UMNO SABOTAJ Pendaftaran DAP,PKR dan PAS Di Bawah Nama Parti Pakatan Rakyat???

Friday, January 15, 2010



Dah bertahun Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP,PKR dan PAS bergabung dalam arena politik tanahair ini. PRU ke 12 nampaknya usaha PAKATAN RAKYAT ini berhasil dengan memenangi banyak kerusi Parlimen dan juga DUN. Tidak juga terkecuali Tumbangnya Pulau Pinang ke tangan DAP, Kedah di tangan PAS, Selangor di Tangan PKR dan Perak di tangan DAP(Sekarang Pemerintahan Kerajaan BN). Ternyata Pakatan Rakyat ini amat ampuh sama sekali pada PRU ke 12 yang lalu.

Semenjak Parti DAP,PKR dan PAS bergabung dalam Pakatan Rakyat ini, Parti ini seakan nampak Gagah dan mampu menyaingi kerajaan Barisan Nasional yang terdiri dari parti utama UMNO,MCA,MIC dan juga lain lain parti. Selepas PRU 12 yang lalu kekuatan mereka Pakatan Rakyat ini agak ketara dengan berjaya memenangi 7 pilihanraya kecil yang di adakan.

Pada hujung tahun 2009 Pakatan Rakyat mengadakan Konvokesyen yang mana di dalam Konvoksyen ini menyatakan bahawa PAS,DAP dan PKR akan bernaung di bawah satu Parti yang di namakan PAKATAN RAKYAT. Yang mana parti ini juga mempunyai satu logo yang baru dan logo ini jugalah yang akan di gunakan oleh mereka Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya selepas ini.

Namun sudah hampir 2 bulan, Rakyat masih menunggu apakah benar mereka pakatan PAS,DAP dan PKR telah mendaftar Pakatan Rakyat sebagaimana yang mereka janjikan kepada Rakyat pada Konvokesyen yang lalu?

Apakah Pendaftaran mereka telah di sekat oleh R.O.S.?

Benar kah mereka telah mendaftarakan nama Pakatan Rakyat ini atau mereka pimpinan Parti DAP,PKR dan PAS baru sahaja mula merangka kertas kerja mereka?

Atau kemungkinan yang lebih tepat UMNO telah mensabotaj pendaftaran mereka? ( Sah Yang Ni Depa Akan Kata)

Ini kah sebab nya pakatan PAS,DAP dan PKR masih lagi belum mendapat kelayakkan sebagai satu Parti Pakatan Rakyat? Atau pun anda semua mempunyai jawapan tersendiri dalam hal ini? Sama sama kita fikir kan dan kita renungkan.

Dari maklumat yang Sahih, selepas Konvokesyen Pakatan Rakyat berakhir. Haji Hadi telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan parti PAS dan juga ahli yang hadir di konvokesyen itu bagi menerangkan agenda penubuhan parti Pakatan rakyat. Ramai ahli Pas yang nampaknya tidak berpuas hati dengan adanya Logo baru bagi mengantikan logo PAS yang pastinya akan di gunakan pada pilihanraya yang akan datang.

Haji Hadi dengan tenang menerangkan kepada hadirin yang hadir pada malam itu bahawa PAS tidak akan menggantikan lambang BULAN dengan mana mana logo yang lain. Malah Haji Hadi juga turut memberi jaminan bahawa PAKATAN RAKYAT tidak akan di daftarkan dan Pilihanraya yang akan datang tidak akan menggunapakai nama Pakatan Rakyat mahupun Logo Baru. PAS tetap akan menggunakan logo BULAN walau bagaimana sekalipun.

Sudah jelas dan nyata bahawa Pakatan mereka ini DAP,PAS dan PKR hanyalah satu pakatan yang ingin mendapatkan kekuasaan demi politik parti masing masing sahaja. Tidak ada agenda mereka ini yang ingin mentadbir negara dan membantu rakyat dan seterusnya memajukan Malaysia ini.

Jika benar mereka ini ikhlas dalam agenda Politik membantu Malaysia sudah pasti mereka PAS,DAP dan PKR akan mengikuti langkah UMNO yang bergabung dengan MCA,MIC dan lain lain parti di bawah satu bendera dan bernama BARISAN NASIONAL. Ini lah baru benar benar menunjukkan keikhlasan dalam menjaga Rakyat Malaysia dan bukanlah bersifat Retorik semata mata sebagaimana mereka PAS,PKR dan DAP ini.

Di harapkan kita semua jelas dalam hal ini dan memikirkan semasak masak apakah yang ada pada agenda mereka ini sebenarnya! Jika di katakan kerajaan Barisan Nasional tidak betul dalam mentadbir Malaysia ini sejak MERDEKA maka apakah bantuan dan kemajuan yang mereka capai setelah memerintah Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan terutama Kelantan yang 20 tahun di perintah PAS.

Moga Allah menyelamatkan kerajaan Islam yang ada pada hari ini. Allah Maha Besar.

Psssttt....Menghitung hari penubuhan Pakatan rakyat atau Bubar nya Pakatan Palsu mereka ini

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP