Batalkan Lesen Jualan Minuman Keras KK Mart Dengan Kadar Segera

Friday, June 25, 2010



7 Eleven milik syarikat asing dari Luar Negara. KK Mart milik warga Malaysia yang pasti Cina taukenya. Bagus bila syarikat tempatan dapat menyaingi syarikat luar negara, ini menunjukkan rakyat Malaysia juga boleh maju dalam perniagaan mereka setanding dengan jenama dari luar negara.

Tapi KK Mart ni lebih DAJAL dari 7 Eleven yang sebenarnya. 7 Eleven yang dah berpuluh tahun menjalankan perniagaan tidak pernah menjual minuman Alcohol jenis Whiskey mahupun liquer di premis mereka. Tak di nafikan memang terdapat penjualan arak iaitu BEER yang mana kandungan Alkohol rendah dan yang pasti harganya pun sekitar RM7 ke atas.

Tapi KK Mart? Dahlah milik rakyat Malaysia, tapi urusniaga nya melibatkan semua jenis penjualan Arak dari Whiskey, Liqeur,Wain dan Beer yang mana dari Botol Cap Ayam sampai lah yang jenis berjenama. Bermula dari Rm3 sahaja sudah boleh memperolehi minuman keras Liquer ini. memang murah dan mempunyai kandungan Alkohol yang amat tinggi berbanding Beer.

Paling istimewa pula KK Mart ini di buka 24 jam yang mana semua jenis Arak itu pun boleh di jual pada bila bila waktu tampa mengira yang datang tu orang muda mahupun tua janji duit cukup boleh beli. Umat Islam pun ramai yang beli, bukan sahaja Melayu, tapi dengan si pak Arab, Sudan Afrika yang islam tu pun boleh bebas beli tampa sekatan.

Gomo membuat pemerhatian di KK Mart Danau Kota yang mana memang ramai pelanggan nya terutama pada waktu malam hari memandangkan terdapatnya Uptown di kawasan berkenaan. Tiap tiap hari KK Mart ini menambah Stock bekalan Arak semua jenis nya sampai berpuluh puluh kotak. Laku sangat ke sampai macam tu penambahan Stock?

Dari pemerhatian juga Gomo lihat pembeli jam 9.00mlm tak putus putus membeli minuman keras sampailah jam ke 4.00pagi. Kalau duit Rm 5 boleh beli yang harga nya Rm5. Kalau ada Rm100 boleh beli yang Rm100 sebotol. Dari botol kecik sampailah ke besar semua nya mampu di beli oleh pengunjung tak kira remaja mahupun warga emas.

Anak melayu merupakan pelanggan tetap di KK Mart ini, Duit tak menjadi masaalah dalam membeli minuman keras ini kerana kalau 4 ke 5 orang kongsi Rm1 @ Rm2 maka dapatlah beli sebotol dua Liquer berjenama murah seperti Thai Song,Padi dan sebagainya.

Ini juga merupakan faktor kepada peningkatan jenayah Rogol,Liwat,Cabul yang berlaku di era ini khusunya anak muda Melayu. Kes pembuangan bayi juga meningkat kerana hal sedemikian yang mana menggalakan anak anak muda ini hilang rasa malu dan tanggungjawap setelah Khayal dengan minuman keras berjenama murah ini.

Pembatalan lesen menjual minuman keras di KK Mart perlu di lakukan dengan kadar segera dan bukan hanya meletakkan syarat kepada KK Mart untuk menjual minuman keras kepada Bukan Islam dan juga menghadkan penjualan sehingga jam 12 malam sahaja.

Sebelum ini pun perletakkan syarat telah di berikan dan jelas membuktikan KK Mart mengabaikan syarat yang di tetapkan sama sekali. Mereka KK Mart mencari untung dan sudah pasti tidak mengira akan syarat yang sedemikian rupa memandangkan tidak ada pengkuatkuasaan yang hadir memantau operasi jualan KK mart setiap hari.

Para pekerja KK Mart jika kita lihat di mana mana sahaja tidak wujud pekerja tempatan. Dari jawatan Stokis,Jurujual,juruwang,pengurus sehingga lah ke manager sekalipun pasti jawatan ini akan di isi oleh warga Myammar, Vietnam ataupun Bangla. Mereka pekerja asing ini tidak peka dengan isu penjualan arak kepada orang Islam memandangkan mereka hanya makan gaji semata mata.

Pihak Kerajaan BN dan juga Pakatan Rakyat perlu membatalkan lesen penjualan Arak di KK Mart serta merta jika tidak ingin melihat rakyat Malaysia menjadi penagih Arak arak Murah. Sekarang ini pun sudah wujud golongan sedemikian dan kewajipan kerajaan menghentikan dari terus berleluasa.

Air buah pun segelas rm5 tapi minum tak stim. Kalau beli sebotol Liquer murah pun boleh dapat Rm5 ni yang pasti bila meneguknya akan membuatkan Stim sampai menonggeng. Bebudak sekarang ini lebih kepada kehidupan bebas dan ini lah akan mereka lakukan dengan wang rm5 yang ibu bapa mereka beri.

Psssttt...Malaysia ni nak jadi macam US agaknya......

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP