Dari Bandar Sibu Buat Rakyat Malaysia
Semalam Gomo dan beberapa rakan blogger di undang ke Sibu oleh Jentera BN Sarawak bagi membuat liputan PRK Bandar Sibu dalam minggu terakhir ini. Ternyata satu penghormatan kepada kami para Blogger bagi membantu BN menyampaikan isu semasa PRK Bandar Sibu ini.
Kami sampai ke Sibu jam lebih kurang 9.30 malam dan terus bergegas ke RH Hotel di mana pusat berkumpulnya jentera BN kali ini. Kesukaran mencari tempat tidor ternyata satu kesukaran memandangkan semua Hotel dan rumah tumpangan penuh. Yelah, last minute datang so memang nasib badan lah..he he he
Jam 12 malam akhirnya kami dapatlah jugak 1 bilik di sebuah asrama yang mana kami berlima berhimpit himpit bagi berteduh dan merehatkan tubuh.
Dalam pada itu Gomo membuat pemerhatian di sekitar bandar Sibu dan mendapati banyak Bena dan Poster DAP di setiap tiang tiang lampu dan juga lokasi persimpangan jalan. Bena dan Poster BN tewas di dalam bandar Sibu. Namun bila masuk ke kawasan pendalaman ternyata Gomo amat terkejut dan terpegun akan banyak dan begitu meriah Bena serta poster BN.
Setiap rumah, kedai runcit, kedai makan malah warong tepi jalan pun mengantung bendera BN dengan begitu meriah sama sekali. Pertama kali Gomo lihat betapa Bersemangat para pengundi dalam menyokong Parti pilihan mereka. Sampaikan ada gerai yang menghias lambang Dacing ini pada setiap meja makan mereka. Semangat cintakan tanahair ternyata menebal pada penduduk pendalaman Bandar Sibu.
Ini lah yang sebenarnya wajib kita rakyat semenanjung contohi semangat pengundi di Sarawak. Mereka tidak lupa akan jasa serta bantuan kerajaan BN terhadap mereka dalam semua hal baik segi pembangunan, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Mereka tidak mudah termakan dengan Dakyah palsu yang di war warkan Pakatan Pembangkang sebaliknya mereka menyakini usaha kerajaan dalam membela Rakyat tampa mengira Agama dan Bangsa.
Gomo harap kita rakyat semenanjung mencontohi semangat dan wadah perjuangan para penduduk di Sarawak ini. Jangan kita Hancur dek kerana Dajjal jelmaan Manusia Anwar Al Juburi dan DAP yang mengapikan Perkauman.
Laporan Lanjut Akan Menyusul dari Gomo buat Rakyat From Bandar Sibu Sarawak
Anwar Al Juburi Harus Bertaubat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.







