FELDA Abaikan Tanggungjawap? Ni Menatang Apa Pulak?

Saturday, December 11, 2010


Syoknya Tidor..ha ha ha


KEMUDAHAN KEPADA WARGA PENEROKA

Pelbagai program telah dilaksanakan di rancangan dan wilayah melibatkan penyertaan semua warga peneroka. Tumpuan aktiviti adalah kepada pendidikan, kesihatan, kerohanian dan pengukuhan institusi keluarga.

Dalam bidang pendidikan, penumpuan diberikan dalam pelaksanaan Pusat Literasi Keluarga (PLK) bagi kanak-kanak 3 hingga 5 tahun. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) FELDA, Pusat Tuisyen Wilayah dan Skim Tuisyen FELDA (STF) yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Program kemahiran generasi kedua diteruskan bagi melatih mereka dalam pelbagai bidang kemahiran di peringkat sijil dan diploma.

Di samping itu, pelbagai bentuk bantuan dan pinjaman turut disediakan bagi kemudahan warga peneroka. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini telah membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dan kualiti hidup warga FELDA.

Penekanan dalam Modal Insan untuk generasi baru diteruskan melalui aktiviti-aktiviti kepimpinan, kursus dan latihan, program kerohanian, sukan dan kebudayaan serta badan sukarelawan. Melalui penglibatan dalam program yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan sahsiah dan jati diri serta bebas dari gejala sosial.

PENDIDIKAN

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK):

PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan mereka akan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskan diri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain.

Pusat Literasi Keluarga (PLK)

PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasuki Tadika. Kanak-kanak di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya merangsang minda mereka melalui aktiviti :

1) mencungkil kreativiti

2) membina personaliti

3) kemahiran berinteraksi

4) kemahiran sosial

PERMATA

Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDA untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di Feldajaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga (Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan di PERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA.

Asrama Semai Bakti (ASB)

Asrama Semai Bakti FELDA telah ditubuhkan pada tahun 1975 bagi menempatkan pelajar generasi baru FELDA di kalangan anak-anak peneroka dan kakitangan dari tingkatan satu (1) hingga lima (5). ASB dibina bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna di bandar-bandar utama. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di ASB FELDA akan mendapat pendidikan di sekolah-sekolah terpilih di bandar. Selain dari kemudahan asrama, FELDA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke sekolah, kelas tambahan dan lain-lain keperluan pelajar.

Dengan kos pembinaan berjumlah RM21.7 juta, sebanyak tiga (3) buah asrama beroperasi pada tahun 2009:

Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (ASBKL)

Asrama Semai Bakti Johor Bahru (ASBJB)

Asrama Sri Semai Bakti Kuantan (ASSBK).

Semua kos perbelanjaan pelajar ditanggung oleh FELDA meliputi kos penginapan, pembelajaran termasuklah kos tuisyen, kegiatan kokurikulum, pengangkutan dan sebagainya. Seramai 12,030 orang pelajar telah dilahirkan daripada Asrama Semai Bakti FELDA sejak ditubuhkan pada tahun 1975 sehingga Disember 2009.

Skim Tuisyen FELDA (STF)

Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar rancangan dalam peperiksaan utama iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Program Skim Tuisyen FELDA 2008 (STF) telah dimulakan pada 1 Februari 2008 di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Rancangan. Sebanyak 370 buah sekolah yang terlibat iaitu 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah. Seramai 58,966 pelajar yang terlibat seperti pecahan berikut:

Tahap Bilangan

Tahun 5 14,351

Tahun 6 15,357

Tingkatan 3 14,579

Tingkatan 5 14,679

Jumlah 58,966

Guru pakar dari sekolah luar turut disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di kalangan anak-anak peneroka.

Pusat Pembelajaran Sains (PPS)

FELDA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pusat Pembelajaran Sains (PPS) pada tahun 2008. PPS merupakan satu projek khas bagi membantu pelajar FELDA yang mengikuti aliran sains tulin.

PPS dilaksanakan di mana KPM menyediakan kemudahan infrastruktur iaitu bangunan, sekolah dan asrama, guru dan sukatan pelajaran dan FELDA bertanggungjawab membiayai perbelanjaan elaun guru tuisyen, elaun penyelaras PPS, program–program tambahan seperti program topping-up, prep-class, program motivasi dan lawatan serta program bina insan dan pembangunan sahsiah.

PPS menyediakan program pembelajaran sains yang lebih terancang dengan kemudahan asrama dan tuisyen mulai Tingkatan empat (4). Kelas tuisyen selama dua (2) jam seminggu ditumpukan kepada subjek sains tulin iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.

Pelaksanaan Kelas Aliran Sains Tulin telah dimulakan pada bulan Febuari 2008 di 10 buah PPS bagi pelajar-pelajar dari kalangan anak–anak peneroka lepasan PMR yang memperoleh gred C dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Selain perbincangan dan bimbingan kepada pelajar seperti kelas tuisyen dan program topping-up, pelbagai aktiviti diselaraskan di PPS antaranya ialah program motivasi dan lawatan Career Explorer Camp ke Petrosains di Pusat Latihan Petronas dan Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Manakala untuk guru diadakan bengkel guru PPS bersama guru best practioner iaitu seorang guru bagi setiap subjek PPS (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris).

BANTUAN DAN PINJAMAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA/IPTS:

Selain kemudahan pendidikan, FELDA juga memberikan bantuan dan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak dan cemerlang dalam bidang pendidikan. Pelbagai bantuan disediakan bertujuan sebagai galakan dan membantu mereka mendapatkan kelulusan yang tertinggi.

Bantuan Pelajaran Tinggi

Skim Bantuan Pelajaran Tinggi diberikan kepada anak-anak peneroka yang layak dan berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma serta mengikuti pengajian sepenuh masa.

Bantuan ini diberi untuk meringankan beban kewangan serta menggalakkan mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Penyemak imbas anda mungkin tidak menyokong paparan imej ini.

Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA (SPPTF):

SPPTF ini diberikan bagi membantu anak peneroka mendapat sumber pembiayaan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pinjaman ini layak kepada semua anak peneroka yang bersama FELDA yang menuntut di IPTA/IPTS seluruh negara dan juga ditawarkan kepada mereka yang tidak menerima bantuan kewangan dari mana-mana pihak.

Penyemak imbas anda mungkin tidak menyokong paparan imej ini.

Biasiswa Kumpulan FELDA:

Pada tahun 2008, FELDA telah menawarkan sebanyak 20 tempat untuk Anugerah Dana Khas Pelajar Cemerlang 2008 pelajar lepasan SPM 2007 yang terdiri daripada anak peneroka dan anak kakitangan FELDA. Daripada jumlah tersebut, hanya seramai 14 pelajar yang didapati layak dan dihantar mengikuti program persediaan di beberapa institusi seperti berikut

Penyemak imbas anda mungkin tidak menyokong paparan imej ini.

Pada tahun 2009, FELDA telah mula menghantar pelajar ke luar negara. Seramai 36 pelajar telah dihantar ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan Ireland bermula Ogos sehingga Oktober. Pecahan pelajar mengikut negara adalah seperti berikut :

Penyemak imbas anda mungkin tidak menyokong paparan imej ini.

LATIHAN KEMAHIRAN GENERASI BARU FELDA

OBJEKTIF PROGRAM

Program Latihan Kemahiran Generasi Baru dilaksanakan mulai tahun 2005 khusus bagi Generasi Baru peneroka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mempunyai pekerjaan tetap dan masih berada di rancangan.

Program ini disediakan bagi melatih generasi baru dalam pelbagai bidang sebagai persiapan mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai apabila tamat menjalani latihan. Setiap tahun FELDA memperuntukan sejumlah RM50 juta bagi program tersebut.

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

Latihan Kemahiran kepada generasi baru dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu sijil, diploma dan ijazah. Program ini diadakan dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan FELDA sendiri seperti GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Prodata.

Kursus diperingkat sijil dibiayai sepenuhnya oleh FELDA meliputi tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 yang menyediakan program kemahiran asas, pertengahan dan lanjutan dalam pelbagai bidang.

Kursus peringkat diploma pula dijalankan di Universiti atau Kolej dan pusat latihan bertauliah yang diiktiraf di seluruh negara seperti Nilai University College, Akademi Laut Malaysia, UNITAR, UITM dan lain-lain.

Penyemak imbas anda mungkin tidak menyokong paparan imej ini.

Bagi kursus di peringkat sijil, FELDA menanggung sepenuhnya kos pembiayaan kursus manakala peringkat diploma dan ijazah, ia dibiayai dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. Bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan oleh pelajar setelah 3 bulan tamat pengajian masing-masing.

Psssttt...Mana si Mazlan Aliman? Taknak balun ke Bab ni?
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

2 comments:

blogenstarz December 11, 2010 at 10:53 AM  

Salam
Sebenarnya FELDA tu baik.Tapi sejak kemunculan PKR,ianya menjadi sedikit kekeliruan.
Bagaimanapun ianya masih terkawal....

Babu,  December 11, 2010 at 9:08 PM  

kepada babi2 PKR, keluar aje Felda, duduk keje dlm kiilang Dapigs..& deman la apa yg korang mau..

Post a Comment

Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP