GEMPAR- Anwar Kantoi Lagi......

Saturday, July 10, 2010

Tidak hairan jika Anwar biaya temu bual dengan CNN: Shafie
BESUT - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Beliau berkata, bagi mereka yang mengenali Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, akan tahu ia sesuatu yang tidak mustahil dan boleh dibuat Anwar.

"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Besut, di sini, hari ini.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas dakwaan Presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino bahawa Anwar telah menggunakan lobi rangkaian sahabatnya di CNN, bagi menaikkan semula imejnya di kaca mata dunia.

Trevino yang dipetik melalui tulisan di The New Ledger berkata, perjalanan wawancara itu dikendalikan dan soalan yang dirancang, jelas bertujuan menjayakan misi Anwar untuk menambat semula sokongan pelobi Yahudi.

Dalam rancangan temu bual Connector of the Day terbitan CNN itu, minggu lalu, Anwar mengambil peluang itu untuk memburukkan negara selain turut mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara.

Anwar juga mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh Umno mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh.

Baru-baru ini, akhbar Washington Post melalui tulisan kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl, mendedahkan bahawa Anwar berada di Washington pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok Yahudi.

Sumber Bernama

Psssttt...Apa juak Anwar nak jawap bab ni? Juak PAS? Yesss PAS For All

Anwar Al Juburi Harus Bertaubat

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP