Sudah Ramaikah Golongan Kafir Dari DAP dan PKR Yang Memeluk Islam Hasil Dakwah Dari PAS?

Sunday, December 6, 2009




Pas For All
Ini lah jadinya bila matlamat menghalalkan cara walau dengan apa cara sekalipun. Dulu Pas berkata Negara Islam lah matlamat mereka. Apa sahaja Pas pasti akan berkata Islam di sana dan sini.

Namun itu semua dulu, semuanya semasa Pas masih lagi ada saki baki Islam dalam diri mereka. dan Pengaruh Anwar belum menular ke dalam pimpinan Pas. Sekarang apa sudah jadi? Mana matlamat asal mereka ke arah Islam?

Satu persatu Islam di LACURKAN oleh pimpinan PAS ini bagi menarik undi di pihak bukan Islam. Bila ada dari kalangan umat Islam yang bertanyakan akan pelacuran Islam oleh PAS ini, maka PAS akan kata ini semua bagi tujuan berdakwah. Berdakwah menarik golongan kafir memeluk Islam.

Pas membenarkan penggunaan nama Allah di gunakan di Gereja, membenarkan ARAK dijual disana sini. Malah penggunaan Ayat Al Quran oleh pimpinan DAP dan PKR kafir bagi meraih undi juga di halalkan Pas. Tidak cukup dengan itu Rumah ALLAH telah di halalkan PAS dengan masuk nya si Kafir bagi menyampaikan ceramah Politik yang mana si kafir itu menghamburkan kata celaan buat Umno yang saudara seagama dengan Pas itu sendiri.

Pas For All
Apakah relevan apa yang Pas lakukan ini? Pada Gomo Ya! Sememangnya Pas relevan dalam hal ini kerana relevan bagi mendapatkan undi kafir dan bersama berkomplot menjatuhkan pimpinan kerajaan Islam BN.

Apakah kita semua sedar apa yang telah di manipulasi oleh pihak PAS ini? Apakah kita ingin lihat kerajaan Islam yang ada ini di hancurkan oleh saudara Islam kita sendiri yang bersekongkol dengan kafir-Kafir yang terang-terangan menentang Islam?

Apakah kesan dari Pelacuran Islam oleh Pas ini memberikan hasil yang lumayan buat kita umat Islam? Adakah kita umat Islam di Malaysia ini akan di pandang elok oleh Kafir-Kafir yang lain?

Satu soalan buat semua, terutama pihak PAS sendiri.
Sejak Pas merelakan Islam di gunakan sana sini oleh pihak politik Kafir, Sudah berapa ramaikah golongan kafir dalam DAP dan PKR yang memeluk Islam kerana yakin dengan Dakwah yang di bawa oleh PAS?

Diharapkan Gomo dapat jawapan ini buat kita semua.





Psssttt....Gomo sampai hari ni masih tidak dapat apa apa kenyataan dari Pas yang mengatakan ada ahli DAP dan PKR kafir yang memeluk Islam.

Artikel Panas Membara Klik:

DAP menghalau Melayu
Anwar Dan Yahudi
Nik Ajis Disisi Anwar

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP