Live Dari Hassan Ali- Khalid Samad Perlu Disingkirkan Dari PAS
Monday, October 26, 2009
Khalid Samad MP Shah Alam akan di GUGUR kan dari PAS.
Khalid Samad telah di gesa oleh akar umbi untuk di singkirkan dari PAS pada persidangan yang akan di buat dalam masa terdekat ini. Khalid Samad di labelkan sebagai punca perpecahan dalam PAS pada masa ini.
Hassan Ali juga menafikan kenyataan Nik Ajis dengan mengatakan kepada hadirin bahawa bukan beliau yang hendak sangat akan kerajaan Perpaduan dengan UMNO ini. Tetapi ada individu lain dalam PAS yang telah merancang isu ini untuk menyingkirkan beliau.
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

2 comments:
TAK ADA NAK SINGKIR2 NYA PAPA GOMO.
UMNO NAK BERGABUNG DENGAN PAS NI IBARAT TAHI NAK LETAK BAWAH TUDUNG SAJI LAH!!! BODOH BETUL PAPA GOMO.
ATAU SEPERTI USTAZ NASARUDDIN KATA TENTANG PENGAT (SEJENIS DESERT ORG KELANTAN YANG SANGAT SEDAP SPT; PENGAT PISANG, PENGAT LABU) IBARAT NAK CAMPUR TAHI DENGAN PENGAT, ORANG WARAS TAK AKAN BUAT BEGITU.
KANG ORANG SEBUT PENGAT TAHI, TAK PERNAH DIBUAT ORANG LAGI SETAKAT INI. NANTI ADA ORANG TANYA "MU MAKAN PENGAT GAPO TU?" LALU PAPA GOMO JAWAB "MAKAN PENGAT TAHI"...
TAKKAN JADI LAGU TU. KECUALI ADA ORANG TAK ADA OTAK YANG LAKUKAN (MAKSUD SAYA ORANG GILA)..
BUKAN TAK BULEH BERGABUNG PAS DENGAN UMNO, TAPI UMNO TU KALAU BETUL2 NAK BERGABUNG DEMI PERPADUAN ISLAM BUKAN PERPADUAN MELAYU, TUKAR ASAS2 UMNO DAN NAMA UMNO KPD ISLAM BULEH SELALU KALAU NAK BERGABUNG BILA2 MASA.
Hasan melalui satu sidang medianya telah menyerang cara Selcat mengendalikan penyiasatan awamnya sehingga memalukan pegawai kerajaan yang memberikan keterangan dalam sidang Selcat.
Padahal, sebagai Exco, Hasan boleh bangkitkan rasa tidak puashati beliau itu dalam mesyuarat Exco yang diadakan saban minggu. Ini tidak, dalam mesyuarat Hasan hanya mendiamkan diri tetapi cukup hebat dalam membuat kenyataan-kenyataan media.
Apabila Hasan menyerang Selcat melalui media, sudah pasti rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat di Selangor akan marah. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika bercakap dengan wartawan Singapura tidak memberikan ulasan pedas tetapi berkata:
"Inilah masalah kami. Kami main bola tetapi tiba-tiba ada antara ahli pasukan kami main ragbi," katanya.
Khalid juga telah menghantar satu surat khas kepada Presiden PAS berkaitan dengan isu ini.
Apa yang berlaku di Selangor telah memberikan signal yang negatif terhadap PAS dalam bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan. Dalam masa yang sama, apa yang berlaku di negeri ini juga menjadi contoh penting kepada seluruh negara.
Ia disahkan lagi melalui keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila PAS kalah teruk di situ. Antara puncanya kerana dikatakan pengundi Cina dan India tidak memberikan sokongan penuh kepada calon PAS. Dengan mudah jari ditunjukkan kepada Hassan Ali sebagai puncanya.
Kalau begitu, apa pula yang Nik Aziz marahkan kepada pimpinan PAS. Nik Aziz marah kerana beliau melihat para pemimpin PAS yang ada semacam membela Hasan pula. Ini kerana, bagi beliau, semua pemimpin kanan PAS yang ada sekarang rakan sepasukan Hasan dalam isu kerajaan perpaduan.
Bahkan pihak yang dianggap sebagai musuh Hasan dalam politik Selangor, iaitu Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam diserang oleh pemimpin PAS dalam beberapa siri mesyuarat Pakatan Rakyat.
Kalau begitu bagaimana cara menyelesaikan perkara ini? Mesyuarat agung luar biasa yang bakal berakhir macam MCA atau bertindak tanpa perlukan mesyuarat sebegitu.
Menurut seorang ahli Parlimen PAS di Selangor, seseorang harus dihukum dan bertanggungjawab ke atas segala masalah ini untuk mempastikan semua yang lain termasuk nama baik parti terselamat. Beliau mencadangkan, Hasan Ali yang mesti dihukum.
Beliau mencadangkan agar Hasan melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri Selangor kerana nampak sangat beliau tidak boleh lagi bekerja dalam pasukan Pakatan di Selangor.
"Dia sudah main ragbi ketika ahli pasukan lain main bola. Jadi dia yang kena kad merah," kata beliau.
Post a Comment