Monday, February 1, 2010

MESTI BACA - Surat Dari PERKASA Buat POPE Ketua Kristian Dan Gereja Dunia


Klik Gambar


Klik Gambar


Klik Gambar


Klik Gambar

Ini merupakan surat yang di utuskan Dari Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali kepada Pope Paul Benedict XVI Ketua Agama Krstian dan Gereja Seluruh Dunia.

Diharapkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang masih keliru ataupun ragu ragu tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh Majalah Herald milik Gereja ini bolehlah membaca kandungan surat ini dan Fahamai serta perhalusi tiap soalan yang di ajukan oleh Dato Ibrahim Ali Presiden PERKASA Malaysia.



Gomo yakin kita sememangnya akan berasa tidak sabar menunggu jawapan balas dari Pope Ketua Kristian dan Gereja Dunia ini.



Surat Rasmi Dalam Bahasa Melayu Akan Gomo Susuli....

Psssttt...PERKASA akan berjuang bermati matian dalam mempertahankan HAK kita umat Islam dan Melayu di Tanah air ini. Allahuakhbar

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

13 comments:

Cheguman... February 1, 2010 9:54 PM  

Bagus Gomo. Demangpun akan siarkan surat ini di Waadat.

Jemput ke blog baru Cheguman Online

Arif Omar February 1, 2010 9:59 PM  

TAHNIAH YB IBRAHIM. ANDA ADA CLASS

GOMO February 1, 2010 10:16 PM  

harap kita sebarkan....
tq rakan sekalian

fiq February 1, 2010 10:43 PM  

Alhamdulillah, syukur dan terima kasih yg tak terhingga kpd YB DATO' IBRAHIM ALI atas inisiatif dan langkah terkehadapan dari beliau ini..semoga dapat maklumbalas positif dr POPE.. mungkin elok kalau dapat ditambah dalam surat tersebut menyatakan betapa seriosnya 'religious tension' yang dihadapi kebelakangan ini disebabkan oleh ketidak bertanggujawapan anuWAR alJuburi LAKNATULLAH mempolitikkan perkara ini demi kepentingan politik peribadinya, sehingga lupa dia membogelkan dirinya sendiri, agama dan bangsanya..POPE 'mungkin' mengenali manusia durjana yang bernama anuWAR ini..
Wallahualam...

Anonymous February 1, 2010 11:47 PM  

YB Dato Ibrahim Ali...saya tabik pada YB kerana telah menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. You walk the talk YB...You get my respect...

Anonymous February 2, 2010 1:44 AM  

Tahniah YB Dato Ibrahim Ali.Kita tunggu jawapan Pope Paul.

Jeffry February 2, 2010 9:01 AM  

SLM BRO..PAK YEM & TUN M ADALAH HARAPAN ORG MELAYU. HIDOP PAK YEM!!..HIDOP TUN!!..SEMOGA ALLAH PANJANGKAN USIA MEREKA DAN MELINDUNGI PEJUANG2 ISLAM DLM MEMERANGI KEBATHILAN..AMINNNNN

si nelayan February 2, 2010 10:13 AM  

wah..sya sudah follow..!!kalau x baca entry ni,x kan tau apa2 lah..tkasih papa gomo..

Anonymous February 2, 2010 3:25 PM  

Berdiri bulu roma baca penutup berwarna merah tulisan Papa Gomo

Hidup Ibrahim Ali

Anonymous February 3, 2010 2:39 AM  

apa kata majlis fatwa?

ady February 3, 2010 4:03 PM  

ibrahim ali bercerita tentang agama.. HAHAHAHAHAHAHHAHAHA kelakar... hahahahaha

Abu Hasan Chan March 1, 2010 6:24 AM  

Mengikut pengalaman saya terlibat dalam debat Islam-Kristian , perkara Ibrahim Ali meminta pihak Kristian berhenti mengguna nama “Allah” boleh membawa padah yang amat buruk kepada ugama Islam.

Dalam ayat Al-Maidah (5) : 73 menyatakan bahawa golongan Kristian adalah kufur kerana percaya bahawa Allah adalah salah satu oknum dalam akidah TRINITI. Perhatikan ayat ini menyebut bahawa golongan Kristian menyebut nama Tuhan sebagai "Allah". Jika orang Islam menafikan atau melarang orang Kristian menyebut nama Allah , secara tidak langsung orang boleh berkata bahawa ayat Al-Maidah (5) : 73 adalah satu rekaan dan satu pembohongan terhadap ugama Kristian !!! Memang benar orang Kristian percaya Allah adalah salah satu oknum dalam TIGA. Sekiranya mereka tidak menyebut nama "Allah" maka dengan secara logiknya ayat Al-Qur'an adalah bohong !!!!

Sekira ummat Kristian semuanya berpakat dan mengisytiharkan bahawa dalam Kristian tidak boleh sebut nama Allah sebagai Tuhan , maka mereka boleh menuduh Al-Qur’an itu adalah ciptaan Nabi Muhammad. Sekarang ini sudah ada usaha kearah ini oleh pihak orang Arab Kristian sendiri. Sila baca di laman web :

http://www.arabbible.com/t-Allah.aspx

Mereka berhujjah bahawa asal usul nama Allah tidak pernah wujud dalam mana-mana ugama samawi serperti Kristiniti dan Judaism. Sebab itu ummat Kristian dan Yahudi tidak boleh menyebut nama Allah kerana itu hanya wujud dalam ugama Islam sahaja dan kata mereka bahawa itu sebagai bukti Islam adalah ugama palsu dan rekaan orang Arab. Kata mereka lagi Nabi Isa dan Nabi Musa tidak pernah menyebut nama Allah berdasar wujud tulisan “tetragrammaton “ YHVH

Abu Hasan Chan March 1, 2010 9:04 PM  

Perkara tetragrammaton YHVH adalah hujjah bagi pihak Kristian dan Yahudi mendakwa bahawa nama Allah ialah nama yang hanya khas bagi ummat Islam sahaja. Maksud mereka bahawa tetrarammaton itu YHVH ialah nama rahsia Tuhan yang sebenarnya. Tuhan semesta alam tidak pernah memberi tahu nama khasnya kepada kepada mana-mana bangsa manusia selain bangsa Yahudi. Nama Tuhan tersembunyi dalam 4 huruf YHVH. Tiada seorangpun tahu nama Tuhan sebenarnya kerana bentuk YHVH adalah satu misteri. Ini adalah untuk melindungi kesucian nama Tuhan. Oleh itu sebutan nama Allah adalah haram disebut sebagai nama khas (proper name). Sebutan hanya boleh dimaksud sebagai nama am (generic name).

Sebab itu dalam Bible Kristian dan Yahudi tidak pernah wujud sebutan nama Allah. Orang Kristian Arab ada menyebut nama Allah sebagai nama umum yang bermaksud Tuhan bukannya nama am. Bible sudahpun berusia lebih kurang 6,000 tahun dan tidak ada mana-mana nabi dalam pernah menyebut nama yang dikenali sebagai sebutan Allah.

Dalam Bible ketika Nabi Musa ditanya apakah nama Tuhan , dia menjawab : “I am who I am” [ Exodus 3 : 14 ] = Aku adalah Aku
Inilah yang menjadi hujjah kenapa Kristian dan Yahudi menolak sebutan Allah sebagai nama khas. Kalau mereka menyebut Allah , itu sekadar sebutan yang bermaksud Tuhan atau God.

Sebab itu Al-Qur’an ada membuat satu teguran terhadap Yahudi yang mempergunakan nama Allah sebagai sindiran :

Dan berkata orang-orang Yahudi - sesungguhnya Allah adalah miskin dan kami adalah orang-orang kaya [ Ali Imran (3) : 181 ]

Perhatikan orang Yahudi menyebut nama Allah sebagai nama khas meniru orang Islam untuk mempersenda. Dalam ayat Ali Imran (3) :181 pula menyatakan bahawa orang Yahudi menyebut nama Allah secara mempersenda ummat Islam. Padahal perbuatan Yahudi sebenarnya merupakan satu kekufuran secara mereka tidak sedari kerana menyebut nama "Allah" dengan tujuan senda-gurau. Sekiranya nama "Allah" tidak wujud dalam ugama Yahudi itu sendiri , kenapa pula Al-Qur'an membuat teguran ini ? Ini kerana nama "Allah" bukan khusus bagi ummat Islam sahaja. Sebenarnya nama Allah itu adalah satu kalimat suci yang patut dihormati oleh Yahudi sendiri. Begitu juga ugama-ugama lain.

Ayat Ali Imran 3:181 adalah hujjah bagi ummat Islam mengiktiraf bahawa nama Allah boleh diguna oleh ummat bukan Islam.

Sekiranya Ibrahim Ali beriya-iya melarang ummat Kristian menyebut nama Allah , maka dia secara tidak langsung mencabar ayat-ayat :

1. Telah kufur mereka yang berkata - sesungguhnya Allah adalah yang ketiga dari yang TIGA [ Al-Maidah (5) : 73 ]

2. Dan berkata orang-orang Yahudi - sesungguhnya Allah adalah miskin dan kami adalah orang-orang kaya [ Ali Imran (3) : 181 ]

Snipet