AL-KISAH SI BUTA DENGAN LAMBANG PASNYA

Thursday, April 16, 2009


Bila terjumpa logo lama PAS ni, saya teringat akan cerita lama yang dikisahkan oleh ibu saya sewaktu arwah bapanya menjadi polis dan menjaga satu pusat undi di Pasir Puteh, Kelantan. Tahunnya saya tak pasti tapi berlaku selepas PAS menukar logo parti seperti di atas kepada logo bulan seperti yang digunakan pada hari ini.

Alkisahnya sewaktu pembuangan undi dilakukan, datanglah seorang pengundi buta bersama seorang pengiring untuk memangkah kertas undi. Apa yang menjadi ceritanya adalah kata-kata si buta tersebut.
"Ambo nok PAS.
Ambo tokse bule-bite!
(Saya nak PAS.
Saya tak nak bulan bintang)"
begitu kuat si buta bersuara sehingga mengejutkan semua yang ada di dalam tempat pembuangan untdi.Kata-kata itu membuatkan orang-orang yang tadinya kasihan kepada nasib si buta tadi, merasa semakin kasihan kerana sudah nasib si buta tidak dapat membezakan sesuatu yang patut dilihat. Lebih malang lagi bila mata hatinya pun tak nampak juga.




HUA..HUA..HUA...
LAWAK BETUL KISAH BENAR NI
NAMUN INILAH KISAH SEBENAR
YANG MELANDA RAKYAT SEKARANG INI.
PAS HANYALAH PARTI
PAS TIDAK ADA DALAM AL-QURAN
PAS TIDAK WUJUD DALAM HADIS
JANGANLAH TAKSUB SEHINGGAKAN
MEMBAWA PADAH
MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP