Sayuti Omar MSO Pernah Ditawar Balak Demi Memasyurkan Nik Ajis

Saturday, November 21, 2009



Nik Ajis sememangnya seorang yang gila Glamour dan gila kuasa. Manakan tidak setiap rumah para penyokong taksub PAS pastinya tergantung gambar Nik Ajis di ruang tamu. Ada juga yang mengantung di dalam bilik tidur gambar Nik Ajis ini. Hal ini memang benar-benar berlaku, jika anda inginkan kepastian boleh lah menjenguk ke rumah yang mana merupakan penyokong taksub Nik Ajis ini.

Apa yang Gomo ingin sampaikan di sini bukanlah cerita palsu atau pun rekaan, namun ianya memang benar telah terjadi. Gomo bukan hendak menceritakan akan Gambar Nik Ajis yang tergantung di dinding dinding rumah tapi menceritakan akan sebuah kisah Glamour yang Nik Ajis cari dalam memasyurkan dirinya.

Nik Ajis pernah menyuarakan kegilaan Glamour nya ini kepada Sayuti Omar (MSO) agar menerbitkan buku kemasyuran Nik Ajis yang dapat menaikan popularitinya. Sebagai balasan Nik Ajis menjanjikan Tender penebangan balak di Kelantan berjumlah rm200 ribu kepada MSO ini. Namun Sayuti Omar (MSO) telah menolak permintaan Nik Ajis ini atas faktor takut ianya akan ditentang oleh juak-juak yang lain di dalam PAS.

Nik Ajis menawarkan untuk kali yang kedua kepada MSO ini dengan memberikan tender tersebut kepada seorang tauke Cina dan MSO mengambil habuan nya dari tauke cina itu secara terus bagi mengelakkan di hidu oleh juak-juak PAS yang lain. Namun MSO tidak juga menyetujui apa yang Nik Ajis sarankan ini. Barangkali MSO masih dapat berfikir nilai yang ada dalam seorang umat Islam dan bangsa Melayu itu agaknya.

Namun Gomo tidak pasti sama ada ada atau tidak sebuah buku yang menceritakan kemasyuran Nik Ajis ini telah diterbitkan. Jika ada maka di harap dapat memberikan kepada Gomo maklumat berkenaan. Boleh lah kita pakat tahu siapa pula yang meraih hasil yang lumayan dari penerbitan buku kemasyuran Nik Ajis ini.

Setakat ini Gomo sedang meyelidik buku terbita PTS Millenia bertajuk:

Kepimpinan Gaya Nabi; Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat

Buku ini kah yang Nik Ajis pada mulanya menyuarakan kepada Sayuti Omar MSO untuk di terbitkan? Ada gaya Nabi ke Nik Ajis ni? Setahu Gomo Nik Ajis ni ahli politik. Apa Gomo salah ke?

Apa yang pasti sememangnya Nik Ajis ini gila glamour dan gila kuasa.

Pssstttt......Gomo heran dalam bilik tidur di gantung gambar Nik Ajis ni, errr kalau dalam jamban ok lah.....he he he

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP