KJ Melayu Mudah Lupa Apabila Menjadi BARUA Wee Ka Siong

Sunday, June 27, 2010



Hari ini dalam sejarah bila Gomo menegur kepimpinan Ketua Pemuda UMNO saudara Khairi Jamaluddin atau nama Glamour nya KJ kerana menghentam PERKASA pertubuhan Pribumi Perkasa Negara yang mana umum kita tahu rata rata ahli PERKASA ini di sertai oleh orang Melayu.

Gomo hairan mengapa KJ yang mana berjawatan Ketua Pemuda UMNO lantang mengkritik PERKASA dan Tok Him Presiden PERKASA. Apa masaalah KJ sampai begitu sinis mengkritik PERKASA?

Mungkin ramai tak sedar bahawa isu pertengkaran antara Tok Him dan KJ ini sebenarnya bermula di antara Tok Him dan Wee Kaa Siong Ketua Pemuda MCA yang mana KP MCA ini telah dengan nada sinis menyindir peruntukkan Biasiswa MARA buat orang orang Melayu. Tok Him selaku presiden PERKASA menemplak apa yang cuba di mainkan oleh Wee Kaa Siong ini dalam mempertikaikai peruntukkan Biasiswa MARA buat pelajar Melayu.KJ kemudian cuba masuk campur dengan mempertahankan kenyataan Wee Kaa Siong dan kemudiannya meneruskan persengketaan dengan Tok Him dan PERKASA.

Apa motif KJ masuk campur dalam persenketaan antara Tok Him dan Wee Ka Siong? Apakah kerana KJ berjawatan Ketua Pemuda Barisan Nasional maka tindakan yang di ambil KJ ini tepat sama sekali?

KJ Melalui Twitter nya mengatakan
PERKASA tidak menyokong D.S.Najib dalam konsep 1 Malaysia.

Apakah KJ sebenarnya cuba MEMBODEK D.S.Najib? Semua tahu dan jelas selama wujudnya PERKASA ini tidak pernah sama sekali PERKASA menentang konsep 1 Malaysia yang di ilhamkan D.S.Najib ini kerana konsep 1 Malaysia ini berlandaskan perlembagaan yang mana Hak keistimewaan kaum Bumiputera kekal dan terjamin.

Kami menyokong apa sahaja usaha Kerajaan yang mana perlu dalam membangunkan Negara Malaysia ini selagi terus mengekalkan Hak Hak keistimewaan orang orang Bumiputera yang termaktub dalam perlembagaan. Itu adalah jelas buat KJ untuk dirinya menilai setiap dari kata kata nya itu.

KJ turut berkata PERKASA punca Kaum lain menolak BN.

Apakah KJ cuba meraih sokongan peribadi pengundi Cina dan India dalam hal ini? Al Maklum kita semua jelas bahawa kekalahan teruk BN pada PRU ke 12 yang lalu adalah berpunca dari kelemahan BN yang mana di Tadbir oleh KJ waktu itu. Opsss...Sorry Pak lah menjadi PM masa itu dan KJ menjadi Penasihat Pak Lah.

Tanya sahaja kaum Cina dan India malah orang melayu sendiri mengatakan ini Pak lah sama KJ sudah kasi susah sama kita semua. Gomo sendiri waktu itu melihat punca kekalahan BN adalah berpunca dari Pak Lah dan juga KJ sendiri.

PRK Hulu Selangor PERKASA berkempen di Kg Sg Buaya untuk calon mana? PKR meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon dan BN pula meletakkan P.Kamalanathan. KJ ingat PERKASA kempen untuk Zaid Ibrahim yang Melayu Haprak tu ke? PERKASA berkempen menyokong calon BN walaupun calon BN itu bukan bangsa Pribumi. Kerana apa? Kerana Tok Him kata dengan jelas Selagi seseorang itu menghormati dasar perlembagaan maka kita patut sokong.

Apa ingat PERKASA cuba MEMBODEK D.S.Najib ke?

kalau PERKASA Bodek tidak lah akan ada isu yang PERKASA usulkan kepada PM untuk di nilai semula seperti isu Dasar Ekonomi Baru, Isu Kg Baru, Isu Biasiswa, dan macam macam isu yang di minta kerajaan di bawah D.S.Najib mengkajinya semula bagi memastikan melayu tidak terpinggir.

KJ sebenarnya cuba menjadi jaguh kaum Cina dan India kerana menolak apa yang di usahakan oleh PERKASA. Sejak dari penubuhan Perkasa KJ serta beberapa sepupu sepakatnya cuba melemahkan Perkasa termasuklan juga Pakatan Pembangkang. Lihat sahaja bagaimana Anwar Brahim bergitu prihatin dengan Perkasa sampai setiap hari di mainkan isu kepada rakyat bahawa Perkasa RACIST dan Barua UMNO.

KJ patut sedar apa posisi jawatan dirinya itu. Ketua Pemuda UMNO. KJ tak sedar ke UMNO tu parti yang menjadi payung buat orang Melayu? Kalau Melayu tidak menyokong UMNO apakah kita hendak lihat melayu menyertai DAP? Di sinilah perananan yang di mainkan oleh PERKASA sebenarnya.

PERKASA wujud bagi merapatkan orang Melayu agar jangan merajuk pada kerajaan selepas kekalahan besar Pak lah dan KJ pada PRU 12 yang lalu. Atas usaha ini Perkasa menjemput orang orang Melayu untuk bernaung di bawah PERKASA bagi meluahkan kemarahan dan juga kekecewaan terhadap kerajaan. Kenapa PERKASA melakukan hal ini?

Ini bertujuan bagi mengelakkan orang Melayu keluar dan menyertai DAP,PKR yang mana kita semua tahu mereka tidak akan memperjuangkan nasib orang Melayu. Ini jelas bila mana mana pelancaran PERKASA mahupun aktiviti yang ada rata rata ahli Perkasa adalah mereka yang di dalam kalangan ahli UMNO. Malah kepimpinan UMNO juga ramai yang menyertai perjuangan Perkasa ini.

Apakah KJ sedar hal ini? Seeloknya kita semua patut tanya pada KJ apakah sumbangan nya dalam menyatupadukan orang orang Melayu khusunya ahli UMNO itu sendiri. KJ juga harus musabah diri dan tawaduk bahawa dirinya bukan lagi pejuang tulen orang melayu tetapi tidak lebih dari Langau yang cuba meraih populariti bagi kepentingan dirinya sendiri.

UMNO memperjuangkan Nasib dan Hala Tuju Orang Melayu
PERKASA menyatupadukan orang Melayu.

UMNO dan PERKASA Relevan dalam perjuangan orang orang Melayu. KJ seharusnya sedar akan hal ini dan sepatutnya menyokong apa apa usaha dalam merapatkan perpaduan antara orang orang Melayu. Bukan sebaliknya KJ menjadi BARUA Cina kerana ingin meraih sesuatu yang kita semua tahu matlamat KJ ini.

Tun Dr Mahathir sering mengingatkan orang melayu agar tidak lupa diri. Khusunya ahli UMNO itu sendiri. Dan terbukti telah wujud hari ini seorang Ketua Pemuda UMNO yang tidak menyokong perjuangan orang Melayu.

KJ Lupa Asal Usul, KJ Lupa Darah Melayunya itu, KJ Lupa Melayu Tersepit, KJ Lupa Jati Dirinya, KJ Lupa Jawatan KP UMNO nya, KJ Lupa Perjuangan UMNO, KJ adalah Melayu yang lupa diri.

Psssttt....Hancur UMNO jika Melayu di sisihkan dan Memanjakan bangsa lain.

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP