PANAS - 63 Tahun Dah Masuk Zon Bahaya Kata Yb Zulkifli Nordin

Thursday, November 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Nov – “Bagi saya dah tiba masanya Anwar Ibrahim tengok cermin, nilai balik diri, muhasabah…..masa ada lagi….yang nabi sebut umur 63 ni umur dah masuk zon maut…..elok dia muhasabah….dan saya akan pergi jauh lagi supaya dia lebih bertaubat”.

Demikian pandangan bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas peguam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Zulkifli Nordin kepada UMNO-Online sebagai mengulas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim bahawa segala permasalahan yang timbul dalam PKR dan kekalutan pada pemilihan parti yang menyaksikan pelbagai aktiviti penyelewengan serta penipuan berleluasa adalah manifestasi kelemahan Anwar.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu seterusnya berkata Anwar sebenarnya bukan sahaja sudah menjadi penyakit dan punca masalah kepada PKR malah menjadi liabiliti  pada negara.

Justeru beliau menasihatkan Anwar agar menerima secara terbuka nasihat bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar Anwar bersara dan beri peluang kepada pemimpin lain.

“Kita bukan tak nak pembangkang tapi pembangkang yang sihat supaya dapat mengimbangi pemerintah.  Kita tak mahu pembangkang yang menjurus kepada hal diri dia saja.

“Bukti jelas baru-baru ini di Dewan Rakyat semasa bahas usul YB Ipoh Timur berkenaan peguam negara, Anwar bangun….dia cakap pasal diri dia, dia tak sentuh pasal parti dia, pasal negara, masalah rakyat, dia sebut pasal peribadi dia saja”, katanya.

Oleh kerana itu tambah beliau lagi seperti yang disarankan Datuk Zaid Ibrahim bahawa Anwar perlu berundur dan selesaikan dulu masalah peribadinya.

Mengenai masa depan PKR pula beliau berpendapat PKR hanya menunggu masa untuk berkubur.

“PKR ni bukan parti pembangkang tapi parti Anwar Ibrahim…itu rakyat kena faham.  Perjuangan PKR hanya untuk Anwar Ibrahim…. kalau perjuangannya cara sihat kita boleh terima.

“Masalahnya kaedah yang digunakan dua sahaja…berbohong dan cakap tak serupa bikin…semata-mata untuk mahkotakan Anwar Ibrahim ke Putrajaya…itu yang jadi masalah”, ujarnya.  -MediaUMNO

GOMO: Hehehe....... Anwar sekali lagi di minta bertaubat! Ehhh berapa kali dah Anwar ni di minta untuk bertaubat? Berapa kali?

Gomo tiap kali Posting mesti mintak Anwar Ibrahim Bertaubat! Dah banyak kali cakap benda yang sama. Anwar anwar.....Habis jahanam!!!

Namun Gomo percaya sangat yang Anwar Ibrahim tidak akan bertaubat dan mengundur diri dari politik ini. Anwar tidak akan bersara selagi dia tidak capai cita cita nak jadi Perdana Menteri Malaysia. Itu lah matlamat Anwar Ibrahim dari dulu sampai lah kini.

Apa sekalipun kita tengok Runtuh nya Parti PKR ini menjelang PRU 13 nanti. Ini pun kita hanya di maklumkan akan keadaan semasa PKR di Semenanjung sahaja. Tapi di Sarawak? Hehehe!!!

PKR dan DAP sedang bertegang urat di Sarawak waktu ini kerana pembahagian Kuota Kerusi Dun yang akan di pertandingkan dalam pilihanraya Sarawak nanti. Depa dah bergaduh dah ni!!! Hua hua hua!!!

Nama pun Pakatan Haram! Tak Berdaftar! Macam mana nak Sepakat?

Psssttt.... Anwar Al Juburi Harus Bertaubat

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP