PENDEDAHAN PANAS - Siapa Di Belakang Anwar Al Juburi Siri 2

Wednesday, April 14, 2010



APA HUBUNGAN PAUL WOLFOWITZ DENGAN AL JUBURI

Penulis sebenarnya ingin mengupas isu ini 'on surface' sahaja kerana persoalan ini masih belum dijawab dan terjawab oleh ANWAR IBRAHIM (itupun kalau dia berani la! kalau tak saman orang!).

Apa hubungan beliau dengan Paul Wolfowitz sehingga dianggap sebegitu istimewa beserta layanan 'anak emas' dari pihak US State Department, Pentagon dan CIA !!!

Artikel ini memetik dua (2) tulisan wartawan terkemuka dari Barat iaitu Peter J Boyle (The New Yorker) dan Mike Billington (Economic Intelligent Review - EIR) yang mempersoalkan keistimewaan hubungan kedua dua manusia ini (seorang sememangnya Yahudi dan seorang lagi seakan akan sudah menjadi Yahudi).





Pada masa ini Al Juburi telah dilantik sebagai 'Visiting Scholar' oleh John Hopkins School for Advanced International Studies (SAIS) yang mana Presiden George Bush melantik Paul Wolfowitz sebagai US Deputy Secretary of Defense yang telah menghalalkan 'pre emptive war' ke atas Iraq.

Satu rangkaian US National Endownment of Democracy telah memilih Al Juburi sebagai 'Democrat of The Year 1995' sebagai satu cara untuk membantu kewangan beliau untuk tujuan subversion atau dengan lebih tepat lagi pemberontakan di Malaysia!

Kedua dua wartawan tersebut telah melakukan analisa secara terperinci dan merumuskan bahawa Al Juburi dijadikan sebagai senjata US untuk menidakkan penyatuan Asia dan Eropah dikala serangan spekulasi matawang dan kegawatan ekonomi tahun 1997.

Al Juburi juga dijadikan senjata oleh Paul Wolfowitz untuk negara negara Asia yang mengalami kemerosotan ekonomi untuk menerima 'prescription' atau bantuan kewangan dari IMF.

Akibatnya negara negara malang seperti Thailand, Korea dan Indonesia dipaksa menerima usul dari IMF. Hasilnya, negara negara tersebut masih belum lagi pulih dari segi ekonomi dan hutang piutang yang perlu diselesaikan kepada IMF.

Siri ke 2 ini menunjukkan sifat sebenar ANWAR IBRAHIM yang kononnya adalah penyelamat atau 'Messiah' bagi negara negara Asia. Walhal sebenarnya beliau dan Paul Wolfowitz beserta George Soros adalah MUSANG BERBULU AYAM dan musuh sebenar UMAT MANUSIA DI ASIA. Pembaca dinasihatkan mengkaji rujukan, sumber dan artikel dari Barat yang menerangkan siapa AL JUBURI sebenarnya.

Sumber rujukan penulis:

1) The Believer - Paul Wolfowitz defends his War [ Peter J Boyle - The New Yorker ]
2) Malaysia's Anwar Ibrahim : Wolfowitz's Knife in Asia' Back [ Mike Billington -Economic Intelligent Review ].

Sumbangan

MELAYU ATAS PAGAR

SIRI 1 Pendedahan Anwar Al Juburi Dan Zionist

Psssttt...Apo nak dikato bukti dah ado antara Al Juburi dan Yahudi.....

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

P94 - YB Wong Koon Mun Melabelkan PKR Cakap Tak Serupa Bikin


Adun Kuala Kubu Baru Hulu Selangor
YB Wong Koon Mun


Pada 10hb April bertempat di Bandar Kuala Kubu sempena Ekspo Mini Maha yang di rasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri asas Tana Dato Sri Noh bin Omar Gomo menerima beberapa maklumat yang boleh di katakan Panas sama sekali dari Adun Kuala Kubu Baru YB Wong Koon Mun, dan juga dari Dato Sri Noh Sendiri.

Dalam ucapan YB Wong Koon Mun itu beliau menjelaskan bahawa perancangan asal untuk di adakan Ekspo Mini Maha ini bagi menempatkan para peniaga, petani dan penternak adalah di Stadium Mini Hulu Selangor. Namun kelulusan Kementerian Pertanian untuk menggunakan Stadium Mini tersebut telah di Sekat olehMajlis Daerah Tempatan Hulu Selangor atas alasan pihak kerajaan Negeri tidak membenarkan sebarang aktiviti dari mana mana kementerian Kerajaan untuk di anjurkan di dalam bangunan kerajaan negeri.

Ini merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan sungguh Aib sama sekali memandangkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah satu kementerian yang ingin membantu rakyat. Bukan lah Kementerian nak pi berkempen pun dalam Stadium Mini tersebut. Malah ianya adalah untuk menempatkan para petani, penternak dan juga peniaga di sana, bukan nya menteri nak duduk sana pi berceramah dan mengedarkan bahan bahan kempen.

Ini lah sikap Pemimpin Pakatan Rakyat Haram Selangor yang akan menggunakan apa sahaja bentuk yang ada dalam mengagalkan bantuan dan juga inisiatif kepada golongan petani, penternak dan juga peniaga. Hal sebegini amatlah Jelek sama sekali kepada rakyat Hulu Selangor.

Dalam pada itu YB Wong Koon Mun menemplak pemimpin PKR kerana hanya pandai bercakap sahaja namun untuk melaksanakan sesuatu pekara yang bermaanfaat kepada Rakyat Hulu Selangor tidak di lakukan. Keadilan hanya pandai menabur janji sahaja, namun akhirnya rakyat yang di janjikan itu lah juga yang merana.

Beliau juga menjelaskan akan kemarahan para petani Hulu Selangor yang mengkritik dasar kerajaan Negeri di bawah pentadbiran pakatan Rakyat apabila dengan sewenang wenangnya menghapuskan tapak tapak pertanian yang di jalankan di atas tanah berstautus TOL. Ada di antara petani yang mengusahakan selama 10 tahun tanaman mereka di atas tanah tersebut dan apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih maka di hapuskan tapak tersebut atas alasan tidak mempunyai kebenaran untuk bercucuk tanam.

Apa ke Bangang lah Kerajaan Pakatan Rakyat ni? Jika tanah yang di usahakan oleh para petani tersebut hendak di bangunkan oleh kerajaan Pakatan maka barulah di buat perbincangan akan hal tersebut. Malah hasil penat lelah petani tersebut pun perlu lah di ambil kira dan sebagainya. Ini tidak, petani di usir dan tanaman di hapuskan namun tanah tersebut tidak di gunapakai pula untuk pembangunan, sebaliknya terbiar sehingga bersemak samun.

Kerajaan Pakatan Rakyat ini seolah olah tidak menggunakan akal fikiran bila melaksanakan sesuatu tugas yang di amanahkan oleh rakyat. Dan ini lah jadinya bila mereka yang tahu mengkritik selama ini menjadi kerajaan. itu baru Kerajaan Negeri belum lagi Kerajaan Pusat. Cuba bayangkan bagaimana jadinya jika mereka Pakatan Rakyat Haram ini menjadi pemerintah Negara? Jawapnya semua tak bergerak dan Hancur matlamat wawasan 2020.

Klik Di Bawah Ini Artikel Berkenaan

KECOH - Petani Sayur Di Halau Bertani

Oleh Pakatan Rakyat Haprak Selangor

Psssttt....Cerita Khalid Gagap makan Penampor nanti akan di susuli....he he he

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

GEMPAR - Seribu Hadirin Keluar Dewan Apabila Zaid Ibrahim Di Umumkan Calon PKR Hulu Selangor


Kecoh semasa di Luar Dewan

Malam tadi bertempat di Dewan Komuniti Serendah Hulu Selangor, Gomo bersama beberapa rakan hadir dalam majlis Pakatan Rakyat Haram bagi mendengar pengumuman calon PKR bagi pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Seorang demi seorang wakil pimpinan Pakatan Rakyat haram yang berucap bagi menaikan moral para hadirin yang hadir.

Boleh di katakan semua pemimpin Pakatan baik DAP,PKR dan juga PAS menyatakan akan menawan PUTRAJAYA. " Kita mesti menang parlimen P94 untuk laluan kita ke Putrajaya"
Itu je lah yang Gomo dok dengar pemimpin pakatan Haprak ucapkan.......

Apa Parlimen Hulu Selangor ni kalau Pakatan Menang berubah ke kedudukan kerusi Parlimen? Apa jika PKR Menang kerusi ni depa akan tawan Putrajaya ke? Ini semua Gimik pemimpin Pakatan Haram bagi mengaburi mata rakyat dengan Putrajaya. Depa dok saiko rakyat kononya kemenangan Pakatan dalam Pilihanraya Kecil ini akan membolehkan mereka menawan Putrajaya.....aduh.....Rakyat di perbodohkan oleh kepimpinan pakatan Rakyat.

Sebaik saja Anwar Ibrahim mengumumkan calon yang akan mewakili PKR bagi Pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah Zaid Ibrahim Katak Mabok. Kecoh sebentar di dalam dewan dan juga luar dewan dengan suara suara sumbang mempertikaikan keputusan anwar brahim bila mencalonkan Zaid Ibrahim sebagai calon.

Bila sahaja Zaid Ibrahim di panggil untuk berucap dalam majlis tersebut berderu deru hadirin yang keluar dari dewan dan juga luar dewan dengan keadaan muka yang marah serta berceloteh sesama mereka.

Gomo yang berada di di kalangan mereka memasang telinga bagi mendengar apa yang di hebohkan sangat oleh hadirin yang hadir.
antaranya:

" Janji nak letak calon anak tempatan"

" Zaid katak baru masuk PKR dah dapat, Ketua AMK langsung tak di beri peluang"

" Dr Halili yang kami mahu tapi orang Luar pulak yang dapat"

" Ini semua nak kenyangkan tembolok pembesar je"

Macam macam lah lagi yang keluar dari para hadirin, Boleh di katakan 1500 orang yang keluar pulang apabila Zaid ibrahim berucap, Cuba banyangkan kehadiran yang di anggarkan 5000 orang di majlis berkenaan dan 1500 orang keluar kerana protes terhadap Zaid Ibrahim Calon Luar Hulu Selangor, Apakah kesannya kepada yang lain?

Gomo dan beberapa rakan yang lain turut sama beredar apabila sudah tidak Stim melihat penyokong pakatan Rakyat Haram dalam majlis tersebut. Jika sebelum pengumuman calon suara sorakan hadirin boleh di katakan riuh namun setelah Calon Luar Katak Zaid Ibrahim di sebut bagaikan di langgar Garuda penyokong dan hadirin yang Hadir.

Gomo paling kesian dengan Shamsul Iskandar ketua AMK yang sebelum ini namanya di senaraikan bagi calon PKR untuk Pilihanraya kecil Hulu Selangor ini. Shamsul Iskandar pada minggu yang lalu siap belanja makan rakan rakan mereka termasuk dengan Pak Guard sekali bagi meraikan dirinya sebagai Calon PKR Hulu Selangor.

Malam tadi menjadi Titik Hitam buat Ketua AMK dan seluruh AMK apabila Shamsul Iskandar telah menjadi Korban percaturan Golongan tertinggi PKR....Harap AMK redo dengan apa yang berlaku........Harap jangan Kencing Dalam Seluar.....

Psssttt.. malam tadi Gomo pakai Kopiah..he he he Takbir...Allahuakhbar


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP