Terkini- EGM PAS Bagi Keluar dari Pakatan @ Menyingkirkan Haji Hadi dan Ustaz Nasha

Saturday, October 24, 2009



Info terkini yang Gomo terima dari seorang pemimpin PAS mengatakan bahawa PAS akan mengadakan satu EGM dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju parti berkenaan. EGM yang di cadangkan ini telah diususlkan oleh Haji Hadi dan Ustaz Nasha. Namun ada ura-ura yang mengatakan EGM ini juga telah disarankan oleh Nik Ajis dan Hussam Musa.

Mengikut dari kenyataan pemimpin PAS berkenaan, EGM yang di sarankan oleh Haji Hadi dan Ustaz Nasha ini dijangkakan akan membincangkan kemungkinaan Parti PAS untuk keluar dari Gabungan Pakatan Pembangkang. Usul untuk PAS keluar dari Pakatan DAP dan PKR ini adalah disebabkan Kes LIWAT Anwar dan Penindasan Umat ISLAM di Pulau Pinang.

Umum mengetahui Kes LIWAT Anwar yang nampaknya sudah semakin hampir dan ditambah pula kegagalan Anwar untuk menyaman Tun Dr Mahathir sebanyak rm100 juta berhubung kenyataan Tun yang melabelkan Anwar sebagai pengamal Homoseksual. Klik di sini.

PAS yang selama ini dikatakan memperjuangkan Islam telah ditekan oleh ramai ahli bawahan kerana takut pembabitan PAS yang menyokong Anwar dalam kes Liwat berkenaan di kecam oleh keseluruhan ahli PAS. PAS tidak mahu di labelkan sebagai sebuah parti Islam yang menyokong seorang Peliwat oleh masyarakat.

Haji Hadi dan Ustaz Nasha bimbang akan berlakunya pergolakan di dalam PAS sekiranya sokongan terhadap Anwar dalam kes LIWAT berkenaan akan diteruskan oleh PAS.

Masaalah penduduk Islam di Pulau Pinang juga telah menjadi satu faktor EGM PAS ini perlu diadakan. Masyarakat islam di Pulau Pinang yang berada di bawak kekuasaan DAP telah melakukan satu bentuk penindasan terhadap umat Islam dan bangsa Melayu di sana. Klik di sini

Masaalah Tanah Perkuburan umat Islam ini telah berlanjutan sejak dari mula pemerintahan DAP di Pulau Pinang. Keenganan Kerajaan Pakatan Pembangkang yang di wakili DAP,dan PKR menyelesaikan masaalah Umat Islam di sana menyebabkan PAS tertekan dengan gabungan Pakatan Pembangkang ini.

Mengikut maklumat yang diperolehi dari Pemimpin PAS tersebut juga ada menyatakan EGM PAS ini diadakan atas usul Hussam Musa yang mana telah disampaikan oleh Nik Ajis. Perkhabaran buruk kemungkinan terjadi kepada Haji Hadi dan Ustaz Nasha bila EGM ini di adakan nanti.

Haji Hadi dan Ustaz Nasha akan di singkirkan dari tampuk tertinggi PAS bagi menolak usul yang mereka akan bawakan kelak. Melalui EGM ini Hussam Musa akan cuba memperolehi seberapa banyak sokongan bagi mengheret PAS menyokong Pakatan pembangkang dan seterusnya menyokong Anwar Brahim sebagai pemimpin Pakatan Pembangkang ini.

Hal ini telah di ketahui oleh Nik Ajis dan telah mendapat restu dari Nik Ajis dalam penyingkiran Haji Hadi dan Ustaz Nasha ini. Namun demikian perdebatan telah berlaku antara Pro Edrogan yang diketuai oleh Hussam dan Pro Ulamak di sebelah haji Hadi dan Ustaz Nasha.

Apa yang hendak Gomo rumuskan disini adalah kebangkitan yang akan di bawa oleh ahli dan pimpinan PAS nanti. Gomo menantikan sama ada benar PAS telah dikuasai oleh Puak Edrogan ataupun kekuatan Pro Ulamak masih menebal. Sama-sama kita nantikan EGM yang akan di adakan PAS kelak.

Psssttt......Gomo ingat nak berniaga lah di EGM Pas nanti..he he he..
Jual songkok...amacam??? he he he


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP