KECOH- Lagi Mesyuarat Bahagian UMNO Bertelagah!

Sunday, July 11, 2010

Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Sungai Petani kecoh
SUNGAI PETANI: Majlis perasmian mesyuarat agung UMNO Bahagian Sungai Petani di Hotel SP Inn di sini, sebentar tadi kecoh apabila sekumpulan lebih 30 ahli parti itu mendesak Ketuanya, Ali Yahya, melepaskan jawatan.

Kumpulan itu yang mendakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ali mula menimbulkan kekecohan dan menjerit meminta Ketua UMNO Bahagian itu melepaskan jawatan sebaik Ali memasuki dewan untuk majlis perasmian itu yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah.

Suasana kecoh itu berlangsung selama kira-kira 10 minit apabila kumpulan terbabit memekik bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO bahagian itu.

Suasana gamat bagaimanapun kembali tenang dan terkawal apabila wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri, iaitu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Ariffin Man, meminta kumpulan terbabit bertenang dan mengambil tempat masing-masing bagi membolehkan Jamil Khir memberikan ucapan perasmian.

Sumber Bernama

Ni lah yang berlaku bila kepimpinan Bahagian tidak lagi di hormati oleh ahli ahli nya! Sebab apa ianya berlaku? Ahli UMNO Bahagian tersebut sahaja yang tahu apa masaalah ketua Bahagian mereka ini. Kita yang orang luar tak tahu apa apa pun.

UMNO Pusat yang di ketuai oleh D.S.Najib perlu melakukan tindakan yang tegas bagi membersihkan mana mana kepimpinan Ketua Bahagian yang di tolak Ahli nya! Malah ketua ketua Bahagian yang dok meroyan gila Projek tapi mengabaikan rakyat sekitar nya juga perlu di bersihkan!

UMNO perlu nafas baru dalam kepimpinan Cawangan,Bahagian bagi menjamin kemenangan PRU13 akan datang. Proses pemutihan perlu di lakukan memandangkan sudah banyak keluh kesah yang kita dengar akan kelembapan Ketua ketua yang di amanahkan ini.

UMNO Relevan buat Rakyat Khusunya orang Melayu! Tapi apa guna jika yang di lantik memimpin sesebuah kawasan itu hanya mementingkan Pangkat semata mata!

Psssttt...UMNO perlu di mantapkan untuk menghadapi gelombang PRU13 Kelak

Anwar Al Juburi Harus Bertaubat

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP