RESOLUSI 2/2009 ISU PALESTIN DAN ZIONIS SERTA PANDANGAN BPN

Wednesday, January 14, 2009

RESOLUSI ISU PALESTIN DISERANG ZIONIS ISRAEL
DAN CADANGAN SERTA TINDAKAN BPN


1.BPN DENGAN INI MENGUTUK SEKERAS KERASNYA TINDAKAN ISRAEL MENCEROBOH PALESTIN TERMASUK MEMBUNUH ORANG AWAM YANG TIDAK BERDOSA DENGAN SEWENANG WENANGNYA.

2. 2.KAMI JUGA MENDESAK AGAR RAKYAT MALAYSIA BERSATU DENGAN MEMBOIKOT BAGI MELEMAHKAN EKONOMI SEMUA SYARIKAT YANG ADA KAITAN DENGAN ISRAEL@ZIONIS DAN MISI MEMBOIKOT INI HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA SERIUS, DAN BUKAN SEKADAR SAMBIL LEWA UNTUK PERHATIAN DUNIA SAJA.

3. BPN MENGGESA MESIR SUPAYA TERUS MEMBUKA SEMPADANNYA DENGAN PALESTIN SUPAYA BANTUAN KEMANUSIAAN DAPAT DISALURKAN DENGAN KADAR YANG SEGERA DISAMPING MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT PALESTIN UNTUK BERLINDUNG DI MESIR

4. PROTES MEMBOIKOT INI AKAN DITERUSKAN SEHINGGA ISRAEL@ZIONIS AKUR DENGAN RESOLUSI-RESOLUSI PBB DAN KEAMANAN PALESTIN DIKEMBALIKAN SEPERTI SEDIAKALA..

5. BPN MENGGESA MALAYSIA MENGADAKAN SATU SIDANG TERGEMPAR OIC BAGI MENGHANTAR TENTERA NEGARA ISLAM DI SEMPADAN PALESTIN UNTUK MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA PEJUANG PALESTIN.

6. PERTUBUHAN OIC PERLU MENGESA LIGA ARAB MEMAINKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KEMANUSIAAN BAGI MEMBANTU DALAM APA JUA BENTUK SOKONGAN KEPADA PALESTIN.

7. BPN MENGESA SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG MENYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL mereka DENGAN MENYERTAI PEMIMPIN KERAJAAN MEMBAKAR BENDERA ISRAEL DAN US SEBAGAI TANDA BANTAHAN KERAS MEWAKILI PAKATAN RAKYAT.

8. BPN MENGGESA NEGARA-NEGARA OPEC MELAKUKAN SIDANG TERGEMPAR BAGI MENYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA DALAM MENANGANI KRISIS ISRAEL DAN PALESTIN.

9. RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA DIGESA MENYUMBANGKAN SEBANYAK MUNGKIN WANG RINGGIT UNTUK RAKYAT PALESTIN DI SAMPING MEMBACA YASIN SEKALI SEHARI BAGI ORANG ISLAM YANG BERKESEMPATAN serta MENDOAKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN AKAN KEMBALI PULIH DISANA...

10.. BPN MENARUH HARAPAN AGAR NEGARA KITA JUGA AKAN SELAMAT DARI DITIMPA NASIB YANG MALANG SEPERTI MEREKA YANG SUDAH SEMAKIN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT TANAH PUSAKA WARISAN KELUARGA SAMADA DENGAN RELA ATAU PAKSA.


Dicatat oleh Panglima Perang Cyber di Wednesday, January 14, 2009

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP