Apa Guna 1 Malaysia Jika UMNO Sahaja Yang Bertungkus Lumus Menjayakannya!

Wednesday, May 19, 2010

Gomo makin hari makin meluat dan menyampah dengan parti komponen BN MCA,GERAKAN dan lain lain parti yang tidak langsung bersama UMNO dalam mendekati Masyarakat. Tiap tiap bulan Program Juara Rakyat dan sebagainya di laksanakan oleh UMNO dan menjemput pemimpin komponen BN yang lain. Tapi kehadiran komponen yang lain amat mengecewakan sama sekali.

1 Malaysia yang di perkenalkan oleh Dato Seri Najib Perdana Menteri Malaysia telah dapat di terima oleh semua lapisan mayarakat, Namun adakah keseluruhan masyarakat tahu apa itu 1 Malaysia?



Ada orang Melayu yang bertanya apakah konsep 1 Malaysia ini memberikan hak sama rata kepada semua kaum?



Ada juga orang Cina, India yang menyatakan Konsep 1 Malaysia ini memberikan mereka Hak Sama Rata!



Kedua dua nya adalah tidak sama sekali. 1 Malaysia bukan bermakna kita perlu memberikan hak Sama Rata kepada semua kaum, Tapi ianya berlandaskan kepada perlembagaan Malaysia yang mana masih mengekalkan dasar perlembagaan yang kita persetujui semasa perjanjian Kemerdekaan dahulu.



Orang Melayu mungkin telah merasa lega bila kita nyatakan hak keistimewaan kita masih kekal dan akan di pertahankan. Tapi orang Cina dan India? Apakah mereka menerima bulat bulat konsep 1 Malaysia ini?



Orang India tidak banyak masaalah memandangkan mereka belum dapat berdaya saing dengan orang Cina. Orang India sama seperti orang Melayu yang perlukan perhatian dari Kerajaan dalam mengubah kehidupan agar lebih berdaya saing dan maju ke hadapan.



Tapi bagaimana orang Cina? Orang cina marah dan apabila di tambah dengan racun dari DAP, PKR dan PAS maka mereka memberontak seolah olah mereka selama ini di tindas. Mereka inginkan hak sama rata agar mereka lebih Kaya dan seterusnya menjadi kuasa Dominan dalam Malaysia ini.



Orang Cina sekarang ini sudah tidak memerlukan bantuan kerajaan kerana banyak persatuan persatuan Cina yang boleh membiayai mereka dalam pelbagai aspek. Pendek kata mereka sekarang sudah mampu berdikari sendiri.



1 Malaysia perlu di teruskan bagi memberikan Rakyat kefahaman akan konsep sebenarnya. Namun tidak ada guna jika MCA,GERAKAN tidak menyampaikan kepada orang Cina apa itu 1 Malaysia! Orang Cina perlukan pendekatan yang menyeluruh agar mereka sedar apa itu Tanah Melayu, Apa itu Perjanjian Kemerdekaan, Apa itu Hak sama Rata, Apa itu Keistimewaan Orang Melayu dan apa itu 1 Malaysia.



Takkan lah UMNO pula nak meredah ke kawasan Cina dan sampaikan pada orang Cina apa itu sejarah, apa itu hak sama rata,apa itu keistimewaan Melayu! Tugas ini harus di pikul oleh MCA dan GERAKAN dan bukannya UMNO.



Tapi sayang perjuangan ini hanya di gerakan oleh UMNO sahaja. MCA dan GERAKAN hanya lihat memeluk tubuh semata mata.



Jika begini caranya Gomo yakin 1 Malaysia akan terus malap tampa pengisian dalam diri kaum Cina iaitu kaum kedua terbesar di Malaysia ini.



Pemimpin UMNO yang duduk di atas tu di harapkan agar dapat menegur parti MCA dan GERAKAN ini agar menjayakan 1 Malaysia. Dan Jangan lupa Jaga betul betul Kami Orang Melayu dan tidak lupa kaum kaum yang lain.



Orang Cina sudah kaya dan pandai berdikari!!!



Anwar Al Juburi Harus Bertaubat




Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP