LIVE- PERKASA - Tun Dr Mahathir Menyatakan Hak Kita Orang Melayu Bukanlah RACIST

Saturday, March 27, 2010



Tun Dr Mahathir dalam ucapanya menjelaskan Kita orang Melayu bukanlah RACIST, namun kita menyuarakan hak kita yang termaktub dalam perlembagaan. Apa yang telah kita menterai semasa di dalam perjanjian kemerdekaan.

Jika kita RACIST sudah pasti kaum kaum lain tidak mendapat kebebasan sepertimana yang mereka perolehi pada masa ini. Sekolah Cina dan India di bina bagi menjamin bangsa mereka dalam menuntut ilmu, Kita beri Biasiswa kepada mereka yang layak mengkut kuota yang telah di menterai dalam persepakatan. Apakah ini mengambarkan kita RACIST?

Apa yang ada dalam Malaysia ini adalah hasil dari perjanjian kemerdekaan yang telah di capai dahulu. Tidak ada pihak yang tidak berpuas hati dalam mencapai kemerdekaan. Namun mengapa kini banyak pihak cuba menimbulkan ketidak puashatian dalam apa yang telah disepakati?

Kerana Kuasa dan Politik songsang maka perlembagaan yang ada telah cuba di nodai bagi membangkitkan dan menyemarakkan sengketa antara kaum. Perpaduan antara kaum di porak perandakan bagi mencapai kejayaan menjadi kuasa utama di Malaysia ini.

Tun juga mengatakan ada pihak mengatakan Melayu adalah kaum pendatang dari luar. Jika Melayu adaah pendatang mengapa Malaysia ini di panggil Malay sia??? Carilah di mana mana kitab dan arkib dari negara Arab ke negara Cina Malaysia ini dulunya di panggil Tanah Melayu. Apakah Melayu itu pendatang sedangkan Tanah Melayu namanya?

Kita orang Melayu berhak untuk mempertahankan diri kita dari terus terusan di kecam dan di Fitnah sehinggakan Maruah kita di injak injak. Orang melayu bukan Bisu, bukan Pekak, kita punya maruah dan hak dalam menyuarakan kebebasan kita di Tanah Melayu ini.

Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia, namun dalam perlembagaan juga di sebut agama lain boleh di anuti oleh bukan Islam. Apakah itu tidak adil kepada kaum lain? Apakah itu di panggil kita Melayu ini RACIST?

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, namun bahasa lain boleh di gunakan bagi bangsa bangsa lain. Apakah kita menyekat kebebasan mereka dalam menggunakan bahasa Ibunda mereka? Apakah ini juga di kira kita orang Melayu RACIST?

Mereka katakan Kontrak kontrak di berikan kepada Melayu dan keroni keroni sahaja. Tetapi harus diingat bukan semua diberikan kepada melayu. Orang bukan Melayu juga mendapat Kontrak dari pihak Kerajaan.

Namun mengapa kita tidak bertanya, apakah Syarikat Swasta meberikan Kontrak kepada orang Melayu? Apakah pihak Swasta mengagihkan kontrak syarikat mereka kepada syarikat Melayu?

Kita sungguh adil sehingga kita di tuduh RACIST, kita sayang kepada Bangsa kita dan negara kita ini. Kita orang melayu tidak pernah membuang kad pengenalan jika kita tidak sayang kepada Malaysia ini. Namun ada pihak yang membuang kad pengenalan bagi hidup di luar Malaysia. Apakah itu bukan satu kebenaran?

PERKASA memperjuangkan HAK orang Melayu dan tidak salah walau di mana sekalipun selagi berlandaskan perlembagaan.

Saya mengharapkan Dato Sri Najib mendengar rintihan kaum kaum lain namun jangan lupa rintihan kaum Melayu. Jika Melayu di abaikan maka takut akibat yang parah pada yang ada hari ini.

Diharapkan seluruh Melayu bersatu bagi memperjuangkan HAK kita orang Melayu.

FUHHHHH..........
itulah ucapan Tun yang penuh dengan makna tersurat dan tersirat. harap kita semua memikirkan sebaik yang boleh.

HIDUP TUN
HIDUP TUN
HIDUP TUN

Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah Kehormat Pribumi PERKASA bagi mengenang jasa dan pengorbannya dalam memartabatkan Melayu dan Malaysia ini.

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

LIVE- Persidangan PERKASA - Dato Ibrahim Ali Menemplak Orang Melayu Yang Menjadi Jaguh Bangsa Asing



KERIS LAMBANG ORANG MELAYU JANGAN DI SIMPAN SETELAH DI JULANG


BARISAN KEPIMPINAN PERKASA


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD & TUN DR SITI HASMAH


RIBUAN YANG HADIR PELANCARAN PERKASA


ANGGARAN KEHADIRAN 10 RIBU ORANG DI MAJLIS PERSIDANGAN PERKASA

Jam 9.30 pagi tadi Tun Dr Mahathir Selamat Sampai ke Persidangan PERKASA yag berlangsung di PWTC dewan Tun Razak. Kehadiran Tun di temani isteri tersayang nya Tun Dr Siti Hasmah yang mana di iringi oleh Datok Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA.

Baru sebentar tadi Datok Ibrahim Ali menyampaikan ucapan Beliau yang dengan lantang menyuarakan Hak kita orang Melayu yang ada di Tanah Melayu ini. Ucapan Datok Ibrahim Ali di iringi dengan tepukan gemuruh para hadirin yang hadir.

Dalam ucapannya juga Datok Ibrahim Ali turut mengkritik pihak pihak yang cuba menjadikan Malaysia ini negara Sekular. Malah lebih jelek lagi ada pihak yang terdiri dari orang melayu cuba menjadi jaguh kepada bangsa lain dalam mendapatkan Hak yang tidak sepatutnya layak mereka dapati.

Datok Ibrahim Ali juga mengecam pihak pihak yang menodai Islam dengan memberikan kepada pihak Kafir menggunakan ayat suci Al Quran bagi di gunakan dalam meraih undi politik. Malah ada pula yang cuba menghalalkan penggunaan kalimah Allah bagi di gunakan pihak Kafir.

Kita bangsa melayu di tuntut untuk bersatu dalam meneruskan agenda perjuangan yang masih lagi belum selesai. Jika kita orang melayu terus terusan berpecah maka tidak mustahil kita akan menjadi Bangsa Melayu yang merempat di bumi sendiri.

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

LIVE-Melayu Bersatu Dalam Memartabatkan Bangsa Di Persidangan PERKASA


Syukur ke hadrat Ilahi, Gomo telah sampai dalam satu perhimpunan Bersejarah bagi menghimpunkan orang Melayu di tanah air ini. Amin....

Buat masa ini hadirin sudah semakin ramai dalam memenuhi dewan Tun Razak di PWTC ini. Hadirin yang hadir terdiri dari orang melayu seluruh pelusok Tanah Melayu dan juga Sabah dan Sarawak. Ternyata himpunya Melayu hari ini merupakan satu sejarah yang akan tercatit dalam sejarah Malaysia ini.

Gomo nak anda semua renungkan bena yang memaparkan kata kata Tun Dr Mahathir Mohamad mantan PM kita:

Dulu Bangsanya Di Pijak
Dulu Bangsanya Retak
Dulu Bangsanya Teriak
Dulu Bangsanya Haprak
Dulu Bangsanya Kelas Kedua
Dulu Bangsanya Hina
Dulu Bangsanya Sengketa
Dulu Bangsanya Derita
Dulu Bangsanya Kerdil
Dulu Bangsanya Terpencil
Tiada Daulat
Tiada Maruah
Tiada Bebas
Sejarah Bangsanya Yang Lena
Tanah Lahirnya Yang Merekah Berdarah
Wahai Bangsaku Jangan Mudah Lupa Lagi
Kerana Perjuanganmu Belum Selesai

Diharapkan kita semua dapat memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam kata kata yang penuh makna ini.

Sesungguhnya Melayu Takkan Hilang Di Dunia.

Ayuh kita Orang Melayu Bangkit Dari Lena.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP