GEMPAR- Nizar Lambai Punca Kekalahan Pasukan Bolasepak Jepun

Wednesday, June 30, 2010


Pasukan Bolasepak Jepun

Gomo taknak ulas banyak hari ni, tapi serius lah nak sentuh sikit pasal bola sepak World Cup yang sedang berlangsung sekarang ni. Kita tahu wakil Asia Jepun telah tewas penalti kepada Paraguay. Ye lah bola tu bulat memang tak dapat dinafikan apa sahaja boleh berlaku dalam sukan kegilaan ramai ni.


Jurulatih Pasukan Jepun

Tapi Gomo nak sebut dengan jelas di sini punca kekalahan pasukan Bolasepak Jepun kerana telah melantik Nizar Lambai sebagai Jurulatih mereka. Pasal si Nizar ni lah membuatkan pasukan Jepun kalah kepada Paraguay.


Bekas MB Perak


Psssttt...Gila Nizar ni, sampai ke Jepun pun dia Gila Kuasa

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

RM 20 Juta Untuk Kaum India! Syabas TEKUN Yang Masih Lagi LEMBAB



Syabas pihak TEKUN kerana memperuntukkan Rm20 juta bagi di sediakan dalam memberikan bantuan kepada usahawa usahawan Kaum India. Gomo menyokong penuh atas usaha yang telah diumumkan oleh pihak TEKUN ini dalam meningkatkan golongan usahawa Kaum India dalam menyaingi Usahawan Kaum Cina yang mana pada masa ini kita lihat jurangnya semakin Lebar dan Kaum Melayu serta India jauh ketinggalan.

Gomo mempunyai ramai rakan rakan India yang berniaga Pasar Malam sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini. Jangan kata pasar malam sahaja malah sampai pasar karat pun Gomo dan harungi jadi peniaga jalanan yang kadang kala tak berpayung dan berbumbung ini. Rakan India yang Gomo kenali boleh di katakan hampir kesemunya meminjam dari ALONG Ceti Haram bagi menjalankan perniagaan mereka.

Bunga bukan sikit yang perlu di bayar kepada ceti haram ni malah ada rakan India yang Gomo kenali sampai telah melarikan diri dari Lembah Klang ini hanya kerana meminjam Rm5 ribu sahaja. Sampai ke hari ini Gomo masih tak berjumpa dengannya Ntah hidup atau tidak pun tak tahu. Pinjam Rm5 ribu pun bila tak bayar Bunga nya boleh cecah Puluhan Ribu. Jangan main main dengan Ceti Haram ni.

Sebelum ini Gomo tak nampak mekanisma yang di ambil oleh MIC dalam membantu kaum India khususnya para usahawan ini dalam memajukan bidang perniagaan mereka. Bila di umumkan TEKUN ini maka ianya tidak lain dan tidak bukan adalah satu Usaha dari UMNO dalam membantu Kaum India di Malaysia ini. Syabas UMNO kerana berjaya memberikan nafas baru kepada Usahawan Kaum India.

Namun Gomo sebenarnya juga ingin menyentuh Pihak Kerajaan terutama pihak TEKUN dan MARA kerana dalam akhir kebelakangan ini begitu payah mengeluarkan peruntukkan kepada para peniaga kecil sepertima mana Gomo dan rakan rakan pasar malam yang lain. Kenapa susah sangat nak berikan pinjaman kepada kami?

TEKUN dan MARA dalam borang permohonan mereka menyatakan
" Pinjaman RM 50 Ribu Tampa Cagaran"

Jadi ramai di kalangan para peniaga pasar malam yang memohon RM50 ribu. Tak di nafikan takkan lah pertama kali pinjam terus pihak TEKUN dan MARA nak beri peruntukkan sampai RM50 Ribu. Tapi agak agak lah kalau nak beri pinjaman tu jangan lah sampai peniaga yang dah mempunyai Lesen, tapak perniagaan, Akaun Bank yang cantik, kertas kerja yang lengkap hanya di beri kelulusan RM5 ribu sampai RM15 ribu je. Kurang kurang berilah kelulusan RM30 ribu kepada mereka yang benar benar layak.

Pihak TEKUN dan MARA meluluskan pinjaman RM5- 15 ribu, dan selepas itu peniaga tersebut tidak boleh meminjam selagi tidak membayar jumlah keseluruhan yang di pinjam. Jadi bagaimana nak memajukan perniagaan yang ada dengan hanya modal Rm5- 15 ribu itu? (Overlaping juga pada waktu ini sudah 2 tahun di bekukan kerana tiada dana keewangan)

Opsss Gomo tak kata yang Rm 5-15 Ribu itu tidak cukup, ianya memang cukup kepada mereka yang baru memulakan perniagaan ataupun baru sahaja hendak belajar berniaga. Gomo dulu pun bermodalkan Rm1 ribu sahaja. Namun jumlah pinjaman yang di luluskan itu sebenarnya adalah tidak cukup kepada mereka yang telah lama berniaga dan dalam peningkatan untuk memajukan perniagaan.

Pihak TEKUN dan MARA seharusnya mengkaji mekanisma yang terbaik dalam membantu usahawan usahawan yang ada ini. Walaupun peniaga pasar malam namun kami juga merupakan penyumbang kepada ekonomi negara ini. Pengerak utama kepada rakyat di bawah!!!

Akhir sekali Gomo harap dengan peruntukkan Rm20 juta yang akan pihak TEKUN bantu kaum India ini di harapkan dapat memberikan pinjaman yang seadilnya kepada mereka yang benar benar memerlukan dalam perniagaan mereka. Dan di harapkan pihak TEKUN hentikanlah karenah Biokrasi dalam menguruskan sesuatu pinjaman itu.

TEKUN janji dalam masa sebulan permohonan di luluskan, apalah guna jika setakat lulus sahaja dalam masa sebulan sedangkan Wang pinjaman itu hanya akan dapat di terima dalam masa 3 atau 4 bulan kemudiannya. Harap jangan perbodohkan peminjam peminjam yang ada. nak bantu biar benar benar membantu.

Moga Peniaga kaum India dan Melayu akan terus maju dalam menyaingi monopoli peniaga peniaga Kaum Cina di Malaysia ini. Kita sebenarnya mampu menandingi mereka!!!

Psssttt...Baik untuk rakyat di bawah, maka baiklah juga untuk Kerajaan.

AS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP