Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama pada Isnin mengadakan perbincangan dua hala di Washington dalam pertemuan yang dilihat sebagai satu lagi langkah ke hadapan dalam hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat.
Kedua-dua pemimpin itu berbincang di Pusat Konvensyen Walter E.Washington, tempat berlangsungnya Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bersejarah itu, yang bermula kemudiannya.
Najib dan Obama kelihatan tenang semasa mereka mengadakan perbincangan dua hala itu yang pertama kali diadakan yang berlangsung di pusat tersebut.
Dalam suasana mesra, Najib dan Obama berbincang selama 40 minit, lebih lama daripada yang dijadualkan selama setengah jam, diapit oleh Pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.
Bernama melaporkan turut serta dalam delegasi Perdana Menteri untuk perbincangan dengan Obama, ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.
Selain Najib, Presiden Amerika Syarikat itu juga mengadakan pertemuan dengan Raja Abdullah dari Jordan, Presiden Ukraine Viktor Yanukovich, Presiden Armenia Serzh Sargsian dan Presiden China Hu Jintao.
Najib dan Hu merupakan hanya dua orang pemimpin Asia yang mengadakan pertemuan dengan Obama di luar sidang kemuncak itu.
Obama telah menelefon Najib pada Jun tahun lepas untuk membincangkan krisis kewangan global serta isu pengawalan senjata nuklear dan Perdana Menteri juga mengambil peluang itu membangkitkan isu dua rakyat Malaysia yang ditahan di Teluk Guantanamo kerana didakwa ada hubungan dengan kumpulan militan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah.
Klik Di Sini Sambungan Seterusnya Agenda DailyUlasan Papa Gomo....Gomo tak nak ulas panjang panjang, namun sekadar menyampaikan pesan kepada Anwar Brahim....he he he
Bang Anwar Berahim? Are U Okay? he he he
D.S.Najib berjumpa dengan Barack Obama Presiden U.S dalam masa 40 minit bagi membincangkan pelbagai isu termasuk lah isu keewangan, nuklear dan Dunia. Agak agak Bang Nuar ada peluang ke nak duduk bertentang 4 mata dengan Presiden U.S.?
Ops...Lupa......Ketua Pembangkang taraf nya tak sama dengan Perdana Menteri...He he he.....Bye Bye Bang Nuar...
Kita tunggu jelah 16 Sept tahun ini pulak, 2008 dah lepas, 2009 dah pun berlalu, harapan tinggal 2010 lah pulak.....he he he
Anwar Ibrahim? Are U Okay?
Psssttt... Apa cerita ni bang Nuar? hu hu hu.......Penyokongnya?PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...