FAKTA - Anwar Ibrahim Tercabar Dengan Usaha Tun Mahathir Membantu Rakyat Palestin

Sunday, June 6, 2010


Rakan rakan Yahudi Rejim Zionis
Sekutu Rapat Anwar Ibrahim

Kecoh seminggu dua ini kesan dari kekejaman Rejim Zionis yang melakukan tindakan Ganas dan tidak berperikemanusiaan terhadap Kapal Kapal Misi bantuan Gaza yang mana telah berjaya menghimpunkan ribuan rakyat dari seluruh dunia menjadi sukarelawan dalam misi ini.

Kekejaman Zionis yang telah membunuh belasan sukarelawan yang tidak bersenjata dan mengakibatkan kecederaan kepada berpuluh puluh sukarelawan juga mendapat kecaman dari serata dunia dan tidak terkecuali Kerajaan Malaysia.

Demostrasi aman di lakukan di Malaysia ini tampa mengira pemahaman Politik baik dari Kerajaan BN mahupun pakatan Pembangkang. Namun dalam isu demo menyuarakan kecaman terhadap rejim zionis ini telah mula timbul menangguk di air yang keroh oleh Ketua Pakatan Pembangkan iaitu Anwar Ibrahim.

Seluruh Malaysia tahu malah dunia juga tahu apa hubungan Anwar Ibrahim ini dengan ramai kenalan bangsa Yahudi, malah Anwar bersahabat baik dan rapat dengan beberapa orang yang berada dalam barisan hadapan rejim Zionis ini. Pendek kata Anwar Ibrahim ini adalah sekutu rapat kepada rejim Zionis Lakhnat ini.

Namun dalam Demo yang di lakukan di hadapan kedutaan US pada minggu lalu, Anwar secara drastik menghentam Rejim Zionis melalui ucapannya. Dan situlah bermulanya sata Drama yang sememagnya handal di mainkan watak oleh Anwar Ibrahim ini.

Secara tiba tiba sebuah badan Yahudi telah mengeluarkan kenyataan Anwar Ibrahim adalah musuh Zinos dan juga anti Yahudi. Anwar Ibrahim merupakan musuh mereka dan mendapat kecaman dari Badan Yahudi itu. Wow....meletup letup nama Anwar kononya. Di labelkan Anwar Ibrahim sebagai seoran yang anti Zionis.

Benarkan Anwar Ibrahim seorang yang anti Zionis? Kalau kita lihat kenyataan Anwar Ibrahim yang kononya mengkritik Zionis ini hanyalah di Demo pada Jumaat yang lalu dan juga berlaku pada waktu ini sahaja. Walhalkan penduduk Palestin di tindas oleh Rejim Zionis sudah berabad lamanya. Di Mana suara Anwar yang mengutuk rejim Zionis ini pada waktu waktu sebelumnya?

Anwar juga tidak pernah menyatakan kutukan pada rejim Zionis ini sewaktu dirinya berada di forum forum jemputan Luar Negara yang mana di hadirinya. Mengapa tidak meyambut peluang yang di berikan semasa berucap di forum forum yang di hadiri rakyat Luar negara terutama negara Eropah dan sekutu Israel?

Apakah Anwar Ibrahim pejuang Islam?

Apa yang berlaku sebenarnya adalah cubaan Anwar yang ingin menutup kelemahan dirinya yang merupakan sekutu rapat kepada Zionis. Dan Anwar Ibrahim sebenarnya rasa TERCABAR apabila mengetahui yang Kapal Kapal misi bantuan Gaza ini di kelolai oleh Tun Dr Mahathir musuh ketatnya selama ini. Ekoran inilah Anwar Ibrahim melukut di tepian gantang dan meraih peluang mengkritik Zionis seolah olah Anwar Ibrahim lah pejuang Islam dan berjuang membebaskan Palestin.

Rakyat tidak bodoh dalam mengiyakan apa yang di katakan oleh Anwar Ibrahim ini. Malah rakyat jelas serta sedar Kerajaan Malaysia yang mana di pimpin oleh Tun Dr Mahathir telah melakukan banyak usaha usaha dalam memberikan bantuan kepada rakyat Palestin. kapal kapal yang di hantar ke Gaza ini juga di bantu oleh kerajaan Malaysia.

Tun Mahathir juga lantang dalam mengkritik rejim Zionis ini sehinggakan Presiden US waktu itu George Bush mengkritik kenyataan Tun Mahathir dan pemimpin kanan Israel melabelkan Tun Mahathir seorang yang Anti Yahudi. Sejarah Tun Mahathir yang membantu Bosnia sewaktu perang Serbia Bosnia tidak di lupakan oleh pemimpin peminpin Kafir seluruh Dunia dan sebab itulah Tun amat berpengaruh di dalam Dunia ini khusunya dunia Islam.

Sekali lagi nak di tekankan Presiden US dan pemimpin kanan Israel yang mengkritik Tun Mahathir dan bukannya badan Ngo Yahudi macam yang mengkritik Anwar Ibrahim tu.

Usaha Anwar Ibrahim mahupun pemimpin Pakatan Pembangkang mengatakan Anwar Ibrahim pejuang Islam, dan menyatakan Pakatan Rakyat Haram itu membantu rakyat Palestin. Hakikatnya Sebuah Kapal Bantuan pun tidak di hantar oleh mereka itu ke Gaza. Apatah lagi dengan menyuarakan ke peringkat Dunia kecaman terhadap Israel.

Jangan kerana mereka selalu Berdemo sehinggakan terguling guling atas jalan sambil memegang bendera palestin boleh kita takrifkan mereka adalah pejuang rakyat Palestin. Walhalkan sedikit bantuan dari mereka tidak pernah di hulurkan bagi meringankan beban rakyat Palestin saudara Islam kita itu.

Keakraban Anwar Ibrahim dengan rakan rakan Yahudi nya tidak akan dapat di lupakan oleh kita semua. Drama yang berlaku kini seolah olah Anwar Ibrahim musuh Yahudi juga tidak dapat mempengaruhi kita yang sememangnya Anwar Ibrahim adalah Sekutu Rapat Rejim Zinosi dan Pengkhianat kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Psssttt....Hamparan karpet merah buat Anwar Ibrahim oleh kerajaan US tidak dapat kita lupa....TPM lebih hebat menerima penghormatan dari PM

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP