TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SEMEMANGNYA LAYAK SEBAGAI TMBALAN PRESIDEN UMNO
Friday, March 20, 2009
"... ketika ini, UMNO memerlukan calon
yang terbaik untuk memperkasakan parti.
Mereka kata susah nak jumpa Muhyiddin,
dia tidak tahu senyum dan tidak bergaul,
tetapi Tan Sri Muhyiddin adalah orangnya
untuk pikul tugas dan tanggungjawab
Timbalan Presiden"
Ketua UMNO Bahagian Seremban
The Star
11 Januari 2009
Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan suatu nama yang asing dalam politik dan pentadbiran negara. Beliau telah melalui pelbagai era kepimpinan sejak zaman Tun Hussien Onn. Beliau juga telah menempuh gelora politik yang melanda namun tabah dan cekal menggapai gelombang demi perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin matang pada usia muda.Ketika rakan sebaya masih berusaha membina kehidupan, beliau telah mengetuai sebuah kerajaan. Beliau mampu mengemudi bahtera UMNO dan kerajaan negeri mengharungi taufan dan badai hingga disegani kawan dan juga lawan. Sentuhannya di peringkat pusat sentiasa menyemarakkan suasana. Muhyiddin Yassin kepimpinannya terbukti dan teruji. 12 Mac 2009
Tan Sri Osman Saat.
Muhyiddin terpilih sebagai wakil rakyat bagi Parlimen Pagoh pada pilihanraya umum 1978 dan mengekalkannya pada pilihanraya umum 1982. Terdahulu, Muhyiddin dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar, seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Perdagangan dan Industri. Pada pilihanraya umum 1986, Muhyiddin kembali ke Johor untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang. Kemenangan di Bukit Serampang memberi laluan beliau ke saujana sebagai Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986.
MENGURUS DAN MENANGANI KRISIS
Muhyiddin adalah seorang yang berpengalaman luas dalam politik dan kerajaan. Beliau telah melalui pelbagai era penuh krisis meliputi krisis politik, ekonomi, sosial mahupun perlembagaan. Dengan pengalaman dan kebijaksanaan yang dimiliki, Muhyiddin berjaya mengurus semua krisis itu dengan cemerlang.
Pemilihan UMNO 1987 telah menyebabkan perpecahan di kalangan ahli parti, hingga UMNO akhirnya diharamkan. Perpecahan yang berlaku sangat menggusarkan hati Muhyiddin. Lebih-lebih lagi apabila perpecahan itu berlaku di Johor yang dianggap kubu kuat UMNO. Kerana cintakan bangsa dan mahu perpaduan bangsa melalui wadah UMNO diperkuatkan, Muhyiddin mengambil insiatif mengadakan Perhimpunan Melayu Johor pada 18 Disember 1988. Natijah daripada perhimpunan ini,
orang Melayu, malah telah berjaya
mengembalikan sokongan mereka
kepada UMNO. Muhyiddin bukan saja
berjaya menyelamatkan UMNO malah
telah memperkukuhkan lagi kedudukan
Dr Mahathir sebagai presiden parti. Itulah
kesetiaan Muhyiddin kepada UMNO dan
pucuk pimpinan parti.
Muhyiddin terus diuji bagaikan ‘diluah mati emak, ditelan mati bapak’. Peristiwa yang membabitkan seorang jurulatih hoki di Istana Bukit Seren Johor Bahru pada 30 November 1982 menimbulkan krisis baru kepada krisis perlembagaan yang sedia wujud. Bagaikan menarik rambut di dalam tepung Muhyiddin menangani krisis ini secara berhemah. Di pihak kerajaan, Muhyiddin patuh arahan Perdana Menteri namun pada masa yang sama, beliau menjunjung tinggi kesetiaannya kepada Baginda Sultan
PILIHANRAYA KE-12
Pilihanraya ke 12 yang lalu meninggalkan kesan dan keinsafan mendalam di hati Muhyiddin. Beliau sedih dan bimbang apabila ramai orang melayu tidak lagi berpihak kepada BN dan UMNO. Untuk merungkai masalah ini, Muhyiddin bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan UMNO, menjelajah ke seluruh Negara
untuk mendapatkan maklum balas di peringkat akar umbi. Hasilnya orang melayu di sana mahukan perubahan.
untuk memastikan survival UMNO dan BN berterusan. Kebimbangan Muhyiddin adalah berasas. Perubahan perlu dilakukan segera untuk memberi ruang kepada pengganti presiden memulihkan keyakinan ahli UMNO dan rakyat, terutama untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
KRISIS SOSIAL
Isu belia merupakan isu nasional dan salah satu faktor terpenting dalampembangunan modal insan. Ketika menjawat Menteri Belia dan Sukan, Muhyiddin melihat masalah belia dalam konteks yang lebih luas. Perhatian khusus beliau kepada generasi muda adalah di atas kesedaran bahawa beliau merupakan pemimpin masa depan Negara. Ini telah mendorong beliau menggubal Dasar Belia Negara bagi menjadikan para belia lebih terarah sebagai aset penting dalam pembangunan negara. Program Rakan Muda yang berjaya menarik lebih 500,000 penyertaan belia, telah menjadi sebahagian daripada ‘blue print’ Wawasan 2020.
Pengalaman hampir 40 tahun di dalam politik dan 23 tahun mentadbir lapan kementerian, bukan saja telah mengangkat Muhyiddin sebagai pemimpin yang sangat berpengalaman tetapi juga berwibawa dan berketerampilan untuk memperkasakan UMNO dan memajukan negara. Beliau adalah pemimpin yang telah teruji atau ‘tested leader’ dan kepimpinannya terbukti.
ANTARA JASA DAN PENCAPAIAN
MENTERI BESAR JOHOR
Johor mengalami anjakan paradigma ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar dari 1986 - 1995. Kebijaksanaan beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor dengan pertumbuhan melebihi 9 peratus limatahun berturut-turut. Di bawah petadbiran Muhyiddin, negeri Johor mengalami guna Tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia. Kemajuan Johor di bawah pimpinan Muhyiddin mencemaskan Lee Kuan Yew sehingga memaksa dirinya memberi amaran kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati kerana jika tidak, Johor akan menandingi Singapura.
MENTERI BELIA DAN SUKAN
Muhyiddin menggubal Dasar Belia Negara ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Beliau juga menggerakkan program Rakan Muda yang telah mendapat sambutan di luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia diperkenalkan. Program Rakan Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian daripada blue print pembangunan Wawasan 2020. Muhyiddin yang peka dengan perkembangan sukan telah menggerakkan operasi pembersihan rasuah bolasepak ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Ketegasan Muhyiddin membanteras rasuah telah menyaksikan hampir 100 orang pemain bolasepak ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah serta dikenakan tindakan.
Sentuhan Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998 sebaris dengan acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia. Ia berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan Komanwel 1998. Acara itu juga menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak penyertaan pertama tahun 1950an dengan menggondol 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Muhyiddin telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan’. Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian tidak lagi dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah dalam pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu berminat menceburi bidang pertanian.
Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA dengan konsep baru sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan, pengenalan kepada teknologi pertanian dan informasi informasiterkini.
Muhyiddin turut bertanggung jawab mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk memajukan industri pertanian negara.
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Selepas pilihanraya umum 2008, Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sebaik saja memasuki pejabat di MITI, Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan “Think Business” sebagai teras Kementerian. Tujuannya supaya para pegawai di MITI memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia. Walaupun baru setahun di bawah kepimpinan Muhyiddin, MITI telah menampakkan kejayaan dalam memperkemaskan industri dan menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.
BIODATA
Lahir pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor. Berumahtangga dengan Hajah Noorainee Abdul Rahman pada 22 Ogos 1972. Mereka diikurniakan empat cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan Yassin, dan empat cucu.
Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani Muar dan Ismail School Muar.Sekolah Tinggi Muar.
1970-1974 - Penolong Setiausaha (Latihan dan Biasiswa) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
1974 - Penolong Pegawai Daerah Muar, Johor.
1974 - Pengurus Perjawatan SGS Ates Sdn Bhd.
1974-1978 - Pengarah Urusan Sri Saujana Bhd.
1974-1978 - Pengarah Syarikat Equity Mal (Johor) Sdn Bhd.
1975-1977 - Pengarah Urusan Sergam Bhd.
1978-1982 - Ahli Parlimen Pagoh.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pagoh.
1986-1995 - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang.
ANGGOTA PENTADIRAN KERAJAAN/
1. Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri (Mulai Julai 1981).
3. Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Mulai Jun 1983).
4. Menteri Besar Johor (Mulai 13 Ogos 1986 hingga 6 Mei 1995).
5. Menteri Belia dan Sukan (Mulai 7 Mei 1995 hingga 13 Disember 1999).
6. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
(Mulai 14 Disember 1999 hingga 12 Januari 2004).
7. Menteri Pertanian (Mulai 13 Januari 2004 hingga 21 Mac 2004).
8. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 22 Mac 2004 hingga 2008).
9. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(Mulai 19 Mac 2008 hingga sekarang).
JAWATAN POLITIK:
1971 - Ahli UMNO Bahagian Pagoh Muar Johor.
1974-1976 - Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor.
1976 - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh.
1976-1982 - Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor.
1982-1986 - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor.
1982-1986 - Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
1985 hingga - Ketua Bahagian UMNO Pagoh. sekarang
1986-1995 - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.
1987 - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.
1993 - Naib Presiden UMNO Malaysia.
2000 - Naib Presiden UMNO Malaysia.
2004 - Naib Presiden UMNO Malaysia.
1. Yang Dipertua Royal Johor Country Club (1986-1995).
2. Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Johor (1986-1995).
3. Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Johor (1986-1995).
1974 - Pingat Ibrahim Sultan (PIS).
1979 - Bintang Sultan Ismail (BSI).
1980 - Setia Mahkota Johor (SMJ)
1988 - Panglima Setia Makhota (PSM) membawa gelaran Tan Sri.
1991 - Setia Paduka Mahkota Johor (SPMJ) membawa gelaran Dato’.
2007 - Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) membawa gelaran Dato’ Seri.
2009 - Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak (PNBS) membawa
gelaran Datuk Seri.
jawatan Timbalan Presiden! Tapi Tan Sri Muhyiddin Yassin
jauh lebih berpengalaman dan lebih senior berbanding saya.
Saya baru 10 tahun berada dalam kabinet sedangkan Tan Sri
Muhyiddin sudah 23 tahun di sana! Saya telah lihat biodata dan
pencapaian Tan Sri Muhyiddin, dan saya dapati beliau jauh lebih
jawatan itu? Tan Sri Muhyiddin terbukti berkemampuan. Jika
saya bertanding jawatan itu juga, sedangkan Tan Sri Muhyiddin
jauh lebih layak, itu menunjukkan saya ini hanya mementingkan
diri sendiri. Tetapi saya lebih mengutamakan parti! Saya mahu
parti menjadi kuat. Dato’ Seri Mohd Najib bakal menjadi Presiden
dan Perdana Menteri dan saya mahu Timbalannya ialah seorang
yang berpengalaman yang dapat membantu dan menyokong
Najib untuk memperkukuhkan parti, seterusnya memberi
keyakinan kepada rakyat. Gandingan Najib-Muhyiddin akan
memberi keyakinan kepada rakyat.”
- Dato’ Seri Nazri Aziz – The Star 8 Mac 2009.








18 comments:
salam bro GOMO
Insyallah saya doakan semoga bakal Timbalan Presiden UMNO merangkap YAB TPM kita adalah Tan Sri Muhyiddin. berbanding yang satu lagi, eloklah Tan Sri M menjadi Timb. Presiden dan TPM sebab imej yang diperlukan sebagai bakal TPM ini mestilah ada kredibiliti dan boleh memimpin serta memberi buah idea dan pandangan untuk kemajuan negara..
Tun Mahathir pun memberi sokongan beliau kpd Tan Sri M, marilah wahai bakal pewakilan UMNO yang akan bersidang. kalau yang telah termakan budi, tolak ketepi utamakan kepentingan bangsa kita..
kami memberi tangungjawab ini kepada kalian kalau kalian membelot maka kalian akan dikutuk oleh anak bangsa akan datang..
Isyaallah Tan Sri M akan menang dalam jawatan Timbalan Presiden UMNO
salam
salam
'Tan Sri M akan menang dalam jawatan Timbalan Presiden UMNO'??
'Datuk Mukriz M akan menang dalam jawatan Ketua Pemudaa UMNO'??
tungguuuuuuuuuuuuuuu
mari kita tgk...
saper yg kena...
salam setiakawan
-ahlang--
Muhyiddin bakal menjadi Timbalan Presiden UMNO? Aku rasa Mahyuddin tak sesuai menjadi Timbalan Presiden UMNO. Orang yg sesuai bergandingan dgn Najib yg penuh dgn rekod hitam itu ialah Muhd Taib dan bukannya Muhyiddin yg lebih bersih sikit (bersih sikit ajer) dari Najib dan Muhd Taib.
Mengikut Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman, Muhd Taib dilihat mempunyai peluang untuk memenangi jawatan itu pada pemilihan parti minggu depan.
Beliau berkata, Muhammad Taib mungkin akan mendapat 'undi terpijak' daripada penyokong Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin melucutkan kelayakannya untuk bertanding.
"Peluang Muhammad Taib secara tidak langsung sangat cerah untuk menang dalam pemilihan nanti," kata Dr Ahmad. Penyokong Mohd Ali berkemungkinan menyalurkan perasaan marah mereka dengan cara memberikan kemenangan kepada Muhd Taib.
Pasti ada yg berkata: haruskah mereka yg banyak bergelumang dengan rekod hitam silam menjadi Timbalan Presiden UMNO? Tapi bagi mereka yg rapat dan mengenali peribadi Najib, tentu mereka bersetuju pasangan yang paling sesuai untuk wira C4 itu ialah Muhd Taib, wira yg pernah melarikan putri raja dan wira yg menyeludup wang tunai $A1.26 juta ke Australia. Sejarah Najib sendiri dipenuhi dengan pelbagai skandal dan rekod hitam, jadi bukankah lebih sesuai beliau berpasangan dengan individu yang juga memegang banyak rekod hitam seperti Muhd Taib?
Oleh itu bagi memastikan Umno terus kelihatan hitam legam, pasangan yang paling sesuai untuk Najib yang berekod hitam itu ialah Muhd Taib yang juga punya banyak rekod hitam. Jika Najib berpasangan dengan Muhyiddin mentadbir negara, tak berapa sesuai kerana satu hitam legam, satu lagi kelabu asap. Biar hitam legam pasangannya juga hitam legam.
Respect la bro GOMO,
U nie Setpol Muhyidin ker?
atau pernah jadi pegawai khas Muhyidin..??
Yes bro, Muhyidin paling layak utk duduk as our nation's 2nd Man to assist Najib
SALAM BRO
SESAPE YG NAIK JD ORG NO. 2 AKU TETAP SOKONG ASALKAN UMNO ADA PERUBAHAN, LEBIH TELUS, LEBIH BERANI, LEBIH MANTAP DAN YG PENTING SEKALI LEBIH RADIKAL DRP DULU!!
WALLAHUALAMM
SALAM BRO
SESAPE YG NAIK JD ORG NO. 2 AKU TETAP SOKONG ASALKAN UMNO ADA PERUBAHAN, LEBIH TELUS, LEBIH BERANI, LEBIH MANTAP DAN YG PENTING SEKALI LEBIH RADIKAL DRP DULU!!
WALLAHUALAMM
gandingan yg mantap..terus kan perjuangan...
SOMUT.....SOMUT.,
KANG DEN SOMBUR DONGAN RINSET, TORUS MODA..
MENAIKAN DARAH TINGGI DEN YO..
ABUK PUN TARAK..!!
APA PUN BRO UNTUK PEMIMPIN MASA DEPAN UMNO DAN NEGARA, KITA MESTI TOLAK MUHYIDIN DENGAN SEGERA KEATAS SUPAYA DAPAT MENGIMBANG SUASANA POLITIK MASAKINI DI TANAHAIR.
INSYAALLAH.
tak yah sembur2 kencing terus je atas semut 2..mangkuk tingkat punye semut....
Ditanya tentang calon pilihannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, Dr Mahathir berkata, "Saya fikir apa yang tinggal ialah seseorang yang..ialah, tidak boleh membaca Bahasa Inggeris dan oleh itu dia buat sesuatu yang salah di Australia..
JADI PILIHAN SAYA IALAH TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.
SATU KOPALO DONGAN DEN.
mane pegi kuda kepang ni?...
muhyiddin ok tapi mukhriz tu tak tau
la boleh lepas atau tak...
kj bukan tunggul.
SALAM ZALI....
HU..HU..HU...
FIRST TIME KAU MASUK DENGAN BERHEMAH DALAM BLOGG AKU NI...
SYUKUR..DAH BERUBAH KAU RUPANYA...
mudah-mudahan lepas la..takde manusia yg sempurna ape2 pun aku sayang bangsa aku...bangun melayu!!!bangun!!!
Singkir Najib.
Tan Sri Muhyiddin layak untuk No.1
TS Muhyiddin Berani, Bersih Rasuah, Bersih Skandal, Masa depan UMNO bergantung kepada TS Muhyiddin.
Hidup Muhyiddin
Pergi Mampus Najib
Pergi Mampus Kunyit
Pergi mampus Parpukari
Pergi Mampus GOMO
Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
AKU SOKONG, AKU SOKONG, AKU SOKONG
Mereka kata susah nak jumpa Muhyiddin,
dia tidak tahu senyum dan tidak bergaul,
pendapat itu saya setuju ..fist time melihat beliau di Prmtg Pauh masa PRK dulu . dia datang ke pejabat UMNO bahagian lalu buat bodoh je terus masuk ..kita di luar tak perasaan dia datang belakang ..kalau adab melayu ,datang rumah orang beri salam dan bersalaman ke dahulu ..
ALi rustam memang dia tidak dibenarkan bertanding dan kareer politik dia sudah habis ..tetapi sifat yang bagus ada pada Ali ialah mesra rakyat ,tidak sombong ,ramah ,tegas dan itu sebabnya negeri Melaka tidak kena tsunami PRU 12 .
muhyidin kalau hendak sangat jawatan TPM ,perlu berubah sikap jangan terlau anggap diri itu elit sangat dan tidak suka senyum
sebagai ahli UMNO ,oleh kerana calon aku sokong Ali Rustam sudah tiada ..maka Muhyidin kita nampak harapan untuk menang setelah pencabar terkuatnya dikenakan kad merah ..
sekarang ini perebutan kuasa sedang hebat dan tidak boleh dibendung lagi ..tikam kawan dari belakang sudah jadi lumrah dalam UMNO ..kesian Ali Rustam ,malang bertimpa-timpa untuk dirinya ..
sudah LDU tidak benarkan dia bertanding ,kini PKR pulak mendesak dia meletakkan jawatan .memang konspirasi untuk kuburkan karier politik ALI RUSTAM .
ZALI DH DPT HIDAYAH
ALHAMDULLILAH BRO..
INSYALLAH MUKHRIZ ANAK JD KETUA PEMUDA UMNO YG BARU..WALLAHUALAMM
Post a Comment