TERKINI-D.S.Najib Hadir Ke Lokasi Gereja Terbakar Angkara Chamelon Durjana

Saturday, January 9, 2010


Dato Sri Najib Hadir Bagi Melawat Gereja Yang Terbakar


Kehadiran Dato Sri Hisyammuddin
Yang Di Sambut
IGP Tan Sri Musa Hassan




Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju
Dato Shafie Abdullah
Juga Hadir Bagi
Melawat Gereja Berkenaan


Dato Raja Nong Chik Menteri Wilayah Persekutuan


Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan
Turut Hadir ke Lokasi Kejadian


Dato Seri Liow Tiong Lai, Dato Shafei Abdullah
dan Tan Sri Musa Hassan.






Tan Sri Koh Soo Koon Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Selaku Presiden GERAKAN juga Hadir ke Lokasi




Kehadiran Rakyat yang turut sama bersimpati dengan
Kejadian yang menimpa Gereja rakan Kristian kita ini.



Kehadiran Dato Sri Najib Perdana Menteri Malaysia yang hadir tepat jam 5.00 ptg tadi di Desa Melawati Wangsa Maju bagi melawat lokasi Gereja Kristian yang terbakar akibat pihak yang tidak bertanggungjawap yang membaling bom petrol ke dalam bangunan Gereja tersebut.

Isu terbakar nya Gereja ini merupakan satu isu yang amat tidak patut sekali berlaku di dalam Malaysia ini. Sudah berpuluh tahun kita masyarakat malaysia yang beragama Islam, Buddha, Kristian dan Hindu hidup dalam keadaan yang aman tampa membabitkan mana mana persenketaan agama sekalipun. Sekali hanya terjadi semasa tahun 1969 itu pun hanyalah pergaduhan Kaum yang kita tahu dalangnya adalah PAP yang sekarang ini memerintah Singapura. Selain dari itu tidak ada langsung persenkeataan antara kita rakyat Malaysia ini.

Isu Agama ini hangat setelah keputusan Mahkamah yang telah memihak kepada pihak Gereja Khatolik dalam menggunakan Kalimah Allah bagi penerbitan akhbar gereja mereka. isu ini merupakan satu isu yang sememangnya amat sensitif bagi umat Islam kerana kalimah Allah adalah hak Muktlak untuk agama Islam khususnya orang Melayu itu sendiri.

Pihak Gereja seharusnya sedar akan hal ini dan sepatutnya mereka berdialog terlebih dahulu antara Ketua ketua agama Kristian dengan Ulama serta Mufti agama Islam bagi menyelesaikan kemelut ini. sebelum membawa ke mahkamah. Namun pihak HERALD tidak melakukan apa yang di namakan perbincangan bagi mendapatkan kesepakatan dalam hal ini. Dan ianya terus di bawa ke mahkamah.

Namun Gomo malah seluruh rakyat juga ingin tahu, mengapa sudah berpuluh tahun kita merdeka dan hidup aman damai. Maka sekarang timbul tuntutan dari pihak Kristian dalam menggunakan kalimah Allah bagi terbitan akhbar dan majalah mereka. Mengapa ianya tidak di mohon 20 atau 30 tahun yang lalu? Mengapa sekarang baru di mainkan isu kalimah Allah ini?

Pihak HERALD seharusnya wajar memberikan penjelasan ini kerana isu ini telah menjadi sensitif yang mana telah mengugat keselamatan negara. Bukan semua Gereja Kristian yang setuju HERALD ini menggunakan Kalimah Allah dalam terbitan mereka. Malah ada juga pihak Gereja yang menentang apa yang cuba di mainkan oleh pihak Akhbar HERALD ini.

Kita umat Islam MENGUTUK dengan KERAS ke atas apa yang telah terjadi kepada Gereja milik rakan Kristian kita ini yang Terbakar akibat perbuatan manusia yang boleh di katakan ada kepentingan dengan pembakaran Gereja ini. Kita juga mengharapkan agar rakan kita ugama lain agar turut sama bersatu dalam menghadapi ancaman sebegini di masa hadapan bagi kemakmuran Malaysia yang tercinta ini.

Jangan kita Alpa dan lalai bahawa ada TANGAN GHAIB yang memperolehi Keuntungan dari kekecohan ini. Modal kekecohan ini pastinya akan di bawa mereka ini ke Sarawak yang mana Pilihanraya Sarawak akan di adakan pada tahun 2010 ini.

Selepas Chamelon di keluarkan dari PENJARA, satu persatu keamanan dan keharmonian rakyat di gugat olehnya. Satu persatu Perseketaan di canang oleh nya bagi meracuni Rakyat. Sehingga hari ini si Chamelon ini masih belum berkuasa maka selagi itulah jua si Chamelon Hentam Belakang ini akan terus terusan memporak perandakan rakyat yang berbilang kaum ini.

Harap Kita Sedar Siapa Chamelon Yang Di Maksudkan

Psssttt....Chamelon? bukan chamelon je dia ni tapi dah tahap BANJINGAN

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

GAMBAR LOKASI Gereja Rakan Kristian Kita Yang Terbakar Di Desa Melawati Wangsa Maju




















Kami umat Islam mengutuk dengan keras akan perbuatan yang tidak bermaruah ini yang mana telah membakar Gereja rakan kita yang beragama Kristian. Kita juga mengharapkan agar PDRM dan kerajaan Malaysia dapat mengenal pasti pelaku berkenaan dan seterusnya di dakwa kerana hal sebegini boleh mengancam keselamatan negara.

Namun demikian Gomo tidak menafikan terdapat TANGAN GHAIB di sebalik apa yang berlaku ini. Tangan Ghaib ini sudah pasti mempunyai serampang yang bermata mata bagi membuatkan kita semua berada di dalam keadaan yang huru hara.

Mujur matlamat mereka semalam untuk menghu harakan keadaan tidak berlaku sama sekali. Allah maha Besar dan setiap niat yang jahat itu pasti akan menemui Kegagalan.

Allahuakhbar

Psssttt..Gambar selanjutnya akan menyusul.....

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP