PANAS-Isu Baggarama Adalah Agenda Politik Pakatan Dalam Menghancurkan Islam
Wednesday, December 23, 2009
Surirumah S Banggarma yang mendakwa telah diislamkan sewaktu dia masih kanak-kanak, telah memfailkan saman sivil memohon pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa pertukaran agamanya itu tidak sah.
Banggarma turut memohon Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan jabatan tersebut mengeluarkan kad pengenalan baru untuknya dengan identiti agama Hindu.
Petikan Malaysiakini
Ulasan Gomo....
Dalam isu ini biarlah Mahkamah yang memutuskannya. Namun Persoalan yang Gomo ingin nyatakan di sini adalah peranan PAS dalam isu sebegini. Umun mengetahui PAS sejak akhir akhir ini seringkali menggunakan Islam bagi tujuan Politik sempitnya dalam meraih undi bukan Islam. Malah Pemimpin DAP yang KAFIR juga di beri ayat Al-Quran bagi menarik sokongan umat Islam agar terpedaya dengan Parti pakatan mereka itu.
Sebelum ini Gomo ada bertanyakan sudah berapa banyak kah mereka dari kalangan Kafir DAP dan PKR yang memeluk Islam setelah PAS melacurkan Islam itu kepada mereka demi cita cita Politik songsangnya. Namun tidak ada satu pun jawapan yang di berikan dari kalangan Pakatan Pembangkang terutama pihak PAS. (Klik Disini)
Dalam isu Puan Baggarma ini boleh di jadikan contoh yang mana PAS telah gagal dalam membawa Dakwah kepada bukan Islam bagi mendekati Islam. Malah dalam kes ini juga lah isu yang sebenarnya terpencil sengaja di Gembar gemburkan bagi mendapat perhatian dari Rakyat. Isu ini sebenarnya telah pun di politikan oleh Pakatan Pembangkang. Sama ada PAS sedar atau pun tidak ianya bukan lagi menjadi persoalan kepada kita semua. Apakah PAS tidak punya peranan dalam hal sebegini?
Peguam yang mewakili Puan Baggarma Mr Gooi Hsiao Leung merupakan Angkatan Muda Keadilan PKR Kedah. (Klik Disini) Gooi Hsio Leung ini yang telah mewakili Puan Baggarama telah mula memainkan sentimen politik dengan membidas kerajaan di atas tindakan Bapa Pn Baggarama yang telah memilih Islam bagi agama anaknya Pn Baggarama semasa berumur 7 tahun. Tindakan Gooi peguam Pn Baggarama ini sebenarnya merupakan satu anasir Jahat yang sememangnya ingin mempertikaikan Perlembagaan Malaysia ini.
Perlembagaan di Malaysia ini bukan seperti di Indonesia yang mana anak berhak memilih agama sama ada ingin memeluk agama Kristian, Buddha mahupun Islam. Di Malaysia kita menjaga Islam itu dengan Erat. Apakah tindakan Gooi ini sebenarnya satu lagi perjuangan PKR melalui Pakatan Pembangkang PAS, DAP dan PKR yang ingin menjadikan Malaysia negara BEBAS dengan anutan Agama? Apakah jika mereka berkuasa kelak maka setiap umat Islam itu akan boleh sesuka hati menukar agamanya?
Jadi di mana peranan PAS dalam isu ini? Mengapa dari hari ke hari PAS yang dahulunya kata memperjuangakan Islam namun telah menjadi Bisu akan perjuangan ISLAM nya itu? Ke mana matlamat membangun bersama ISLAM yang di canang sana sini sebelum 2004?
PAS seolah buta dalam agenda halus KAFIR dalam menghancurkan Islam di Malaysia ini. malah jika sebelum ini PAS merelakan penggunaan nama Allah bagi pihak GEREJA gunakan inikan pula penukaran agama dari Islam ke Kafir. PAS sebenarnya tersepit antara Islam dan Kuasa Politik nya itu. ( Klik Disini)
Bagi Gomo ianya sudah jelas yang PAS sudah tidak relevan dalam memperjuangkan Islam. Malah boleh kita sama kan PAS ini dengan DAP mahupun PKR yang agenda mereka menuntut Kuasa semata-mata. PAS sudah menyongsang dari pelbagai aspek. yang membezakan PAS antara Kafir yang lain adalah Ketayap mereka sahaja. Namun hati mereka bukan lah seorang Mukmin yang Tulus hati nya dalam memperjuangkan Islam.
Semoga Rakyat sedar akan agenda halus puak Kafir ini dalam menghancurkan Islam. Jika kita sesama umat Islam baik dari UMNO, PAS dan PKR tidak bersatu dalam menyatakan hak kita sebagai umat Islam dan bangsa Melayu, maka jangan kita kecewa jika di suatu hari kelak anak mahupun cucu cicit kita akan menyumpah seranah kita kerana mereka merempat di bumi sendiri.
Psssttt...Dasyat depa ni, makin lama sikit demi sedikit Islam hendak dirobeknya. apatah lagi dengan bantuan Pas yang seakan merelakan Islam di Liwat....
Lagi Artikel Panas Klik
Siti Hasnah Di Murtadkan-MEGAT PISAU
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT Read more...

