Menteri KDN Gagal Menjawap Soalan Cepu Emas Gobind DAPig

Tuesday, November 9, 2010



Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh hari ini diarahkan keluar dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana terus mengasak menuntut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, berhubung serbuan polis ke atas bekas Sultan Kelantan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum itu mendakwa persoalan berkenaan tidak perlu dijawab kerana tiada dalam senarai perbahasan bajet yang dibentangkan.

Gobind bagaimanapun bertegas dan mahu Hishamuddin menjawab sama ada ada atau tidak siasatan dijalankan.

Speaker bagaimanapun berkata menteri mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Gobind bagaimanapun bertegas dan terus menyoal speaker jika di dewan yang mulia ini dia tidak dapat jawapan di mana lagi beliau harus bertanya.

Pandikar Amin, kemudian meminta Gobind keluar dan berehat.

Sebelum keluar Gobind berkata lebih baik keluar daripada terus berada di dewan ini dengan menteri tidak dapat memberikan jawapan.

"Besok saya datang dan saya akan tanya soalan yang sama untuk mendapatkan jawapan dari menteri," kata Gobind.

Kata-kata itu menyaksikan speaker yang pada mulanya hanya menyuruh Gobind supaya keluar sepanjang masa rehat dari jam 1 petang hingga 2.30 petang menukar keputusannya dan menggantung Gobind sehingga berakhir sesi hari ini.

Pada serbuan polis Mei lalu, Tengku Muhd Fakhry Petra yang ketika itu adalah Tengku Temenggung juga ditahan untuk satu malam.

Selain baginda, beberapa pengawal peribadi Sultan Kelatan ketika itu juga ditahan sejurus beberapa minit mereka meninggalkan Istana Kubang Kerian, di Kota Bharu.

Tengku Fakhry dilaporkan berada di konvoi mengiringi ayahanda dan bodanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, dalam perjalanan ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan.

Sumber Malaysiakini

GOMO: Ini lah kali pertama Gomo menyokong soalan Gobind Singh Deo Dari DAPig! Gomo sokong soalan nya ke atas Menteri Keselamatan Dalam Negeri kerana isu Kejadian penglibatan UTK dalam kemelut Sultan Kelantan ini telah menjejaskan prepesi rakyat ke atas PDRM.

Gomo sudah melihat Video Klip Serbuan berkenaan dalam You Tube dan dari amatan Gomo serbuan berkenaan adalah menggunakan kekuatan PDRM sepenuhnya. Cara serbuan itu juga turut di pertikai Rakyat kerana jelas menunjukkan tindakan yang Agresif terhadap Sultan Kelantan Waktu itu Sultan Ismail Petra dan Permaisuri Tengku Anis.

Kenapa Menteri bertanggungjawap tidak menjawap soalan Gobing Singh ini? Kerajaan perlu menjawap soalan berkenaan memandangkan Waktu ini segala Isu tertumpu kepada PDRM dan rakyat menyalahkan PDRM akan tindakan serbuan berkenaan.

Jika alasan yang di beri oleh Speaker soalan berkenaan tidak ada kena mengena dalam Bajet yang di bentangkan maka Seeloknya Menteri bertangungjawap Dato Seri Hisyammuddin menjelaskan isu berkenaan di luar Parlimen agar segala Prepesi Rakyat terhadap PDRM dapat di perbetulkan.

Jangan sampai mereka Pakatan Haram terus terusan menghentam PDRM sampaikan tidak dapat kita mengawalnya pula. Menteri bertanggungjawap wajar dalam menjelaslkan isu ini.

Psssttt.....Takut esok lusa depa Spin kata Kerajaan gunakan PDRM buat kerja Kotor......

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

10 comments:

SINGH IS KING,  November 9, 2010 at 11:18 AM  

kamu jangan mau lawan sama gobind singh. kecut perut kamu dibuatnya kelak..
aku dah tgk Gobind berlawyer dlm court..berpeluh habis timbalan2 pendakwaraya sambil mulut ternganga-ngaga kena smash dr dia tu...

ddinbunga November 9, 2010 at 11:36 AM  

Salam, mohon follow blog bro. TQ

Anonymous,  November 9, 2010 at 11:51 AM  

Salam, kes ni melibatkan masalah dalaman institusi diraja Kelantan.. so ak rase tak payah la panjang2 kan..

Anonymous,  November 9, 2010 at 12:24 PM  

yang kita nak tau bukan masaalah raja,

tapi berkenaan polis yang menyerbu tu,

kenapa polis bertindak sedemikian? atas arahan siapa?

itu yang perlu dijawab!!!!!

Anonymous,  November 9, 2010 at 12:39 PM  

SEJAK KES SOSILAWATI NI..AKU LAWYER CAP KELING NI X MINAT LANSUNG

Anonymous,  November 9, 2010 at 12:58 PM  

ak rase semua org boleh teka sape yg arahkan polis utk tahan Sultan.. tak mungkin menteri sbb xde kaitan lnsg dgn masalah dalaman ni..so xpyh la pnjg2 kn

Anonymous,  November 9, 2010 at 1:21 PM  

Gomo
Kadang2 ada perkara yang tak boleh dijelaskan kepada rakyat kerana berbagai sebab atau melindungi hak pihak yang berkenaan. Dah tentu pdrm bertindak mengikut arahan. Cuma kita berharap mereka tahu apa yang mereka buat dan mempunyai sebab yang kukuh.

Yakin dengan kebenaran dan balasan dari Allah.

Anonymous,  November 9, 2010 at 1:38 PM  

Peranan POLIS hanya mengikut arahan ketuanya.
Ketuanya pula mengikut arahan menteri.
Menteri pula mengikut arahan orang yang berada diatasnya.
Dalam pada itu,bekas KPN TS Musa Hassan telah pun dilantik sebagai Salah saorang Penasihat Negeri Kelantan.
Semasa PRK Galas,KPN yg baru telah pun menginap diIstana Hinggap Diraja DiGua Musang !

Begitulah nasib PDRM.Buat baik pun orang tak hargai,kerana salah maklumat.
Ada saja alasan untuk mencari kesalahan PDRM.....
Berkaitan tindakan UTK tersebut...
Hanya yang berkenaan saja yang tahu !

Anonymous,  November 9, 2010 at 1:45 PM  

Soalan Gobind selalunya akan dijadikan "Peluru" bila jawapan diperolehi.
Semua soalan yang diajukan adalah yang berkaitan dengan keselamatan negara.
Inilah caranya pihak Luar mendapat maklumat rahsia kerajaan secara tidak langsung....
Jangan dilayan sangat Gobind tu.
Dialah yang mencetuskan keadaan huru hara didalam Parlimen selama ini.
SOALAN PROVOKASI Adalah kegemaran beliau

Anonymous,  November 10, 2010 at 2:08 AM  

Soalan bodoh dari wakil parlimen bodoh yang tak tau perlembagaan negara, orang cerdik takan jawab soalan bodoh macamtu, gobind pegi study perlembagaan negara dulu baca tentang kuasa mutlak raja2 keatas pasukan bersenjata bersangkutan perkara yang menyentuh dengan kepentingan raja.

Perkara itu sensitif kalau menteri jawab secara jujur perkara tu akan mengheret pihak raja, nak pertikai buat apa kuasa raja yang keluarkan arahan keatas sesuatu hal yang di dilihat boleh mencabar kedaulatan baginda sebagai Sultan.

Dalam hal melibatkan kedaulatan raja baginda Sultan boleh terus arah tanpa perlu bagitau menteri kdn pun.

Gobind sengaja nak kenakan menteri dia ingat menteri tu bodoh macam dia jugak ka.

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP