FAKTA - Pakatan Pembangkang Juara Rakyat? Bagaimana Pula Pemabok DAP Yang Langgar Pelajar UITM?
Friday, April 30, 2010
Beriya iya Pakatan Pembangkang ini sampaikan DAP menyediakan Peguam, PKR pun menyediakan Peguam, PAS pun turut menyediakan peguam. Hebat kalau di hitung di sini sudah ada 3 peguam dari Pakatan Pembangkang.
Tidak cukup dengan itu media media pakatan seperti Akhbar, Blogg, Forum, Twitter, Facebook dan sebagainya mengeluarkan cerita kematian remaja tersebut. Dan penutupnya Polis yang di salahkan dalam hal ini sehingga IGP Tan Sri Musa Hassan di suruh letak jawatan.
Kes kematian remaja ini melibatkan pihak Polis dan sudah pasti pakatan pembangkang suka bila mana mana kes yang ada terkait dengan Polis. Dan ini lah sebabnya mereka mencanang isu ini seolah olah memberi gambaran Polis Kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Kes Kugan penjenayah yang mati juga di Jaja oleh Pakatan Pembangkang, Kes Teoh Beng Hock juga di jaja mereka. Semua ini bersifat Politik dalam meraih publisiti murahan semata mata.
Dalam hal kes Arwah Aminulrashid ini biarlah siasatan penuh kita perolehi dan barulah kita membuat kesimpulannya. Kita tidak ada sewaktu kejadian dan kita tidak tahu apa yang berlaku. Elok nya kita bermuhasabah diri dan menantikan keputusan siasatan kes ini.
Namun Gomo Hairan mengapa PAS dan PKR malah DAP tidak pula membantu mangsa kemalangan yang di langgar oleh adun DAP sehingga Bakri pelajar UITM itu cedera Parah dan Koma.
Jangan kata nak hulur bantuan, Mereka pemimpin Pakatan Pembangkang pun tidak hadir melawat mangsa tersebut. Malah kerajaan Selangor pula tidak membantu kos perubatan pelajar berkenaan. Apa cerita ni?
Tantawi yang sibuk berjihad ke sana kemari memandangkang dirinya ketua Pemuda PAS pula tidak langsung membela pelajar UITM tersebut. Kenapa Tantawi tidak menyelar Adun DAP yang memandu dalam keadaan MABOK tu? Apa kerana DAP rakan sekutu pakatan mana ianya di anggap HALAL?
Ini lah mainan politik Kotor pakatan Pembangkang. Mereka akan gunakan apa sahaja isu yang mana ada hubungkait dengan Kerajaan bagi menyebarkan Fitnah, Adu Domba dan Hasutan kepada Rakyat.
Di Harapkan Rakyat perlu peka dalam hal ini dan berfikit secara waras agar tidak di peralatkan oleh Pakatan IBLIS DAP, PAS dan PKR ini.
Anwar Al Juburi Harus Bertaubat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.