TS MUHYIDDIN YASSIN CALON TERBAIK BERGANDINGAN BERSAMA DS NAJIB
Tuesday, March 24, 2009
Telah disahkan bahawa Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak akan menjadi Presiden UMNO Malaysia pada 28.3.2009. Siapa pula yang akan terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO yang akan membantu membuat pembetulan persepsi rakyat terhadap UMNO.
Di tandingi 3 ahli UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), Dao Seri Ali Rustam (DSAR) dan Tan Sri Mohamad Mohd Taib (TSMMT). Namun Dato Seri Ali Rustam telah pun di kenakan tindakan dari Lembaga Disiplin Umno dah di sahkan tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan kali ini atas faktor politik wang!
Dari segi pencalunan di peringkat bahagian bahagian,
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat lebih pencalunan dari DSAR dan TSMMT
Dari tinjauan populariti dikalangan ahli ahli akar umbi, masih lagi TSMY mendapat kelebihan untuk berganding dengan Dato Najib. Ahli ahli akar umbi percaya teguran yang di buat oleh TSMY dalam apa jua isu adalah bertepatan dengan masa dan sesuai dengan keadaan. TSMY juga dikatakan disenangi dan tidak mempunyai apa apa masalah dengan Dato Najib. TSMY juga adalah kepimpinan lapisan muda yang dihasilkan dibawah produk Tun Dr Mahathir di awal 80an dahulu.
Di kalangan perwakilan UMNO pula, rata rata mengakui kehebatan dan ketajaman pemikiran TSMY dalam membuat cadangan dan teguran secara berhemah untuk kepimpinan MKT UMNO sendiri ataupun kepada ahli ahli biasa UMNO. Mereka amat mengetahui semasa UMNO tewas pada p/raya ke 12, TSMY telah dengan segera membuat post mortem tersendiri akan sebab sebab kekalahan tersebut yang amat tidak di sukai oleh Presiden. TSMY juga telah dengan segera memulihkan semangat ahli ahli Parti untuk terus kekal setia dengan UMNO sementara mencari formula pembaharuan untuk susunan semula UMNO.
Perwakilan UMNO juga menyedari bahawa TSMY telah mewujudkan 'fear factor' kepada barisan pembangkang dengan kehadirannya samada di parlimen atau piihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. TSMY sentiasa mempunyai tafsiran dan cara tersendiri untuk menangkis propaganda Pembangkang terhadap Kerajaan, UMNO dan BN.
Pengalaman TSMY menerajui beberapa Kementerian Utama di dalam Kerajaan telah memberikan kelebihan yang amat banyak kepada beliau. Rakyat Malaysia masih mengingati Sukan Komanwel 1998 yang mendapat pengiktirafan dan penglibatan terbesar dari Negara Negara Komanwel sendiri. TSMY adalah Menteri Sukan yang diberi tanggungjawab penuh untuk menjayakan sukan tersebut. Apabila TSMY menerajui KHEPDN, ternyata harga harga barang dapat dikawal dan amat berkurangan kes barangan yang di sorok. KLIK DI SINI

TSMY juga cemerlang sebagai MB Johor suatu ketika dulu. Johor dibawah kepimpinan TSMY menjadi tunjang kekuatan UMNO dan tidak langsung dapat ditembusi pihak PAS.
Rasuah politik yang semakin menjadi jadi di dalam UMNO di katakan akan menggugat pemilihan pucuk pimpinan Parti UMNO kali ini. Walaubagaimanapun, TSMY akan menggunakan segala pengalaman dan pengetahuannya untuk memastikan politik wang dibendung bukan sahaja untuk dirinya malahan untuk UMNO itu sendiri. Tentu sekali perwakilan UMNO tidak akan membiarkan UMNO dilemahkan dengan cara politik kotor lagi menjijikkan yang sekiranya dibenarkan akan menutup rapat peluang UMNO pada pilihanraya yang ke 13 nanti.

TSMY sememangnya layak dalam memegang peranan sebagai Timbalan Presiden Umno di atas pencapaiannya di dalam UMNO mahupun Tugas yang di sandangnya. TSMY juga merupakan calon yang bersih dari sebarang skandal. TSMY telah mengharungi zaman suka duka bersama UMNO sejak mula menyertai UMNO dari KLIK DI SINI sehingga sekarang.
DI SUNTING OLEH GOMO
PARA PERWAKILAN UMNO PADA PEMILIHAN INI PERLULAH MENGUNDI CALON YANG TERBAIK DI KALANGAN TERBAIK BAGI MEMULIHKAN UMNO.
JIKA CALON YANG PILIH TERDIRI DARI MEREKA YANG KORUP NESCAYA UMNO AKAN DI LUPAKAN PADA PRU KE 13 AKAN DATANG.
INI LAH MASANYA BAGI KITA SELURUH AHLI UMNO KHUSUSNYA BANGSA MELAYU MEMBERIKAN YANG TERBAIK PADA KEPIMPINAN KITA DALAM MEMBERI UMNO NAFAS BARU.
UNDILAH
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
DARO MUKHRIZ MAHATHIR
Read more...