BANDUNG - Apakah Di Malaysia Wujud Hal Sebegini???

Saturday, February 27, 2010


Penarik Beca, Kalau lihat cerita P.Ramlee Penarik Beca pastinya kita akan lihat Kedaifan yang di lakonkan oleh watak penarik Beca itu. Di Indonesia mungkin berbeza sedikit namun tidak bermakna mereka di Indonesia lebih senang hidupnya dari Penarik Beca di Malaysia.

Sekali Kayuh rm 5,000 yang mana bersamaan RM2


Takungan Air di jalan utama Pusat Bandar Bandung. Hujan pun tidak dari mana datang nya air pun tak tahu. Fuh..kalau kat Malaysia ada hal sebegini pasti dah masuk Paper dan TV..He he he


Lagi satu jalan raya di pusat Bandar Bandung yang Terok. Bukan di sini sahaja malah banyak tempat di sekitar Bandung yang mana jalannya tidak di selenggara dengan baik. Lopak sana sini. Kalau kita di Malysia ini pasti JKR yang dah kena Balun.


Anak gadis yang berjemur di tengah panas tengahari buta ni buat apa?


Ni lah usaha mereka dalam mendapatkan sumbangan dari kenderaan yang lalu lalang di Jalan jalan sekitar bandung. Tiap persimpangan lampu Isyarat pasti ada kumpulan kecil yang melakukan berbagai ragam dalam meminta sedekah dari kenderaan yang lalu lalang. Di Malaysia ada kah hal sebegini?


Gelagat penjual penjual yang meraih simpati dari kami yang ada dalam Bas. Pergh..memang dasyat depa ni. Jual barang tu betul betul seakan memaksa dan tak henti henti. Kalau dah kata tak nak pun depa suruh beli. kalau kata sudah beli pun depa akan suruh beli lagi. Cari makan bukan nya senang di sana. Kalau kat Malaysia ni bila penjual datang kita kata taknak maka penjual pun terus beredar. tapi di sana siap ikut naik Bas lagi...






Sungai yang di penuhi dengan Sampah sarap. Air nya tak payah cakap lah..macam macam warna ada. Pergh...Sisa kumbahan semua nya kesini. Ini gambar di Bandaraya Jakarta. Jakarta tu kira sama level dengan Kuala Lumpur lah. Ibu Negara katakan. Errr Kuala Lumpur ada kah yang sebegini? Kalau tak Kuala Lumpur pun Kampung kampung di Malaysia ada ka?






Gambar deretan rumah rumah setinggan yang ada di bandaraya Jakarta. Memang padat dan sungguh sesak. Rumah mereka yang ada di kawasan sebegini sungguh kecil dan usang sama sekali. Dinding nya juga banyak yang hanya menggunakan barangan terbuang seperti Papan Tanda Iklan yang di potong bagi menjadikan Dinding pondok mereka.

Jalanraya di kawasan perumahan ini Tiada langsung. semuanya hanya lorong Tikus yang hanya jika kenderaan nak lalu pun hanya motosikal je muat. Ada sesetengah tempat motor pun tak boleh lalu.

Gomo mengeluarkan gambar yang ada ini bukanlah untuk memburuk burukan negara Indonesia jiran kita ataupun menghina rakyat dari sana. namun ini lah hakikat yang sebenar dalam kehidupan seharian rakyat di indonesia.

Apakah kita Rakyat Malaysia masih tidak bersyukur dengan apa yang ada? Atau kita merasakan kerajaan kita masih GAGAL membantu rakyat dalam meneruskan kesinambungan hidup ini?

Ada satu kejadian yang mana pemandu teksi bertumbuk kerana merebutkan penumpang. Bertumbuk atas faktor inginkan rezeki. Di Malaysia ni belum jumpa lagi pemandu teksi bertumbuk pasal rebutkan penumpang. isy...kerana nak cari Rezeki sanggup bertumbuk dalam memastikan rezeki nya ada.

Gomo ada bertanyakan kepada seorang pekerja hotel di sana berapa gajinya sebulan. Jawap pekerja berkenaan gajinya sekitar 1 juta rupiah sebulan. 1 juta..banyak tu...kalau ikut juta banyak lah...tapi 1 juta rupiiah kalau tukar duit Malaysia hanyalah sekitar RM 350 sahaja. tu yang berkerja di Hotel. kalau yang sapu sampah? Berapa agaknya Gaji sebulan?

Memang tak di nafikan makanan nya di sana juga murah. Murah banyak mana? Gomo nak katakan murah memang lah murah kerana kita duit lebih besar dari ruppiah. tapi kalau air botol yang di jual di kedai pun harga nya sekitar 5000 rupiah maka berapa di Malaysia ini? RM 2 jugak harganya. Lebih kurang dengan harga di Malaysia ini.

Namun gaji yang mereka perolehi hanyalah sekitar RM 350 sebulan berbanding kita yang paling minimun sekarang ini pun sekitar RM 800 ke atas sebulan. Gomo tak lah cakap Gaji rm800 tu banyak, tapi kira ok lah dari sana. Bebudak Hotel di Malaysia ni pun gaji nya RM1,200 ke atas sebulan.

Gomo mengharapkan agar rakyat sedar akan hal sebegini yang banyak berlaku di Luar Negara Malaysia. Dalam kepayahan mereka ini mencari rezeki kita rakyat Malaysia masih tidak bersyukur dengan apa yang telah Kerajaan Malaysia ini lakukan dalam membantu rakyat. Kita sewajarnya membantu kerajaan dengan meningkatkan mutu perkhidmatan dan juga membantu kerajaan dalam idea dan pemikiran yang berguna bagi menjamin kehidupan kita Rakyat Malaysia ini.

Bukan kerana marah kan Nyamuk maka kita nak bakar Kelambu. Bukan itu yang patut kita lakukan, sebaliknya kita harus Berani dalam menegur Kerajaan bagi memastikan kerajaan yang ada sekarang ini Prihatin dalam masaalah Rakyat dan membantu kita rakyat yang ada ini.

Apa guna kita Bergaduh dalam soal Kuasa Politik seperti di Indonesia jika Kita juga yang akan menjadi mangsa dalam Kekalutan Politik itu. Jangan jadikan Malaysia ini sama seperti Negara negara lain yang persengketaan Politik mereka berpanjangan sehinggakan kemajuan Ekonomi dan pembangunan Terbantut akibat Politik Sempit.

Akhir kata Dari Gomo buat rakyat, agar sentiasa menegur kepimpinan Kerajaan yang ada bagi memastikan Malaysia ini terus kekal Aman dan Makmur bagi kesejahteraan kita rakyat Malaysia.

Psssttt...Banyak lagi hal yang berlaku di sana, namun biarlah Rahsia...
Align Center
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP