada BN. Syabas GOMO! Teruskan lagi keja anda! Lagi byk merapu lagi bagus.

bungaraya March 16, 2009 at 1:24 PM  

saya dah mula fening lalat.

Jeffry March 16, 2009 at 5:25 PM  

SALAM BRO
MUDAH2AN PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN KALI INI AKAN BERJLN LANCAR DAN SEPERTI YG KITA MAHUKAN. TAN SRI MUHYIDDIN MMG SEORG TOKOH YG BERKALIBER. DAN AKU SEBAGAI WARGA JOHOR AMAT BERBANGGA JIKA BELIAU DI LANTIK KERANA PENGALAMAN DAN KETOKOHAN BELIAU DLM PERSADA POLITIK TANAHAIR KHASNYA.

APA PUN TIDAK KIRA SIAPA JUA YG DIANGKAT MENJADI ORG NO. 2 DS NAJIB HARUS LA MENERIMA DGN HATI YG TERBUKA..WALHHAUALAMM

gotahlantun March 16, 2009 at 6:32 PM  

GOMO,

SEPATUTNYA DULU LAGI MASA TAHUN ALIF KITA DAH ANGKAT BRO MUHYIDDIN NI. KITA LETAK DIA DIATAS, EDEN RASA DIA ADA KEMAMPUAN YANG LUAR BIASA UNTUK MEMEGANG TAMPUK UMNO DAN NEGARA.

KITA TUUNNGU...
KALAU TAK POCAYO...KOGREK JARI EDEN.

Parpu Kari March 16, 2009 at 8:39 PM  

HIDUP TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN!!!

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP