Cabaran DEBAT Buzz Azam vs Zaid Ibrahim

Friday, April 16, 2010



Shamsul Iskandar Memeluk Buzz Azam.

Seorang anak Melayu yang dikenali dengan nama pena Buzz Azam telah dengan lantang mencabar Zaid Ibrahim utuk berdebat dalam isu Melayu dalam tempoh pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini di adakan.

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ

Penasihat Undang-undang

Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN)

D/A Lot Parkir Restoran Ada,

Taman Seri,

Batang Kali,

Selangor Darul Ehsan

Tarikh : 16 hb April 2010

Y.BHG DATO’ ZAID BIN IBRAHIM

Calon Pilihanraya P94

Parlimen Hulu Selangor

Parti Keadilan Rakyat (PKR) SEGERA

SERAHAN TANGAN


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Y.Bhg Dato’,


Per : JEMPUTAN UNTUK BERDEBAT ISU KETUANAN MELAYU


Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Pada 31 hb Oktober 2008, sempena persidangan LawAsia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Dato’ telah menyampaikan ucapan bertajuk “Malaysia-A Lost Democracy?”. (Lampiran 1)


Dalam ucapan Dato’ berkenaan, Dato’ antara lainnya telah memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan Dato’ secara terbuka telah menyatakan konsep Ketuanan Melayu ini tidak lagi sesuai di amalkan pada hari ini, menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa selepas Dato’, yang merupakan produk Dasar Ekonomi Baru, telah berjaya melepasi belenggu kemiskinan keluarga Dato’ di Kelantan dan kini Dato’ sekeluarga berkemampuan untuk berdomisil di kawasan perumahan elit Tropicana.

Dato juga memperlekehkan Dasar Ekonomi Baru dengan menyatakan bahawa :-


“Affirmative action and special status become a matter of privilege by reference to race rather than of need and questioning of this new status quo was not to be tolerated.”


Saya percaya, kenyataan Dato itu pastinya di sorak gembira dan di sambut ceria oleh puak-puak chauvinis pelampau yang rasis daripada kaum bukan Melayu dan mereka semestinya mengangkat Dato sebagai wira mereka kerana jelas, nada prinsip Dato yang anti Ketuanan Melayu adalah aset untuk memudahkan laluan mereka menganggu status sosial dalam negara ini. Secara peribadi, saya menyifatkan ucapan Dato’ tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab, umpama kacang lupakan kulit, bak melepaskan anjing tersepit.


Samada Y.Bhg Dato’ sengaja menafikan hakikat, bahawa orang Melayu masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan amat bergantung kepada kepatuhan Kontrak Sosial demi keamanan dan kestabilan sosial di dalam negara, maka jelas ucapan Y.Bhg Dato tersebut saya labelkan sebagai tidak mengenang budi. Jika tidak kerana Dasar Ekonomi Baru, saya percaya Dato’ bukanlah sebagaimana diri Dato pada hari ini.


Ucapan Dato’ yang anti KETUANAN MELAYU tersebut adalah satu ancaman terhadap survival orang Melayu yang majoritinya kini masih terkial-kial mencari & menambah pendapatan keluarga, walaupun secara metaforanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tersebut masih belum di mansuhkan. Bayangkan keadaan orang Melayu jika Perkara 153 Perlembagaan tersebut terus di hapuskan oleh Dato’ dan rakan-rakan politik Dato’ yang mungkin berpotensi membentuk kerajaan Persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang. Apa jaminan Dato terhadap survival orang Melayu nanti? Atau Dato hanya menyeru kami berdoa yang terbaik untuk keluarga kami ketika perut kami lapar?


Bertitik tolak daripada luahan perasaan saya di atas, pada 11 hb November 2008, telah mengutus surat jemputan Debat Ketuanan Melayu kepada Dato. (Lampiran 2).

Surat jemputan tersebut telah di serahkan ke pejabat Dato dan akhbar Utusan malaysia pada 15 hb November 2008, di halaman berita utamanya telah turut menyiarkan tentang cabaran debat tersebut (Lampiran 3).


Namun pada tarikh debat berkenaan iaitu pada 26 hb November 2008, Dato langsung tidak muncul di lokasi tanpa khabar berita.


Maka saya dengan ini, sempena Pilihanraya Kecil P94 Parlimen Hulu Selangor, saya mengulangi cabaran debat KETUANAN MELAYU tersebut dan menjemput Dato’ dan rakyat Hulu Selangor untuk hadir seperti ketetapan berikut :-


Tarikh : 23 hb April 2010

Masa : Antara jam 9.00 malam-3.00 pagi

Tempat : Perkarangan Parkir, Restoran Ada, Batang Kali

(bersebelahan dengan Petronas Batang Kali 2)

Tajuk : KETUANAN MELAYU-Masih Relevan?


Saya menyedari bahawa Dato sedang sibuk berkempen pada tarikh berkenaan. Sebab itulah saya dan rakyat memperuntukkan masa yang panjang untuk menanti kemunculan Dato. Dato boleh berucap selama 1 minit atau 1 jam, terpulang kepada kelapangan masa Dato pada malam tersebut. Tarikh dalam tempoh berkempen tersebut juga di pilih bagi membenarkan Dato secara tidak langsung berkempen dan meraih undi daripada rakyat Hulu Selangor yang akan hadir pada malam tersebut. Tarikh berkenaan juga penting kerana ia adalah 24 jam sebelum Dato berjaya atau tidak menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor. Parlimen adalah tempat menggubal dan memansuhkan undang-undang. Jadi sebelum Dato menjadi sebahagian daripada institusi Parlimen Malaysia, saya dan rakyat Hulu Selangor inginkan penjelasan pendirian Dato terhadap konsep KETUANAN MELAYU tersebut.


Saya dan rakyat akan menunggu Dato pada malam tersebut. Saya juga telah melancarkan Fanpage Facebook ”Kami Sokong Debat Buzze Azam vs Zaid Ibrahim” yang selepas 24 jam di lancarkan setakat 16/4/10 jam 9.30 pagi berjaya mengumpul 54 orang peminat.

Sila Y.Bhg Dato menghubungi saya di talian 012-9770412 untuk pengesahan kehadiran.

Sekian dan terima kasih.


HIDUP MELAYU!

ALLAHUAKBAR!


Yang berani kerana benar,

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ

770509-06-5757



Klik Untuk Ke Facebook
Debat Buzz Azam vs Zaid Ibrahim


Psssttt....Ada berani ke tidak ni si Zaid Ibrahim?

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

P 94 Hulu Selangor - Shamsul & Azmin Ancam Boikot Zaid Katak Brandy


Wajah Zaid Dan Shamsul Yang
Memberikan
Seribu Satu Perkataan


Ni lah hakikat kemelut yang berlaku antara Zaid Ibrahim, Shamsul Iskandar dan juga Azmin Ali. Kemelut yang beraku ini bukanlah hal yang remeh temeh namun ianya memberikan kesan mendalam kepada akar umbi PKR itu sendiri.

Manakan tidak apabila Anwar Brahim mengumunkan Zaid Ibrahim sebagai calon, ramai hadirin terutama rakyat Hulu Selangor yang keluar dari majlis berkenaan tanda protes kepada Zaid Ibrahim. PAS awal awal lagi sudah memboikot Zaid Ibrahim ini kerana faktor sejarah yang tidak dapat di lupakan oleh Nik Ajis dan kepimpinan PAS yang lain.

Azmin Ali langsung tidak hadir ke majlis berkenaan semasa di umunkan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR. Apa yang pasti Azmin Ali sebelum Zaid di calonkan sudah beberaa kali menerjah Anwar Brahim untuk meletakkan Shamsul Iskandar ataupun Dr Halili bertanding di Hulu Selangor. Alasan Azmin yang mendakwa Zaid masih baru dalam PKR tidak dapat di terima oleh Anwar Brahim dalam perbincangan tersebut.

Ternyata Anwar Brahim sahaja lah yang berhak menentukan, pandangan akar umbi PKR yang tidak mahukan Zaid Ibrahim di sanggah oleh Anwar. Azmin yang sudah lama mengikuti Anwar juga di perlekehkan seolah bagaikan sampah.

Shamsul Iskandar merupakan antara yang paling amat dukacita dengan perlantikkan Zaid Ibrahim ini. Gomo dah maklumkan dalam atikel sebelum ini yang Shamsul Iskandar telah di persetujui oleh kepimpinan PKR untuk bertanding di Hulu Selangor. Malah Shamsul sudar war warkan kepada jentera AMK seluruh negara akan hal pencalonnanya itu. Namun akhirnya Kecundang jua Shamsul di tangan Zaid Ibrahim kerana faktor Wang dan Darjat yang sememangnya menjadi pilihan Anwar dalam hal ini.

Apa yang jelas di sini, PAS tidak akan menyokong PKR kerana Zaid Ibrahim, AMK pula akan sabotaj Pilihanraya kecil Hulu Selangor ini, Azmin Ali dah siap sedia aturkan kedudukannya untuk menjadi MB Selangor menyinggkirkan Khalid Gagap.

Tikam Menikam dalam PKR Semakin Dasyat

Psssttt...Azmin akan kalahkan PRK Hulu Selangor ini....percayalah

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP