LIVE- DAP Menang PRK Sibu Kerana Kuasa Chiness!
Sunday, May 16, 2010
Pengumuman tidak rasmi DAP menang majoriti 398 undi dan waktu ini penyokong DAP telah memenuhi perkarangan Dewan bagi menyambut tumbangnya BN di Sibu ini. Ini lah petanda yang benar DAP kuasa Chiness dalam Malaysia ini.
Sejak hari Selasa lagi sudah lihat pengaruh DAP yang menebal dalam masyarakat Chiness bandar di sini. Walaupun kaum Bumiputera Iban,Melanau dan Melayu solid menyokong BN namun peratus kaum Cina lebih ramai dan kuasa penentu adalah di tangan mereka.
Kempen ceramah DAP yang Racist dan hasutan juga telah menyemarakkan penolakkan pengundi Cina pada BN. Dan inilah petanda yang besar buat seluruh Malaysia bahwa Mereka orang Chiness akan mengundi DAP,PKR,PAS pada PRU ke 13 nanti.
Apakah kita orang melayu masih tidak sedar bahawa dengan kemenangan DAP ini membuktikan bahawa Masyarakat Chiness sudah jelek dengan penguasaan ekonomi dan sekarang ini mereka mahukan kuasa bagi menjadikan Malaysia ini sepertimana Singapura.
Orang Melayu sudah hilang punca kerana politik! Kerana politik kita orang melayu berpecah. Kerana politik kita sengketa.
Gomo mengucapkan syabas kepada Anwar Ibrahim, Nik Ajis, haji Hadi dan semua pemimpin melayu kerana berjaya menjadikan bangsa China Juara dalam Malaysia ini. Gomo juga mengucapkan syabas kepada penyokong Melayu Pakatan kerana usaha keras menyumbang kepada kekuasaan DAP ini.
Jika dahulu Komunis menjadi petualang dan kemudiannya PAP dan seterusnya DAP maka kali ini Melayu pakatan pula penganti petualang Agama Bangsa dan Negara.
Buat UMNO harapan kita adalah pada diri kita sendiri. Jika kita masih di buai mimpi maka akan hancurlah kita di bumi bertuah ini. Teruskan semangat kita dalam perjuangan dan tekadkan semangat mengajak orang melayu bersama kita.
Dan udah udahlah memberikan peruntukan kepad Bangsa China ini dengan berjuta juta. Fokus kan kepada Orang Melayu, Bumiputera dan India. Kerana Bangsa Cina sudah mampu berdikari.
Anwar Al Juburi Harus Bertaubat!!!
13 May Satu Sejarah......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


