Polis Di Dakwa Membunuh Hasil LEMBIK Nya KDN Dan Kerajaan.

Tuesday, June 22, 2010



Agak GILA kerajaan BN sekarang ini, terutama pihak KDN yang makin lama makin penakut dengan tekanan demi tekanan yang pembangkang lakukan. Dulu tidak ada benda semacam ini berlaku bila ianya menjejaskan keselamatan negara. Tapi sekarang ni bukan sahaja menjejaskan keselamatan malah boleh menggugat keselamatan nyawa rakyat pun KDN masih jadi BISU dan BUTA TULI.

Gomo nak sentuh isu penangkapan dan pendakwaan Kpl Jenain Subi yang di tuduh melakukan Jenayah Membunuh Tampa Niat ke atas remaja berumur 15 tahun Arwah Aminulrasyid yang di tembak mati.

Kenapa Kpl Jenain Subi yang mana pada waktu kejadian dia sedang melakukan Tugas yang di di amanahkan untuk mengawal keselamatan awam telah di dakwa melakukan Jenayah Membunuh tampa Niat ke atas remaja yang mati itu? Mengapa pihak Kerajaan khusunya Kementerian Dalam negeri tidak menghalang pendakwaan ke atas Kpl Jenain Subi itu?

Pihak Polis mempunyai satu jabatan yang mana mengkhususkan kepada kesalahan disiplin setiap Pegawai dan anggota nya yang berkhidmat. Tatatertib yang sepatutnya mengambil siasatan sama ada semasa menjalankan tugas itu ada atau tidak kesilapan yang di lakukan oleh Kpl Jenain Subi itu. Hasil siasatan itulah yang akan menentukan sama ada ada kecuaian ataupun tidak semasa kejadian tembak tersebut.

Baru lah di putuskan sama ada kecuaian oleh Kpl Jenain Subi itu perlu di bicarakan ataupun tidak. Suruhanjaya Siasatan dalam kes ni pun tak jelaskan sama ada masa kejadian Kpl Jenain Subi ada atau tidak melakukan kesalahan. Benda tak complete lagi macam mana pulak boleh di dakwa Kpl Jenain Subi ni?

Kerana tekanan dari pihak Pakatan Pembangkang yang sememangnya anti Polis ni maka bagaikan Lembu di Cucuk Hidung pula bila mendakwa Kpl Jenain Subi ni. Kenapa tak Dakwa atas kesalahan MEMBUNUH je? Kan senang macam tu!

Anggota Polis ni berkhidmat tak kira waktu dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat. banyak kejayaan yang di perolehi oleh pihak Polis semasa menjalankan tugas yang di amanahkannya ini. Lepas ni elok lah kalau semasa menjalankan Tugas pihak Polis di bekalkan dengan COTA je. Ye lah, takut bila tertembak suspek maka akan di dakwa pula.

Hapuskan penjenayah pun pihak Polis kena kecam, apa sahaja pasti pihak Polis jadi mangsa politik pakatan Haram ni. Tambah pula dengan kerajaan yang sekarang ni dah makin Penakut, memang jahanam lah jadinya.

Pihak Polis di bawah Tan Sri Musa Hassan pun lembab juga bertindak dalam hal ni. Sampai sekarang tak di umumkan sama ada pemilik kereta yang di pandu Arwah Aminulrasyid itu sudah di dakwa ataupun tidak kerana membenarkan remaja bawah umur memandu tampa lesen. Tu Kesalahan besar yang mana boleh di dakwa. Takkan bila kena Gasak je pihak Polis takut nak ambil tindakan pada pemilik kereta tersebut?

Tak kira lah pemilik kereta tu Mak Bapak dia ke, kakak dan Abang dia,Pakcik dia ke yang pasti SALAH TETAP SALAH. Mana ada pengecualian dalam hal ni! Umumkan sama ada pemilik kenderaan itu telah di ambil tindakan ataupun tidak!!!

Tak pasal pasal anggota Polis yang berkorban nyawa di Gari dan di dakwa atas kesalahan yang tidak LOGIK sama sekali. Lainlah waktu kejadian Kpl Jenain Subi tu Menyamun Bersenjata boleh lah di dakwa atas kesalahan jenayah. Ini sedang bertugas dan menjalankan tugas yang penuh bahaya dalam menyelamatkan rakyat yang lain pula di dakwa.

Cuba masa kejadian Kpl Jenain Subi tak hentikan Remaja 15 tahun yang pandu kereta tu? Buat nya di langgar anak orang lain sampai mati dan patah riuk dah nanti di katakan pihak Polis lambat bertindak dan macam macam hal!

Kalau Gomo di tempat Kpl Jenain Subi waktu kejadian SAH Gomo akan tembak. Sama ada mati ataupun tidak remaja tersebut yang penting dapat menghentikan kereta tersebut dari terus bergerak dalam melanggar apa sahaja yang berada di laluan nya.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato Seri Hisyammuddin elok bertukar kementerian. Menteri Keselamatan Dalam negeri ni bukan nya Menteri AMARAN Dalam Negeri.

Tan Sri Musa Hassan dan KP Selangor jangan lepas pandang pada Kpl Jenain Subi tu, hulurkan bantuan dalam meringankan beban yang di tanggung olehnya dan keluarganya.

Psssttt...Yang berkorban di dakwa, penjenayah di julang bagaikan Hero. BANGANG!!!


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP