Wajib Baca - Islam Menyinar Di penempatan Kristian Sibu Sarawak

Friday, May 21, 2010


Datuk Seri Shahidan Kassim
Bekas Menteri Besar Perlis
&
Para Jemaah


Dari Kanan, saudara Armand Ketua Wira Perkasa, Blogger Keris Putera,
Hafiz UMB, baa am Al Assad Perkasa, Zamil Zuki teh tarik FB






Tapak Surau Di Sg bunga Kecil Sibu Sarawak

Pada 14hb May ketika kempen Pilihanraya Sibu, Sarawak Gomo dan beberapa rakan Blogger dan Facebooker mengikuti rombongan yang di ketuai oleh Datuk Seri Shahidan kassim bekas Menteri Besar Perlis. Perjalanan kami yang menggunakan 4 buat boat kecil ini bagi melawat semua rumah panjang Iban dan juga kaum Melanau yang ada di dalam parliemen Sibu.

Sepanjang lawatan kami ke sebuah penenpatan ke sebuah penempatan masyarakat Iban dan melanau kami singgah di Kg Bunga Kecil penempatan masyarakat melanau bagi mencari surau yang di khabarkan oleh penduduk setempat. Gomo yang di tugaskan menjadi peninjau telah sampai ke lokasi surau berkenaan dan ternyata kagum melihat sebuah surau yang di bina ada tahun 2007 masih kukuh dan begitu bersih dan di jaga dengan rapi oleh penduduk Kg Bunga Kecil Sibu ini.

Namun akibat dari masaalah mencari surau berkenaan kami semua telah terlepas untuk menunaikan Solat Jumaat dan dengan itu Datuk Seri Shahidan Kassim meminta kami semua untuk menunaikan solat Zohor.

Selesai solat kami berjumpa dengan Ketua Kampung dan beberapa orang penduduk untuk mendekati dan memahami luahan hati mereka dalam menyelesaikan masaalah yang di hadapi oleh mereka.Banyak isu tertumpu bagi membantu mereka dengan membaiki jambatan serta jeti yang ada di kawasan penempatan mereka. Sebenarnya bukan sahaja di Kg Bunga Kecil menghadapi masaalah yang sama tapi semua penempatan penduduk di kawasan pendalaman Sg rajang ini menghadapi masaalah Jeti dan juga Jambatan. Banyak yang sudah uzur dan ada yang tidak boleh di gunakan lagi.


Mendengar Luahan Penduduk Sg Bunga Kecil

Dalam pada itu Datuk Shahidan kassim telah mengarahkan Ketua Kampung Bunga kecil untuk membina sebuah jeti baru serta jambatan dan papa tanda bagi menghubungkan surau berkenaan serta memudahkan orang ramai mengetahui lokasi Surau berkenaan. Setelah di buat pengiraan dan kos binaan maka Datuk Seri Shahidan kassim telah menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM 4500 bagi membina Jeti serta jambatan yang di amanahkan kepada Ketua kampung berkenaan.

Untuk makluman semua, tapak surau berkenaan telah di wakafkan oleh seorang wanita beragama Kristian. Nenek itu beragama Kristian namun beliau mewakafkan surau berkenaan atas nama anaknya yang memeluk Islam lama dahulu. Kata nenek itu sejak Anaknya memeluk Islam kehidupan mereka sekeluarga bertambah mudah dan senang dan di limpahi dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Dan atas kesedaran itulah maka wanita itu mewakafkan tanah tersebut untuk di bina Surau oleh kerajaan Negeri.


Nenek Pemberi tanah Wakaf Membina Surau
Berumur 108 tahun Masih Kuat berjalan walupun sudah Bongkok

Walaupun Nenek berkenaan kagum dengan Islam namun atas faktor ketaatan dengan suaminya beliau masih kekal dengan Kristian. Namun demikian pembinaan Surau itu telah menjadikan ramai penduduk di Kg Bunga Kecil telah memeluk Islam. setakat ini sudah 96 orang Islam yang ada di Kg berkenaan daripada keseluruhan penduduk seramai 271 orang.

Kami semua yang ada terharu atas pengorbanan nenek tua yang sesungguhnya sedar bahawa islam itu adalah sinar yang membawa kepada kejayaan dan kebahagian setiap insan. D.S. Shahidan Kassim juga turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada nenek berkenaan atas jasa dan pengorbanannya mewakafkan tanah miliknya bagi pembinaan Surau.

Dalam pada ini Gomo terfikir patutlah kerajaan Malaysia ni membina banyak Masjid dan juga surau di seluruh penempatan sampaikan ada sesetengah kawasan itu sampai 2 buah Masjid berhampiran. Rupa rupanya ini lah Dakwah kita dalam mengajak bakal saudara baru mendekati dan bersama kita dalam Islam. Ternyata kata kata pembangkang yang kerajaan Melakukan pembaziran dalam membina Masjid dan Surau ini adalah tidak tepat sama sekali.

Selesai ke Kg Bunga kami semua meneruskan lawatan ke lokasi penempatan masyarakat Iban dan melanau yang lain. Kami semua sampai di Jeti Bandar Sibu jam lebih kurang 10.00 malam memandangkan Bot kami tidak berupaya untuk bergerak pantas waktu malam takut terlanggar Balak balak Hanyut.

Ternayata pengalaman seharian Gomo, Blogger Keris Putra, Armand Perkasa, Baam Al Assad Perkasa, Hafiz UMB dan juga Zamil Zuki Teh tarik YB yang mengikuti Datuk Seri Shahidan Kassim bekas MB Perlis berbaloi sama sekali. Walaupun kami letih dan begitu penat namun dengan semangat yang macam orang Muda di tunjukkan oleh D.S.Shahidan kassim ini membuatkan kami lebih bersemangat dan tidak mahu tewas dengan Beliau. he he he

Apa yang Gomo nak rumuskan di sini adalah kami yang orang UMNO berkempen di rumah panjang. Kami pun berkempen juga melawat penempatan penduduk rumah panjang Iban dan kaum melanau. Tapi tidak lah kami memberikan sumbangan dan imbuhan kepada mereka semua dengan cara yang tidak mengira halal dan haram. Kalimah Allah juga tidak kami korbankan dan hasilnya mereka bukan Islam masih terbuka hati untuk memeluk Islam.

Sebusuk busuk kami pun tidak lah kami memberikan BABI dan ARAK kepada para pengundi Sibu. Malah kalimah Allah pun kami tidak perjudikan.Ini telah jelas membuktikan Pakatan rakyat DAP,PAS dan PKR sanggup menggunakan apa sahaja dalam menarik sokongan pengundi. Halal atau haram bukan lagi menjadi ukuran mereka semua. janji matlamat di capai mereka untuk menjadi Pemerintah Malaysia ini.

Psssttt...Gomo solat kemudian..he he he tu pasal snap gambar

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP