Kerajaan BN Sekarang Di Lihat Lebih Memanjakan Bangsa

INFO TERKINI

Blogger Pakatan untuk Kelantan di bayar RM4 Juta. Blogger P.Pinang Di Bayar Puluhan Ribu sebulan dan menerima pingat PJK. Blogger Perak di bawah Nizar terima elaun bulanan Ribuan ringgit sebulan. Dan sekarang Blogger Selangor di bawah Khalid Gagap terima dana perang Cyber RM15 Juta. Wow..hebat Pakatan Pembangkang,Pemimpin depa menghargai Sumbangan Pejuang Cyber!!! UMNO dan BN? Takpa...Fisabillilah katakan

Barack Obama Menghormati Pahlawan Melayu Di White House

Monday, November 30, 2009



Pahlawan Melayu

"Dr. Jamaludin Jarjis memakai baju Melayu, bersamping dan bertanjak bergambar bersama Barack Obama selepas menyerahkan watikah pelantikannya sebagai duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat di White House pada 4 November lepas.Turut serta isteri Jamaluddin, Datin Sri Dr. Kalsom Ismail (dua dari kiri) dan anak-anak beliau Nur Anis dan Nurul Alia.

NEW YORK 22 Nov. – Tarikh 4 November 2009 tentunya akan meninggalkan banyak kenangan kepada Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis yang secara rasmi menyerahkan watikah pelantikan sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) kepada Presiden Barack Obama.

Berbanding dengan tradisi diplomatik berpakaian sut sebelum ini, Jamaluddin memasuki White House seperti pahlawan Melayu dengan baju Melayu dan tanjak. Malah, beliau sempat bertutur dalam bahasa Melayu dengan Obama.


Katanya, beliau yang datang ke White House bersama isteri dan dua anaknya memilih berpakaian Melayu kerana merasakan Obama yang pernah tinggal di Indonesia lebih terbuka dengan adat masyarakat timur.


“Obama dalam reaksinya berkata beliau pernah melihat pakaian seperti itu. Ini merupakan satu penghormatan kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.


Sambutan Obama, kata Jamaludin yang juga Ahli Parlimen Rompin, sangat mesra yang memperlihatkan pemahamannya terhadap Malaysia dan Islam serta hubungan rapatnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu dan perbualan telefon sebelum ini merupakan petanda baik bahawa hubungan Malaysia-AS kini menuju ke era baru. – UTUSAN.



Gomo sebagai anak Melayu di bumi Malaysia ini memberikan tabik spring pada Dato Sri Dr Jamaludin Jarjis dan seluruh keluarganya. Tindakan Dato Sri Dr Jamaludin Jarjis ini yang memakai pakaian Melayu dengan siap Bertanjak ini membuktikan pada U.S. malah seluruh dunia Malaysia ini adalah Bumi Melayu yang mana tidak akan hilang di telan zaman.



Tindakan Dato Sri Dr Jamaludin Jarjis ini sesungguhnya memberikan satu contoh yang baik kepada semua rakyat Malaysia khusunya Bangsa Melayu. Ianya juga patut di jadikan contoh kepada mana-mana Duta Malaysia yang akan berkhidmat di Negara Asing kelak.


Dato Sri Dr Jamalaudin Jarjis layak diberikan gelaran

Pahlawan Melayu


Psssttt.....Teringin juga nak pakai macam tu lagi, tapi dah lepas. Kalau pakai lagi mahu nya perang dengan wife..ha ha ha

Klik Di Sini Pejuang Melayu
PERKASA

5 comments:

GomoGeromal November 30, 2009 5:40 PM  

Sungguh segak dan gagah Pahlawan Melayu kita ni...! Lengkap dengan keris di pinggang.

Sayangnya Pahlawan Melayu kita ni tak pandai berpencak silat dengan keris... lebih mahir menggunakan tapak tangan! Terbukti bila tapak tangannya digunakan untuk TEPUK PUNGKUK gadis Melayu... habis gempak 1M'sia dibuatnye!

Tak kan Melayu hilang di dunia...
Tapi kalo mcm ni punya meLAYU, hilang pun takpa...

Langsi November 30, 2009 11:53 PM  

Cuba tanya sikit kat Pahlawan Melayu Terakhir tu....

Ape dia rasa kalo si Obama TEPUK PUNGKUK makdara kat sebelah dia, pastu di TEPUKnya juga PUNGKUK dua dara (???) kat sebelah MakDara tu...

Melenting macam si JalakLenting tak si Pahlawan Melayu tu?

Setuju dgn GomoGeromal, kalo setakat Melayu macam JJ ni... kalo hilang kat dunia ni, takkan ditangisi pun...

Bila nak letak jawatan MP... ngabih kan boreh yo!

Khairul Salleh December 2, 2009 1:55 AM  

assalamualaikum

Saya bukan orang malaysia tapi orang Brunei

Mengapa sampai tahap menghina macam ni kan bagus datuk jj pakai baju macamtu maka akan termaktub dalam sejarah america cara pemakaian pembesar melayu

saya tau anda membenci dia kerana dia UMNO tapi dia tetap melayu dan islam


walaupun saya bukan orang malaysia tapi saya bangga kat dia kerana dia orang melayu

AntiRaba December 2, 2009 10:40 PM  

Menteri suka raba punggong

Langsi December 3, 2009 12:28 AM  

Salam Khairul...

Moral dia kat sini bukannya baju PahlawanMelayu yg dia pakai tapi perangai yg dia pakai... dok TEPUK PUNGKUK anakdara orang!

SNIPPET

AWARD

The Funny Blogger Award
Awarded by PasMuda to Gomo

WORLD

free counters

About This Blog

Blogg ini memaparkan pandangan penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana pihak!!! Namun apa yang pasti.....

ANWAR PENGKIANAT BANGSA

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP