LUAHAN DATUK IBRAHIM ALI-Malaysiakini

Saturday, April 11, 2009


DATUK IBRAHIM ALI MENUNGGU PINANGAN DARI UMNO SELEPAS DIPECAT 7 TAHUN LALU SEMASA ERA PAK LAH. KENYATAAN DATUK IBRAHIM ALI INI TELAH MEMBERIKAN SATU TAMPARAN YANG HEBAT KEPADA PAS UMUMNYA NIK AZIZ NIK MAT. KLIK MALAYSIAKINI


IBRAHIM ALI SEMEMANGNYA SEORANG ANAK MELAYU SEJATI YANG BERANI BERJUANG DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU INI. SEBAGAI PENGERAK PERKASA, IBRAHIM ALI JUGA TURUT SERING BERSAMA-SAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR DARI DULU SEHINGGA LAH SEKARANG INI. SEMEMANGNYA IBRAHIM ALI MERUPAKAN ANAK MELAYU SEJATI YANG SANGGUP MENGGADAIKAN APA SAHAJA BAGI MEMBELA KEPENTINGAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.


SAYA PERNAH BERJUMPA DENGAN IBRAHIM ALI PADA AWAL BULAN FEBUARI BERSAMA-SAMA DENGAN BEBERAPA RAKAN BPN YANG LAIN DALAM MENEMUBUAL IBRAHIM ALI AKAN KEMELUT YANG MELANDA DIRINYA APABILA PAS MENYURUH BELIAU MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN PASIR MAS KERANA TIDAK MENGENANG JASA PAS. UMUM MENGETAHUI YANG IBRAHIM ALI TELAH MEMENANGI PARLIMEN PASIR MAS PADA PRU KE 12 LEPAS ATAS CALON BEBAS TETAPI MENGGUNAKAN LOGO PAS. DAN SEBAB INI JUGA NIK AZIZ AMAT MARAH APABILA YB IBRAHIM ALI MENGKRITIK CARA PAS DALAM MENGELUARKAN SESUATU KENYATAAN.


PADA HAKIKATNYA NIK AZIZ LAH YANG TELAH MEMINTA IBRAHIM ALI MENGGUNAKAN LAMBANG PAS KERANA NIK AZIZ TAHU BAHAWA PENDUDUK PASIR MAS MERUPAKAN PENYOKONG KUAT KEPADA IBRAHIM ALI. BANYAK PEMBANGUNAN DAN MASAALAH RAKYAT YANG DIBERI PERHATIAN OLEH IBRAHIM ALI INI. DAN SEBAGAI CALON BEBAS PADA WAKTU ITU IBRAHIM ALI MENERIMA PELAWAAN NIK AZIZ ITU BAGI BERTANDING MENENTANG CALON DARI BN.


PAS TAHU JIKA PAS BERTANDING DI PASIR MAS MENENTANG IBRAHIM ALI DAN CALON DARI BN MAKA PAS AKAN TEWAS KERANA PENGUNDI AKAN BERPECAH KEPADA 3 DAN NIK AZIZ SENDIRI MENGAKUI BN AKAN MENANG. DAN OLEH KERANA ITU LAH NIK AZIZ TIDAK MELETAKKAN CALON PAS SEBALIKNYA MEMBERIKAN IBRAHIM ALI LAMBANG PAS BAGI DIPANGKAH OLEH PARA PENGUNDI. DAN KEPUTUSANNYA IBRAHIM ALI TELAH MENANG BESAR MENEWASKAN CALON BN IAITU DARI UMNO.


NIK AZIZ YANG MENAWARKAN BUKAN IBRAHIM ALI YANG MENANGIH SIMPATI. NAMUN NIK AZIZ TELAH LUPA, SAMA ADA LUPA ATAUPUN NIK AZIZ BUAT-BUAT LUPA HANYA ALLAH YANG DAN NIK AZIZ SENDIRI YANG TAHU. SEGALA KOS PADA PILIHANRAYA ITU JUGA DIBIAYAI OLEH IBRAHIM ALI SENDIRI MALAH PARA PETUGAS PAS YANG MEMBANTU IBRAHIM ALI JUGA DI BERI SUMBANGAN BAGI MEMBANTU JENTERA PILIHANRAYA IBRAHIM ALI.


PADA PERTEMUAN ITU JUGA KAMI BPN BERTANYAKAN HALA TUJU POLITIK IBRAHIM ALI SELEPAS KENYATAAN NIK AZIZ ITU. DAN JAWAPAN IBRAHIM ALI AMAT MENGHARUKAN KAMI YANG ADA PADA MASA ITU. IBRAHIM ALI MENYATAKAN YANG BELIAU AKAN MASUK KE DALAM UMNO JIKA TUN DR MAHATHIR KEMBALI KE PANGKUAN UMNO SEMULA. PADA IBRAHIM ALI HANYA UMNO YANG MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU INI. SESUNGGUHNYA IBRAHIM ALI AMAT MELAYU JIWANYA DAN AMAT PERIHATIN AKAN KEADAAN MALAYSIA TIKA INI.




TERNYATA PENJELASAN IBRAHIM ALI AMAT MEMUASKAN KAMI DAN KAMI JUGA MENANYAKAN BEBERAPA SOALAN YANG AGAK PEDAS AKAN KEMELUT YANG MELANDA AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU INI. DAN KATA IBRAHIM ALI HANYA SATU....


ANWAR IBRAHIM PUNCA SEGALA KEMELUT YANG BERLAKU INI. ANWAR IBRAHIM LAH YANG TELAH MEMECAHBELAHKAN BANGSA MELAYU. ANWAR IBRAHIM LAH YANG TELAH MENGGADAIKAN APA YANG ADA.


UNTUK MAKLUMAN IBRAHIM ALI DAN ANWAR IBRAHIM MERUPAKAN TEMAN SEMASA SAMA-SAMA BELAJAR DAN MAT SABU JUGA MERUPAKAN KENALAN MEREKA INI. IBRAHIM ALI TAHU SIAPA ANWAR DAN APA AGENDANYA. MALAH IBRAHIM ALI SERING MENASIHATI ANWAR SEMASA ANWAR BERADA DI DALAM KABINET SEBAGAI MENTERI KEEWANGAN. DAN SEHINGGAKAN MAT SABU SENDIRI PERNAH MENGELARKAN ANWAR AL-JUBURI.TERNYATA RAKAN ANWAR PADA MASA BELAJAR DAHULU KENAL DAN TAHU SIAPA ANWAR AL-JUBURI INI.


PERBUALAN KAMI YANG BERMULA DARI JAM 08.30 MALAM BERAKHIR SEHINGGA JAM 1.45 PAGI BERSAMA DATUK IBRAHIM ALI DAN PEMBANTUNYA DISERTAI RAKAN DATUK IBRAHIM ALI DATUK USTAZ IBRAHIM AZMI RAKAN KEPADA HAJI HADI SEMASA SAMA-SAMA BELAJAR DI MESIR DULU. TERNYATA BANYAK MAKLUMAT DAN KETERANGAN YANG BERGUNA BUAT KAMI SAMA ADA DI PERSEMBAHKAN KEPADA UMUM MELALUI BLOGG KAMI MAHUPUN SEBAGAI PEDOMAN KAMI.


DATUK USTAZ AZMI JUGA BANYAK MENCERITAKAN ILMUAN ISLAM DAN AGENDA ANTARA PAS INI YANG SEMEMANGNYA BANYAK BERCANGGAH DALAM ISLAM ITU SENDIRI.


SEORANG PEMIMPIN YANG SERING SAKIT-SAKIT BAGAIMANA HENDAK MEMIMPIN RAKYAT DAN NEGARA NYA??? SEHARUSNYA LETAK JAWATAN. ITULAH ANTARA PETIKAN KATA-KATA DATUK USTAZ AZMI. DAN KITA RAKYAT RENUNG KAN LAH....


SAYA YAKIN JIKA DATUK IBRAHIM ALI MENYERTAI UMNO MAKA UMNO KELANTAN AKAN KUAT DAN MENYENTAP PAS KESELURUHANNYA. PENGARUH IBRAHIM ALI DI KELANTAN AMAT BESAR DAN RAMAI. PENDUDUK PASIR MAS AMAT MENYENANGI TINGKAH LAKU IBRAHIM ALI INI KERANA SETIAP MASAALAH PENDUDUK SAMA ADA BERLAINAN FAHAMAN POLITIK SERING DI SELESAIKAN IBRAHIM ALI INI. MALAH PEMBANGUNAN DI PASIR MAS SERING DI TINGKATKAN OLEH IBRAHIM ALI INI. SEHINGGAKAN SETIAP PROJEK YANG DIJALANKAN DI DAERAH PASIR MAS DIBERI GELARAN IBRAHIM ALI @ POK HIM


NIK AZIZ DAN TEAM EDROGAN AMAT GENTAR JIKA IBRAHIM ALI MASUK KE DALAM UMNO. KERANA PAS AKAN KEHILANGAN PENYOKONG DAN PARA PENYOKONG AKAN BERALIH KEPADA IBRAHIM ALI SETERUSNYA UMNO. DENGAN SIKAP LANTANG DAN TEGAS IBRAHIM ALI INI MENGKRITIK KERAJAAN MAHUPUN PARTI PEMBANGKANG DI DALAM DEWAN DAN DI LUAR DEWAN TELAH MENGAMBARKAN YANG IBRAHIM ALI INI BUKAN SEORANG PENGAMPU MAHUPUN PAK TURUT.


IBRAHIM ALI TEGAS DAN AKAN BERJUANG DALAM MEMBELA AGAMA ISLAM YANG SEMAKIN CUBA DI CABUL OLEH MEREKA YANG MEMPUNYAI AGENDA JAHATNYA KINI.


IBRAHIM ALI BERJUANG DALAM MENYATUPADUKAN BANGSA MELAYU AGAR KEMBALI KUAT DAN DIGERUNI BANGSA LAIN AGAR JANGAN CUBA MEMIJAK BANGSA MELAYU INI DENGAN AGENDA-AGENDA SERONG PUAK PEMBANGKANG KINI.

IBRAHIM ALI BERJUANG DALAM MEMPERTAHANKAN TANAH MELAYU INI DARI TERUS-TERUSAN DIROGOL OLEH MEREKA YANG CUBA BERNIAT JAHAT DENGAN MENJADIKAN MALAYSIA INI REPUBLIK.


SEMEMANGNYA IBRAHIM ALI LAYAK MENYERTAI UMNO DAN SETERUSNYA MENJADI PENGERUSI UMNO NEGERI KELANTAN BAGI MENAWAN KELANTAN PADA PRU KE 13 NANTI. TERNYATA KELANTANGAN IBRAHIM ALI DALAM MENDAULATKAN AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU INI TIDAK DAPAT DI SANGKAL LAGI.


MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP