MAT SABU DAN KARPAL MELIWAT ANWAR AL-JUBURI

Wednesday, March 11, 2009



Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000. Seluruh rakyat Malaysia dan mungkin seluruh dunia akan mengikuti perbicaraan ini yang akan menentukan hidup dan mati DS Anwar dalam politik.






Antara tahun 1997 dan 1998 ceramah-ceramah Sdr.Mohamad Sabu yang memang terkenal sebagai 'ayam laga' atau 'ayam sabung'
Parti Islam SeMalaysia itu. Caranya yang bersahaja, cerita-cerita jenaka, selain maklumat-maklumat terkini politik tanah air.


Salah satu maklumat terkini dan paling panas ketika itu ialah gosip-gosip berkenaan Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim berhubung dengan salahlaku moralnya,







sehingga Sdr Mohamad Sabu menggelarkannya sebagai


Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi.



Lebih melucukan lagi Parti Sdr Mohamad Sabu sendiri sekarang sedang bersengkokol dengan parti DS Anwar Ibrahim. Sekarang ini orang yang disebut Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi menjadi sahabat pula kepada parti Mohamad Sabu dan melantiknya pula sebagai
Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.


Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden Pas sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.



Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku lima bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.







Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar.Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.




Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama?





Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu”?



Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks.
Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap
Tun Dr. Mahathir pada masa itu?



Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini.



Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti.Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.





Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya.


Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.




Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar.Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.







SUMBER PETIKAN DI PETIK DARI AIDC

OLEH BLOGGER

amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

PADA KAWAN....
EMMM KARPAL YANG PEGANG
ANWAR AL-JUBURI NI....
MAT SABU HANYA
MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH....
ANWAR SEDANG KEPANASAN MENJELANG
30HB MARCH INI.
SEMAKIN DEKAT SEMAKIN KETAKUTAN
ANWAR AL-JUBURI

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP