SAIFUL RAKAN KARIB EHSAN???-Malaysiakini

Wednesday, April 22, 2009




Video diatas merupakan rakaman yang ''tidak disengajakan'' ketika saya ingin mengambil gambar mereka berdua menerusi telefon bimbit kepunyaan bapa saya. Video ini diambil di rumah DSAI di Segambut, sebelum berlepas ke Ceramah Harga Minyak Naik DSAI di AU2, Keramat pada 8/6/2008.

Ini adalah pertemuan pertama bapa bersama DSAI. Ternyata bapa cukup gembira. Impian bapa yang selama ini menjadi peyokong kepada DSAI dari tahun 1998 untuk bertemu DSAI telah saya realisasikan pada hari tersebut.

Di kesempatan itu juga, bapa mengucapkan ribuan terima kasih kepada DSAI kerana memberikan saya peluang untuk bekerja bersama beliau. Malangnya, kegembiraan dan rasa bangga bapa terhadap anaknya itu tidak bertahan lama dan musnah akibat perbuatan terkutuk yang telah DSAI lakukan kepada anaknya sendiri.
Kata bapa,

''Harapkan pagar, pagar makan padi''

Akan bersambung...

Hari Kebenaran, 71 hari lagi..

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon anda semua berdoa agar perbicaraan pada 1hb Julai 2009 ini akan dijalankan tanpa ada sebarang halangan. Berat hati saya merasakan bahawa beliau sekarang ini masih lagi berusaha untuk melengahkan perbicaraan, mencetus sesuatu 'perkara besar' bagi mengalih perhatian atau seboleh-bolehnya cuba membatalkan perbicaraan ini.

Selain daripada itu, perlu diingat bahawa beberapa hari selepas Hakim Mahkamah Tinggi menolak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah dan menetapkan tarikh perbicaraan, peguam beliau telah memfailkan permohanan rayuan terhadap penghakiman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Sama ada permohonan diterima atau tidak, diharap sebarang keputusan yang bakal dibuat tidak akan menjejaskan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan. 1hb Julai 2009 ini, genaplah setahun saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga bersabar, janganlah ditambah lagi keperitan kami rakyat kecil ini.

Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar. Setiap yang berlaku itu juga ada hikmahnya. Jikalau ditakdirkan bahawa saya tidak sempat berada didunia ini untuk memberi keterangan, di MASYHAR kelak pasti akan dibicarakan jua.

Saya hanya seorang hamba yang hanya mahu menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh NYA, lebih pada itu saya berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Firman Allah s.w.t;
''Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' (Surah Al-Anfal: 46)

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!
SAIFUL BUKHARI

IHSAN SAIFUL BUKHARI

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP