FAKTA - Haji Hadi Menunggu Masa Yang Sesuai Bersama UMNO Dalam Membela Islam Dan Melayu

Saturday, February 20, 2010



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara Barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu.

Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.


Abdul Hadi bagaimanapun berkata, Pas tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu. - Bernama.

Ulasan GOMO

Mantap tu Bang HADI...He he he....ini lah di namakan Rakyat Malaysia yang menjadi kewajipan kita dalam mempertahankan Malaysia ini dari i LIWAT oleh negara luar. Terutama sekali dari tekanan dan campur tangan negara proksi YAHUDI seperti Australia dan U.S.

Sebenarnya Haji Hadi ini tahu akan benar kemelut yang berlaku dalam Malaysia ini. Malah dalam kes LIWAT Anwar Al Juburi pun Haji Hadi tidak membuat sebarang kenyataan sebagaimana Nik Ajis yang MERAPU tu. Haji Hadi bukan tidak kenal dengan Anwar Brahim kaki SODOMI tu.

Namun kerana memikirkan periuk nasi nya dalam dunia Politik Haji Hadi terpaksa bersikap HIPOKRIT kerana takut akan kehilangan kuasa nya sebagai PRESIDEN PAS. Walaupun bergelar PRESIDEN namun Haji Hadi bagaikan tidak mampu untuk berkata apa apa kerana selalu di KECAM oleh juak PAS EDROGAN yang mana pada masa ini menguasai Parti PAS itu.

Haji Hadi juga sebenarnya di bayangi oleh Nik Ajis selaku Musyidul Am PAS yang selalu mengeluarkan kenyataan dan Fatwa yang SONGSANG bagi menarik sokongan pengundi KAFIR.. Ini semua sebenarnya tidak dapat diterima Haji Hadi. Malah ada sekali Haji Hadi MENEMPLAK Nik Ajis semasa satu perjumpaan tertutup bagi memberikan satu isyarat kepada Nik Ajis untuk Diam dari mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan Parti PAS.

Namun macam biasalah, Nik Ajis sapa tak kenal! Nik Ajis tidak mengendahkan apa yang Haji Hadi sampaikan, malah amaran Haji Hadi akan terancam nya Islam dan bangsa melayu sekarang ini juga tidak di pedulikan Nik Ajis. Haji Hadi sebenarnya kecewa dengan apa yang berlaku pada Nik Ajis ini.

Jauh dari sudut hati Haji Hadi sebenarnya menunggu peluang yang sesuai bagi membersihkan PAS dari puak EDROGAN Hussam Musa ini. Ada juga desas desus dalam PAS yang inginkan perubahan DRASTIK apabila Nik Ajis sudah tiada kelak. kerana pada waktu Nik Ajis ada ini segala galanya tersekat di tengah jalan memandangkan Nik Ajis masih berkuasa dan juga punya pengaruh dalam PAS yang cukup besar.

Apa sekalipun Haji Hadi dan beberapa pimpinan pro ulamak dalam PAS hanya menunggu masa bagi memberikan satu IMPAK yang bermakna dalam PAS ini. Islam dan Melayu akan menjadi agenda Haji Hadi dan kepimpinan mereka bila tiba masa yang sesuai bagi bersama sama UMNO membangunkan Malaysia ini.

Kepada siapa lagi umat Islam dan bangsa Melayu ingin harapkan? MCA, GERAKKAN bersekutu dengan DAP dalam menguasai politik Malaysia ini. PKR akan karam dengan kes Liwat Anwar Al Juburi itu. Jadi yang tinggal hanya lah UMNO dan PAS bagi memmbantu Islam dan Melayu dalam meneruskan perjuangan di Tanah air ini.

Moga Haji Hadi akan Lantang dan Berani menyuarakan perjuangan sebenar PAS. PAS FOR ALL adalah sesuatu yang menyesatkan sama sekali. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM perlu PAS bangkitkan. Moga kita semua di berikan Hidayah oleh Allah S.W.T.

Psssttt...Moga perpaduan antara Islam dan Melayu akan mekar...amin


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP