Tesco Dan KFC Sudah Bikin Pakatan Haram Susah Hati

Thursday, November 18, 2010

Tuduhan Felda kononnya bankrap dan menyeleweng adalah tidak benar dan tidak masuk akal, kata Pengarah Besar Felda,Dato’ Dzulkifli Abd Wahab .

Berucap pada majlis sepetang bersama usahawan-usahawan Felda di Dewan Perdana Felda, Jumaat lalu, beliau berkata, sekiranya dakwaan itu benar, syarikat-syarikat besar seperti Tesco dan KFC tidak akan menawarkan kerjasama dengan mereka.

“Saya kira kalau fakta itu benar, barangkali syarikat seperti KFC dan Tesco tak akan datang ke Felda untuk menawarkan usahasama dengan syarikat yang menipu atau menyeleweng.

“Sudah tentu mereka datang kepada kami kerana mempunyai kepercayaan atas ketelusan Felda dalam menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab yang telah diberi kerajaan untuk menjaga kebajikan peneroka,” katanya ketika memberi ucaptama pada majlis berkenaan.

Dzulkifli berkata, satu lagi hakikat yang menyerlahkan betapa tuduhan itu tidak logik ialah sebahagian peneroka Felda memiliki saham dalam syarikat yang dikendalikan oleh Felda, contohnya kilang sawit Felda Holdings, di mana peneroka mempunyai pegangan 51 peratus dan 28 peratus pegangan terus dari kilang.

“Jadi, tak munasabah jika kilang yang dimiliki oleh peneroka mahu menipu peneroka sendiri. Memang tak masuk akal,” tambahnya.

Dzulkifli berkata, KFC menawarkan peluang menjalankan usahasama dalam bidang berkaitan dengan pengeluaran, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. KFC juga menawarkan peluang kepada peneroka-peneroka Felda menceburkan diri dalam bidang franchise dengan KFC atau anak-anak syarikatnya seperti Ayamas dan Pizza Hut

“Saya juga didatangi oleh Tesco yang mahu bekerjasama dalam bidang membekalkan barang-barang seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan tanpa melalui orang tengah. Mereka juga memberi peluang kepada usahawan peneroka Felda yang ingin membuat franchise menerusi penubuhan kedai sebaneka 24 jam di bawah jenama Tesco.

“Ini menunjukkan betapa tingginya kepercayaan syarikat luar terhadap Felda. Bukan senang nak dapatkan syarikat antarabangsa seperti Tesco dan KFC datang ke Felda. Semasa saya bekerka di Kementerian Perdagangan dalam Negeri, bukan mudah untuk memasarkan barangan tempatan kepada syarikat antarabangsa.

“Tesco hanya mengenakan syarat bahawa barang yang dibekalkan seperti sayur dan buah, mestilah segar, iaitu sebaik sahaja dipetik, mesti dihantar terus ke Tesco dalam masa 24 jam.”

Dzulkifli juga menyeru warga peneroka Felda supaya tidak bergantung kepada hasil getah dan sawit sahaja, tetapi berani mencuba bidang keusahawanan.

“Felda menggalakkan peneroka mencari pendapatan sampingan kerana bahan komoditi seperti kelapa sawit dan getah tidak menentu harganya. Mereka tak seharusnya bergantung kepada luas kebun 10 ekar sahaja walaupun pada masa ini ia menjadi pendapatan utama kepada keluarga peneroka. Mereka harus bersama-sama menjadikan Felda kuasa besar dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Menurut Dzulkifli, pada tahun lalu, nilai jualan daripada usahawan-usahawan dalam Felda bernilai RM911 juta dan beliau telah mensasarkan nilai itu meningkat kepada melebihi RM1 juta pada tahun ini.
-Sumber Agenda Daily 16/11/10

Psssttt....Apa cerita ni Pembangkang??? Si Mazlan Aliman amacam??? Taknak Balun ke Felda dalam Bab ni? Huhuhu!!!!

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

4 comments:

Anonymous,  November 18, 2010 at 12:09 PM  

APA NI GOMO?

NAJIB BAGI LEMBU2 KORBAN KAT POLIS KO TAK KATA SBG RASUAH KER?

MACAM KHALID IBRAHIM BAGI LEMBU2 KAT SURAU BDR TUN RAZAK TAHUN LEPAS...

BILA NAJIB AND THE GANG BUAT KO SENYAAAAAAPPPP JE YER!!!

PUKIMAK KO GOMO!!!

Anonymous,  November 18, 2010 at 12:17 PM  

ko tu bodoh..khalid terang2 sgt guna duit kerajaan negeri..Najib ni ramai geng swasta nak wat sumbangan melalui dia..

dani_sanin November 18, 2010 at 12:29 PM  

ape la .. yeng Khalid Ibrahim tahun lepas tu mana ada kes lagi.. mahkamah da buang sebab takde bukti.. kan ke MB dah bgtahu tu semua sumbangan GLC kepada Kerajaan negeri.. sama jugak kesnya dengan pemimpin2 UMNO lainnya.. Cuma jgn la nak buat cerita kalau tak tahu kebenaran sumbernya.. macam kutip tepi jalan then sebarkan.. takde etika langsung blogger camtu. suka nak buat havoc.
najib pun bagi sumbangan lembu kat cawangan2 lembu UMNO kat pahang beratus2.. seikit je bagi masjid2.. korang taknak bising ker?.. Apasl la dia serah kat UMNO2 bahagian?.. kariah2 masjid xleh nak handle ker?

Anonymous,  November 18, 2010 at 3:46 PM  

Jadi maksud ko, kesemua ibadah korban mesti di buat oleh kariah masjid jer ke? Orang lain x layak sembelih korban? Jangan jadi pelawak la. Jangan sampai 2 imam dalam satu masjid terjadi sekali lagi. Kalau ko nak wat aqiqah pun, ko mesti jemput orang yang ko kenal je kan? Tak kan nak jemput orang yang ko x kenal dari Singapura datang ke majlis ko. Ada otak fikir la.

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP