SERBA SEDIKIT INFO DARI A.KADIR JASSIN

Tuesday, April 14, 2009



A. KADIR JASSIN DAN INFONYA BAGI TATAPAN KITA SEMUA UNTUK MAKLUMAN....

1. DAP adalah jelmaan Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party) Singapura. Ia mengambil alih peranan PAP di Malaysia apabila Singapura keluar Malaysia pada tahun 1965;

2. DAP diasaskan pada tahun 1967 dan sejak itu Lim Kit Siang menjadi supremo -- orang kuatnya -- dengan memegang pelbagai jawatan, menjadikannya ketua parti yang paling lama memegang jawatan;

3. Dialah juga ideologue yang menentukan ideologi, dasar dan kepemimpinan parti itu;

4. Dia adalah kata pemutus. Ambil contoh gesaan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini supaya Anwar Ibrahim berhenti menjadi ketua de facto gabungan tidak rasmi Pakatan Rakyat. Kit Siang menyangkalnya dan berkata itu hanya pendapat peribadi Karpal;

5. Ramai aktivis DAP yang tidak sebulu dengan beliau atau yang lebih karismatik seperti Lee Lam Thye, Kirk Kim Hock dan Wee Choo Keong disingkirkan;

7. Akhirnya, anak beliau, Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agong iaitu jawatan nombor satu DAP dengan Karpal Singh sebagai ketua pada nama “figurehead” sahaja;

8. Kamaruddin Jaafar adalah orang kanan Anwar dalam Abim dan Yayasan Ada. Dia ikut Anwar masuk Umno pada awal tahun 1980an dan melalui Umno membina landasan politik arus perdananya. Seorang yang baik, waras dan intelek;

9. Apabila Anwar disingkir daripada Umno dan Kerajaan pada tahun 1998, dia keluar Umno. Dia tidak menyertai reformasi sebaliknya masuk Pas dan menjadi Ahli Parlimen sejak 1999;

10. Dr Hassan Ali mencipta nama sebagai pakar motivasi keluarga yang berjaya di segi populariti dan kewangan. Dia mencipta nama hasil promosi media massa arus perdana, khasnya radio dan TV.;

11. Mohamed Azmin Ali adalah petugas peribadi Anwar yang paling rapat dan akrab dengan Ketua Pembangkang itu. Pada 1 Okt. 1987, ketika berusia 23 tahun dia dilantik Pegawai Khas Anwar dan seterusnya sebagai Setiausaha Sulit. Azmin amat akrab dengan bosnya sehingga keluarganya dianggap sebagai sebahagian daripada isi rumah Anwar;

12. Abdul Khalid Ibrahim adalah eksekutif korporat yang amat rapat dengan bekas Pengerusi PNB, Allahyarham Tun Ismail Ali. Dia menjadi kaya raya apabila dianugerahkan “golden handshake” berbentuk lima peratus saham Kumpulan Guthrie dan hak menguruskan firma perladangan raksasa itu;

13. Dia didakwa tidak menguruskan Guthrie dengan baik dan pada tahun 2004 dipecat sebagai ahli lembaga pengarah dan ketua eksekutif. Guthrie adalah syarikat kawalan PNB;

14. Tidak lama selepas itu dia menyertai PKR dan bertanding pilihan raya kecil DUN Ijok, Selangor bagi pihak Parti Keadilan Rakyat tetapi tidak menang;

15. Abdul Khalid pernah bergiat cergas dalam Umno tetapi gagal mendapat jawatan di peringkat bahagian lagi. Dia adalah antara pemikir ekonomi bagi Umno dan Kerajaan;

16. Sepanjang mengenai sepupu DAP Perak, Ngeh dan Nga, mereka, bersama-sama dengan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar adalah kuasa sebenar di belakang Kerajaan PR walaupun bekas Menteri Besarnya daripada Pas.

IHSAN A.KADIR.JASSIN

HARAP IANYA BERGUNA BUAT RAKYAT
AKAN PENJELASAN DARI SAUDARA
A. KADIR JASSIN INI

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP