P94 -Jangan Lupa Pangkah Lambang Pakatan Rakyat- Erkkk....Lambang Pakatan Rakyat???

Friday, April 2, 2010


Logo Pakatan Rakyat?

Setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim ketika ditemubual oleh Free Malaysia Today (FMT) menjelaskan konvensyen ini mengesahkan PR sebagai satu pakatan yang sahih yang diiktiraf dan memberi alternatif terbaik untuk rakyat menggantikan Barisan Nasional.

“Ini adalah konvensyen yang sulung untuk PR, muncul sebagai satu pakatan yang jitu dengan berjuang atas landasan yang digariskan untuk kepentingan rakyat,” katanya .

Sumber Bernama 11 December 2009

Tarikh Penamaan Calon telah di tetapkan SPR pada 17hb April ini manakala tarikh pengundian pada 25hb April ini bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor P94.

Buat Barisan Nasional yang akan bertanding pada PRK P94 ini tiada masaalah dalam meletakkan Lambang mereka Dacing yang berwarna Biru itu Sejak zaman berzaman lambang Dacing inilah di gunakan bagi membuktikan Komponen dalam Barisan Nasional adalah bersatu di bawah lambang Dacing ini.

Tapi.............
Bagaimana pula dengan Pakatan Rakyat? Jika PKR bertanding sudah pasti mereka akan menggunakan lambang Mata tersebut. Jika DAP sudah jelas lambang Rocket nya itu. Malah jika PAS pula pasti lambang Hijau Putih ditengah akan di pertaruhkan.

Persoalanya bila kah mereka akan menggunakan Lambang warna oren yang telah di persetujui oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang itu? Apakah Lambang tersebut hanyalah Retorik semata mata? Atau sememangnya Pakatan Rakyat ini benar benar Ikhlas dalam kerjasama mereka itu?

Sebelum ini Gomo sudah mengeluarkan beberapa artikel yang bertanyakan hal Pendaftaran Pakatan Rakyat ini di ROS. Namun sehingga ke hari ini tidak ada langsung Jawapan dan perkhabaran dari kepimpinan pakatan dalam mengulas isu ini. Awat Senyap???

Ini sudah jelas dan nyata bahawa PKR,DAP dan PAS sebenarnya tidak bersatu dan tidak bermuafakat dalam perpaduan mereka itu. Malah dengan lebih nyata lagi mereka hanya bersatu di bawah nama Pakatan Rakyat bagi menipu dan memanipulasi Rakyat agar terpedaya dengan agenda mereka yang kononnya membela rakyat.

Presiden PAS sudah bersetujui akan pengabungan ini, Lim Kit Siang dari DAP pun begitu, malah Anwar Brahim yang di lantik ketua Pakatan Rakyat juga senada dengan mereka dalam penubuhan pakatan Rakyat ini. Namun mengapa mereka tidak serius dalam menubuhkan Pakatan Rakyat yang sah???

Rakyat harus sedar dan jelas akan hal ini, jika dalam mendaftarkan nama Pakatan Rakyat pun mereka Gagal, apatah llagi untuk membela rakyat. Jika mereka benar Ikhlas untuk memperjuangkan Rakyat sudah pasti pada PRK P94 Hulu Selangor ini telah menjadi medan permulaan buat Pakatan Rakyat menggunakan Lambang kesepakatan mereka di bawah nama Pakatan Rakyat.

Yang jelas dan Nyata BARISAN NASIONAL adalah yang Halal dan Sah, manakala PAKATAN RAKYAT adaah yang HARAM sama sekali.

Undi BN masuk Neraka kata Nik Ajis,
Namun apakah undi Pakatan Rakyat masuk Sorga?
Walhalkan BN itu SAH dan HALAL
Manakala Pakatan Rakyat itu HARAM keseluruhannya.

Renung renungkanlah......

Psssttt....Dah masuk 5 bulan depa tak daftar Pakatan Rakyat ni...

ARTIKEL BERKAITAN KLIK

UMNO Dalang Kegagalan Pakatan Rakyat Di Daftarkan Sebagai Sebuah Parti?

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP