MELAYU ATAU CINA YANG UNTUNG???

Sunday, April 12, 2009


Kecelaruan landskap geopolitik hari ini pernah dirasai oleh generasi lalu ketika era pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Hari ini suasana politik menyaksikan BN telah kehilangan majoriti suara di Parlimen. Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas kisah PRU 1969 adalah lebih kurang kepada persamaan hari ini. Cuma kita tidak dikejutkan dengan rusuhan kaum yang melampau.

Semasa Pilihan Raya Umum 1969, Parti Perikatan telah kehilangan majoriti yang menyaksikan parti pembangkang iaitu DAP, GERAKAN dan PPP telah merampas beberapa negeri yang asalnya dibawah pentadbiran Perikatan.(jikalau tidak silap saya)
Situasi yang sama berlaku pada hari ini, apabila 5 negeri telah ditawan pembangkang semasa PRU ke-12 lalu. Semasa PRU 1969, berlaku tindakan protes undi daripada bukan Melayu khususnya Cina dan segelintir orang India serta Melayu yang mendapat sokongan moral daripada PAP, parti yang mentadbir Singapura.


Bukan Melayu ketika itu mengambil contoh Lee Kuan Yew sebagai role model. Mereka berpendapat, jika seorang Cina seperti Lee Kuan Yew yang datang dari Tanah Besar China mampu mempunyai sebuah negara bernama Singapura apatah lagi yang boleh dilakukan selain dari tidak menyokong perikatan.

Atas motivasi itu, undi protes bukan Melayu telah menengelamkan Perikatan selepas Tuanku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965 dengan mengambil motivasi Lee Kuan Yew menjadi pemerintah di sebuah tanah asing iaitu tanah melayu. MCA dan MIC ditolak mentah-mentah kerana dianggap budah suruhan UMNO.

Dalam atmosfera politik hari ini, apa yang berlaku adalah harapan yang diberi oleh Anwar Ibrahim dan sikap lurus PAS boleh mengulangi landskap politik tahun1969. Anwar Ibrahim telah mewujudkan harapan itu apabila pentadbir bumi bertuah ini tidak mustahil bukan Melayu boleh menjadi penguasanya. Lihat PAS, bukan Melayu dengan senang hati mempolitikkan ayat-ayat Al-Quran demi survival politik masing-masing.

Beliau secara sedar telah menghantuk orang Melayu UMNO dan orang Melayu PAS/PKR dikedudukan terperangkap (check mate). Orang Melayu khususnya yang membenci pemerintah merasakan adalah demokrasi jika bukan Melayu juga boleh bertindak sebagai pemerintah. Itulah yang berlaku seperti mana ketika referendum diadakan sebelum Singapura dikeluarkan oleh Malaysia.

Orang Melayu pada masa itu berpendapat, biarlah mereka mengikut Singapura jika di Singapura mereka mampu mendapat kehidupan yang lebih baik dan sempurna daripada tinggal di Malaysia. Mereka menyokong dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan rakan di Malaysia dengan harapan Singapura mampu memberi sinar harapan kepada mereka. Lihatlah hari ini dimana kedudukan orang Melayu di Singapura.

Anwar Ibrahim mahukan semua itu berlaku bagi memudahkan beliau menjadi Perdana Menteri seperti yang diidam-idamkan. Orang Melayu secara membabi buta menyokong tanpa sedar ada pihak yang lebih merasakan keuntungannya disebalik konflik ini. Tetapi dalam tidak sedar, Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang telah memberi isyarat kepada golongan chauvinisme bahawa kesedaran telah timbul di kalangan orang Melayu.

Anwar Ibrahim benar-benar telah merosakkan perpaduan yang dikecapi rakyat Malaysia hari ini. Tambahan pula PAS sebuah parti yang mengaku memperjuangankan Islam sebenarnya telah diperkudakan untuk memecahbelahkan umat Melayu hari ini. Di satu ketika Anwar memperkudakan PAS, DAP memperkudakan Anwar Ibrahim dan PAS diperkudakan DAP dan Anwar Ibrahim. Acuan perjuangan mereka sentiasa berubah mengikut iklim politik.

Sebenarnya, Bukit Gantang adalah petunjuk untuk pemerintah melihat arah sokongan orang Melayu kembali kepada perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak keistimewaan yang diperolehi tanpa ada pihak yang boleh mempersendakan keistimewaan itu. Ternyata niat dan keinginan telah tercapai dan PAS masih lagi berkhayal dengan dokongan politik rakan sepakatan yang sentiasa berubah-ubah.

Perpaduan yang telah dikecapi selama ini adalah yang terbaik dan berbaloi untuk semua kaum merasa aman dan sejahtera kerana pendekatan yang digunapakai pemerintah adalah yang terbaik dan bertolak ansur. Didalam sesebuah kerjasama, kepuasan semua pihak kadang kala sukar untuk dipenuhi tetapi dengan kebijaksanaan menangani dan mempelajari sejarah lampau tidak mustahil permasalahan itu boleh diatasi.

Jika orang Melayu sendiri kuat dan bersatu padu adalah tidak mustahil kuasa politik itu boleh dikekalkan kerana hanya kuasa politik yang dapat mempertahankan bumi bertuah ini daripada dijajah dengan rakus oleh pihak-pihak yang menunggu kesempatan yang sesuai untuk mengubahnya.

Tugas berat terletak kepada penguasa baru untuk memperbetulkan sonsang politik yang telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim. Ambil ikhtibar daripada sejarah lalu kerana isu perpaduan pernah mengheret bumi bertuah ini kedalam kancah berdarah yang tidak ingin dikenang seluruh hidup ini.

IHSAN GARAMANIS

ANWAR AKAN MENGGADAIKAN AGAMA
ANWAR AKAN MENGGADAIKAN BANGSA
ANWAR AKAN MENGGADAIKAN NEGARA

MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP