TERKINI- Antara Tersurat Dan Tersirat
Saturday, December 19, 2009
Sultan Perak Sultan Azlah Shah hari ini bertitah bahawa status agama Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara, dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam memberikan justifikasi keistimewaan untuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan untuk urusan agama Islam.
“Urusan agama di negara ini termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan,” titah baginda
“Semangat yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan itu diiktiraf oleh negara. Kerana itu, hari-hari kebesaran pelbagai budaya dan pelbagai agama dihormati hinggakan negara Malaysia merupakan negara yang paling banyak memperuntukkan cuti umum bagi menghormati hari-hari kebesaran agama dan kebesaran budaya,” titah baginda.
“Perkara-perkara menyentuh kaum, budaya, bahasa dan agama adalah perkara sensitif yang terlalu mudah menyentuh emosi. Perkara-perkara sensitif seperti ini terlalu mudah untuk mencetuskan provokasi serta salah faham yang boleh mencetuskan kontroversi dan konfrontasi hingga ke peringkat memungkinkan berlakunya pertumpahan darah dan peperangan saudara di banyak negara,” titah baginda.
"Adalah amat membimbangkan jika isu kaum, isu budaya dan isu agama mula dijadikan modal untuk mendapat populariti politik tanpa mengenal batas, tanpa menghormati sejarah dan salasilah penubuhan negara bangsa Malaysia dan tanpa memberi pertimbangan akan implikasi negatif yang memudaratkan,” titah baginda.
Sultan Azlan bertitah bahawa kebelakangan ini, negara sedang dilanda budaya politik yang keterlaluan di mana budaya berpolitik di dalam negara telah mula berhijrah dari budaya politik yang positif dan konstruktif kepada budaya politik yang negatif dan destruktif.
Klik Disini Artikel Penuh PERKASA
Sama sama lah kita renungkan dan fikirkan apa yang Tersurat dan Tersirat daripada Titah Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah buat seluruh rakyat!
Psssttt....Nilai dari setiap kata Sultan dan ketemukan lah jawapannya dalam diri anda sendiri...
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT Read more...








