YB PAS Lompat Parti Kena Cerai Isteri Talak 3, Calon PAS Bukan Islam? Potong Anu Ke?

Saturday, June 12, 2010

"Bagaimanapun mereka hendaklah faham pada ajaran Islam serta bermoral tinggi,"

Kata Ucapan Haji hadi berhubung Wakil Calon Bukan Islam dalam PAS.

Dewan Syura PAS meluluskan untuk membenarkan Calon Bukan Islam bagi bertanding pada pilihanraya akan datang atas tiket PAS. Pengesahan ini telah pun di umumkan oleh Haji Hadi selaku presiden PAS. Hebat PAS sekarang ini, ini lah benar benar PAS for All.

Calon bukan Islam yang faham pada ajaran Islam? Calon macam mana tu jadi pilihan? yang macam Ngah Koo Meng tu ke baca hadis Al Quran? atau yang macam Xavier yang berceramah dalam masjid hentam Ahli UMNO yang Islam agamanya?

Calon yang bermoral tinggi? Nak moral tinggi macam mana tu? Kalau Eli Wong punya moral tu layak ke bertanding bagi wakil PAS? Teresa Kok yang menghina Azan dan tulisan Jawi tu boleh ke?

Kelakar juga dengan Pemimpin DUNGU PAS ni!

Abdul Hadi berkata kesemua calon dikehendaki mengadakan iqrar atau perjanjian dengan parti.

Setiap calon bukan Islam yang akan bertanding atas PAS di wajibkan untuk membuat Ikrar yang mana tidak boleh melompat parti jika menang di kerusi yang di pertandingkan itu. Wow...undang undang wajib ni.

Haji Hadi Menjelaskan:

"Lagi pun, orang yang bermoral tidak akan melanggar perjanjian,"

PAS sebelum ini berjaya mengekang fenomena lompat parti dalam partinya melalui "baiah" (sumpah taat setia) sesama Islam.

Bagaimanapun, mekanisme tersebut tidak boleh dilakukan terhadap penyokongnya yang berbeza agama.

Gomo nak tanya dengan juak PAS terutama pemimpin PAS akan hal yang di umumkan Haji Hadi ni. Kalau seseorang calon PAS bukan Islam lompat parti setelah menang pillihanraya kawasan yang di pertandingkan maka apa tindakan yang sewajarnya di lakukan kepada Calon Bukan Islam itu?

Jika pada waktu ini semua Wakil Rakyat PAS mengangkat Ikrar CERAI ISTERI TALAK TIGA jika Lompat parti, jadi apa mekanisma yang terbaik bagi menghalang mereka ini lompat parti? Nak Potong ANU nya ke? He he he

Bab Ikrar tu satu hal, tapi bab Kongsi Kuasa ni lagi Gomo naik hairan dengan PAS. Macam ada sesuatu strategi yang besar sedang di jalankan oleh PAS ini pada waktu jangka masa panjang. Pakatan Rakyat??? DAP? PKR? Macam mana?

Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS, emmm habis tu bagaimana dengan Calon KAFIR DAP dan PKR? Mereka nak bertanding di mana? Bukankah ini tidak mempamerkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat HARAM itu?

Haji Hadi dalam ucapannya mengatakan:

"Kita akan tanding di tempat PKR dan DAP tidak bertanding,"

Di mana tempat yang PKR dan DAP tak bertanding pada pilihanraya yang lalu? Untuk akan datang nanti apakah DAP dan PKR mengambil langkah selamat dengan mengurangkan Bajet dengan bertanding di kerusi pilihanraya tertentu sahaja? Haji Hadi BERMADAH?

Apa motif PAS yang sebenar? Apakah PAS sudah mula merangka strategi untuk keluar dari Pakatan DAP dan PKR ini? Bersama UMNO juga PAS tidak mahu, apakah kemungkinan PAS merangka strategi yang PAS merupakan kuasa Dominan dalam Negara ini kelak?

Apa yang jelas di sini PAS sedang melakukan satu pelan baru dalam politik tanahair ini, PAS akan keluar dari Pakatan DAP dan PKR bila PAS sudah berpengaruh dan memperolehi kerusi yang lebih dari rakan Pakatan mereka yang lain.

Jika Benar Pakatan itu Ikhlas sudah lama mereka bersatu dalam Kesepakatan mereka. PKR tiada masaalah dalam isu ini kerana mereka mempunyai Kaum Cina dan India yang sama banyak dengan Melayu dalam parti. Tapi DAP? Apakah ada kemungkinan DAP akan melakukan tindakan yang serupa sebagaimana PAS laksanakan?

Rakyat boleh menilai apa sebenarnya matlamat pakatan Rakyat ini. Apakah mereka ingin membantu rakyat ataupun mereka ingin Kuasa semata mata. Kerajaan BN setiap hari membincangkan masaalah rakyat dan mencari mekanisma yang terbaik buat kita semua. Bukan sebagaimana Pakatan DAP,PAS dan PKR yang setiap hari kerjanya menabur Fitnah dan bercakap mengenai Kuasa memerintah.

Psssttt....PAS for All, Habis Jahanam Melayu dan Islam!!!

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP