CYBER WAR - Perang Saikologi Melalui Fitnah Dan Batu Api Semakin Menjadi Jadi Di Sabah

Friday, June 4, 2010


Mangsa Terbaru Dan Paling Panas
Dalam Politik Sabah

Hari ni Gomo nak bawa pembaca semua ke Sabah meninjau politik yang berlaku di negeri bawah bayu itu. Gomo ada dapat beberapa sms, emel yang mengesa untuk melayari Website Pembangkang Sabah Kini yang mana boleh Gomo takrifkan adalah satu portal yang baik dari Pakatan Pembangkang untuk menghasut dan menyebarkan Fitnah kepada rakyat Sabah.

Klik SABAH KINI

Gomo ada baca beberapa artikel artikel yang mana banyak menghentam dan melemparkan Fitnah serta kecaman kepada wakil rakyat BN yang ada di Sabah. Portal ini juga tak banyak sangat menceritakan hal yang berlaku di Semenanjung sebaliknya tumpuan lebih di berikan terhadap wakil rakyat BN. Kira boleh di anggap portal ni adalah portal alternatif untuk wakil rakyat BN dalam memyempurnakan tugas mereka. Al maklum ada pemantau katakan!d

Siapa pemilik portal Sabah Kini ini? Emmm pastinya portal sebegini mempunyai Funder dari orang yang berpengaruh dan pastinya datang dari pakatan pembangkang. Jika di Kelantan Blogger di bayar rm4 juta apalah sangat dengan di Sabah ini! Pasti dana untuk menyebarkan Fitnah ini juga turut mendapat Habuan nya.

Mereka di Sabah kini ini juga turut mengajak sesiapa sahaja rakyat Sabah untuk berdaftar sebagai Blogger yang mana sudah tentu Blogger yang telah berdaftar tersebut akan duduk di bawah naungan Sabah Kini yang Pro Pakatan Pembangkang. Hebat modus operandi mereka. Kerajaan Barisan Nasional baik di Sabah, Sarawak ataupun Semenanjung mana Tahu buat benda benda ni semua. Kerana BN masih tak menyakini laman Blogg dan Portal yang wujud.

Gomo sebenarnya tertarik dengan sabah Kini ini bila dalam semenjak dua menjak ini artikel nya banyak melaga lagakan pimpinan BN khusnya UMNO dalam Negeri Sabah ini. Hari ni Portal tersebut melagakan pemimpin A dan Pemimpin B, esok depa akan melagakan Pemimpin B dengan C dan macam tu lah hari hari mendatang dalam artikel mereka. Untuk apa mereka melaga lagakan pimpinan BN khusunya UMNO?

Yang paling Panas dan mendapat tempat di kalangan pembaca adalah isu berhubung Ketua Menteri Sabah yang mana Portal Sabah Kini telah hebat dan amat rancak dalam melaga lagakan KM Datuk Seri Musa Aman dan juga Menteri Kemajuan Luar bandar Dan Wilayah Dato Seri Shafie Apdal. Apa tindakan BN dan UMNO dalam hal ini?

Hebat strategi mereka ini dalam memecah belahkan BN dan UMNO dari dalam. teringat bagaimana waktu ketika dulu bila mereka melagalagakan PM dan TPM. Mujur kami di sememanjung membantu dalam penulisan melalui Blogg dan Portal dalam menjelaskan keadaan sebenar bagi rakyat memahami.

Di Sabah??? Gomo pun malas nak ulas panjang bab ni, sekadar peringatan buat pemimpin BN dan UMNO di Sabah agar lebih elok bertindak segera dalam menangkis Fitnah dan dakyah Pembangkang ini. Jika di biarkan takut ianya akan merebak dan mempengaruhi rakyat Sabah khusunya ahli BN itu sendiri.

Hebat sungguh Program dan Dana Blogger Pakatan Pembangkang ini. sampai ke Sabah mereka di jaga. Blogger pro BN? Emmm macam biasalah......perjuangan FISABILLILAH.

Yang Jual nama kenyang, yang menulis Makan Pisang!!!

Psssttt...Sayang Sabah kerana Islam menyinar! Allahuakhbar

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP