PANAS-Emel Pendedahan Isu Panas Dalam Kerajaan Melaka Di Bawah D. S. Ali Rustam

Saturday, June 5, 2010


Sekadar Gambar Hiasan
Hiasan???

Gomo semalam menerima Emel yang datangnya dari nama pena Anak sejati Melaka. Penghantar emel ini menyampaikan kepada Gomo untuk di sebarkan cerita ini agar tindakan selanjutnya dapat di jalankan oleh pihak yang berkenaan di dalam pentadbiran Datuk Seri Ali Rustam. Katanya juga kerana sayang kepada Melaka dan menghormati kepimpinan D.S.Ali Rustam maka kerana itulah beliau mengkritik isu yang akan di sampaikan ini.

Emmm...Gomo juga sayang kepada UMNO yang mentadbir kerajaan Melaka. Cukuplah projek Eye yang Jahanam. Jangan jadikan isu yang akan di bawa ini pula yang membawa rebah. D.S.Ali Rustam perlu pantas dalam menyelesaikan isu ini. Moga pembaca dapat menilainya dan bersama sama kita menegur kepimpinan Kerajaan BN Melaka. Amin.......

Anak Melaka Sejati Said.....

Arena pentadbiran Datuk Seri Ali Rustam (DSAR) sekali lagi akan tercalar selepas episod pemilihan perwakilan UMNO yang lepas. Kejujuran dan kebaikan DSAR sekali lagi disalahgunakan oleh pegawai bawahannya. Kali ini pergolakan dan mungkin juga korupsi berlaku di salah sebuah anak syarikat dibawah Kerajaan Negeri Melaka iaitu Planetarium Melaka Sdn Bhd (PMSB).



Setelah Kerajaan Negeri Melaka membelanjakan hampir RM30juta untuk pembinaan PMSB yang lengkap dengan segala macam kemudahan pada lebih kurang 2 tahun yang lepas, minggu ini rata-rata pengunjung dan juga lapisan masyarakat terkejut dengan langkah Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) mengeluarkan



“TENDER PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KOMPLEKS PMSB”.



Desas-Desus mengatakan pengurusan PMSB sekarang yang diterajui oleh seorang bekas pekerja industri korporat yang berstatuskan “Phd.” telah gagal dan menyebabkan PMSB rugi dan seterusnya tidak mampu lagi menguruskan sendiri kompleks PMSB.



Daripada kaji selidik tidak rasmi, hampir keseluruhan kontraktor yang terlibat untuk pembinaan, penyelengaraan dan juga pasukan pengurusan PMSB adalah di kalangan kroni individu tertentu. Kaji selidik tidak rasmi ini juga mengatakan bahawa terdapat seorang individu yang menjadi “Mastermind” didalam mengatur segala urusan perniagaan dan peluang projek di PMSB.



Individu tersebut juga adalah anak kepada bekas orang kenamaan di Melaka. Individu ini juga telah terlibat secara langsung dimasa permulaan pembinaan PMSB kira-kira pada dua tahun yang lepas dimana individu ini telah mengaut keuntungan jutaan ringgit bagi projek kompleks PMSB ini.

Persoalannya disini,



  1. Apakah Kerajaan Melaka tidak sedar akan percaturan yang sedang berlaku ini?
  2. Ataupun ianya didalangi ataupun dilindungi oleh “Orang Dalam”?
  3. dan mengapakah Kerajaan Melaka masih berurusan dengan individu tersebut?
  4. Adakah semua yang berlaku ini diketahui oleh DSAR?


Segala permainan individu yang tidak bertanggungjawab dan keuntungan yang telah dikaut selama ini, telah terbukti menyebabkan PMSB gagal mendapat keuntungan dan seterusnya gagal menguruskan sendiri kompleks dan perniagaan PMSB.



Masyarakat dan pihak-pihak yang mengetahui masalah ini pastinya sedih dengan keadaan yang berlaku dan pastinya Ketua Negeri Melaka DSAR tidak mengetahui hal sebenarnya kerana selama ini ianya dilindungi oleh individu tertentu yang tidak bertanggungjawab. Harapan masyarakat agar DSAR dapat menyiasat hal ini bagi mengembalikan semula hak masyarakat untuk menikmati kemudahan dan keistimewaan PMSB yang pada mulanya dibina hanyalah untuk tatapan rakyat.



Kiriman Anak Melaka Sejati


Psssttt...Kerajaan Melaka kena jawap isu ni, jangan di simpan kelak bernanah membawa parah.


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP