GAMBAR Sekitar Demo Aman Isu Kalimah Allah Di Masjid Negara
Friday, January 8, 2010
Gambar sekitar demo aman yang mana menyampaikan suara umat Islam dalam mempertahankan Kalimah Allah dari di gunakan oleh mana mana Agama lain selain dari Islam. Dalam Demo ini juga turut di laungkan agar persaudaraan kita sesama umat islam perlu lah utuh dan bersatu padu tampa mengira Fahaman Politik.
Demo yang berlangsung kira kira 30 minit ini di ketuai oleh saudara Armand yang mewakili PERKASA Selangor, Di ikuti oleh Tun Faisal Exco pemuda Umno Malaysia, PEKIDA, PERKIM, KIMMA dan beberapa pertubuhan NGO yang lain.
Isu Kalimah Allah ini jika kita tidak tangani dengan cara yang berhemah dan cepat takut jika timbul hal yang tidak ingini berlaku dalam masyarakat kita yang majmuk ini. Sebagai contoh awal pagi tadi terdapat 2 buah Gereja di lempar dengan Bom Petrol yang mana mengakibatkan sebahagian Gereja tersebut terbakar.
Kami umat Islam mengutuk dengan keras akan perbuatan yang tidak bermaruah ini yang mana telah membakar Gereja rakan kita yang beragama Kristian. Kita juga mengharapkan agar PDRM dan kerajaan Malaysia dapat mengenal pasti pelaku berkenaan dan seterusnya di dakwa kerana hal sebegini boleh mengancam keselamatan negara.
Namun demikian Gomo tidak menafikan terdapat TANGAN GHAIB di sebalik apa yang berlaku ini. Tangan Ghaib ini sudah pasti mempunyai serampang yang bermata mata bagi membuatkan kita semua berada di dalam keadaan yang huru hara.
Pilihanraya Sarawak akan di adakan tahun ini. ini juga merupakan satu sebab mengapa Isu kalimah Allah di gunakan oleh Pihak PKR bagi meraih undi mereka yang beragama Kristian. Malah yang lebih penting pada tanggal 25hb Jan ini juga akan berlangsung satu kes Jenayah LIWAT yang Berfrofil Tinggi melibatkan Anwar Ibrahim ketua Pakatan Rakyat.
Segala isu berhubung Kalimah Allah dan Terbakarnya Gereja ini telah memberikan KEUNTUNGAN buat Pihak Anwar Ibrahim khususnya PKR dalam merangka Strategi bagi memenangi Pilihanraya Sarawak dan melarikan tumpuan rakyat dalam kes Liwat Anwar Ibrahim.
Di harapkan Rakyat agar sedar dan peka akan agenda yang sering di mainkan Anwar Ibrahim ini dalam meraih Undi, Simpati, Ehsan dan Pujuk rayu bagi menjadikannya Perdana Menteri Malaysia.
Semoga Allah memberikan Hidayah buat kita semua dan juga kekuatan buat seluruh umat dalam menempuhi cabaran dan dugaan yang akan datang.
Allahuakhbar.....
Psssttt....PKR sedang memasang perangkap buat PAS, pendedahan akan di lakukan..
KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT
DEMO AMAN DI SHAH ALAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

