Salam 1 Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada para pengundi di P94 Hulu Selangor yang akan membuang undi hari ini bagi memilih wakil rakyat Parlimen mereka bagi menyampaikan suara permasaalahan mereka di Dewan Rakyat.
Jika kita lihat sidang Dewan Rakyat sebelum ini tidak ada pun wakil rakyat Pakatan Haram yang membentangkan masaalah rakyat di kawasan mereka. Mereka wakil Rakyat Pakatan Rakyat Haram ini lebih tertumpu dengan memekik terlolong dalam sidang bagi mencari publisiti murahan semata mata.
Ada saja wakil Rakyat pakatan Haram ini lakukan sehinggapembentangan Bajet untuk negara pun mereka keluar dewan beramai ramai bagi menunjukkan belang mereka.
Apakah wakil Rakyat sebegini yang kita mahukan? Apakah ini yang pengundi Hulu Selangor harapkan?
Berdekad Barisan Nasional mentadbir Negara Malaysia yang tercinta ini, dan selama itulah juga Malaysia membangun sehingga di kenali seluruh Dunia. Kebajikan rakyat juga di jaga oleh kepimpinan BN baik UMNO,MCA, MIC dan parti komponen yang lain.
Suara rakyat di kawasan Parlimen wakil rakyat BN pastinya di bentangkan di Dewan Rakyat. Tidak pula wakil Rakyat BN memekak terlolong mencaci menghina dalam dewan mulia itu.
Ini lah yang menjadi kayu pengukur antara kematangan dan kecerdikan pemimpin BN dan Pakatan Haram ni. Jika wakil Pakatan Haram sudah pasti tidak melaksanakan tugas nya menjaga kebajikan rakyat. Tapi jika BN sudah tentu suara rakyat di utamakan.
Rakyat Malaysia terutama pengundi Hulu Selangor harus jelas hal ini. Kita mahukan wakil Rakyat untuk menjadi Suara kita dalam Parlimen. Kita tidak mahu wakil Rakyat yang menjadikan Parlimen sebagai Sarkas.
Hari ini, Gomo mengharapkan agar pengundi pengundi di Hulu Selangor mengundi calon BN P. Kamalanathan anak tempatan Selangor. Walaupun beliau bukan anak tempatan Hulu Selangor namun P.Kamalanathan tinggal di Rawang yang mana bersebelahan dengan Hulu Selangor. Malah P. Kamalanathan berjanji dan berikrar untuk menetap di dalam Hulu Selangor jika beliau di pilih sebagai wakil Rakyat di Hulu Selangor ini.
Calon PKR pula merupakan anak Kelantan yang mana ke Kelantan pun si Zaid ni tidak pulang. Apatah lagi dengan Hulu Selangor ini yang pertama kali di jejakinya pada masa ini.
P. Kamalanathan calon BN yang terbaik bagi menjaga kebajikan pengundi pengundi di Hulu Selangor. Malah P. Kamalanathan jugalah yang akan mewakili suara anda ke dalam Dewan Rakyat.
Undilah BN demi kesejahteraan Hidup.
Psssttt...Pilihan hati wakil rakat BN bagi suara rakyat
Anwar Al Juburi Harus Bertaubat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Read more...