17 Cawangan UMNO Jeluting Desak Zahid Hamidi Untuk....
Tuesday, July 13, 2010
17 cawangan Umno Jelutong desak Zahid selesai isu dalaman
GEORGETOWN: Lebih 4,000 anggota daripada 17 cawangan UMNO dalam Bahagian Jelutong hari ini mendesak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyelesaikan segera krisis dalaman yang dihadapi bahagian itu sejak tiga tahun lalu.
Wakil ketua UMNO cawangan yang "tergantung" itu, Abdul Wahab Abdullah, berkata Zahid perlu berjumpa dengan semua ketua dan jawatankuasa 17 cawangan terbabit supaya krisis itu tidak berlarutan dan menjejaskan persiapan pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Kami daripada 17 cawangan UMNO ini masih lagi sayangkan parti dan masih berdiri teguh di belakang UMNO, jadi janganlah biarkan kami meningggalkan UMNO hanya kerana tiada apa yang boleh dibincangkan lagi," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, semua 17 cawangan UMNO itu kesal dengan tindakan kepimpinan Bahagian Jelutong dan Badan Perhubungan Negeri yang menfitnah kononnya status cawangan mereka tidak sah atas alasan mempunyai ahli hantu.
"Sehingga tahun ini, kami tidak menerima apa-apa surat yang menyatakan status kami tidak sah atau digantung ataupun ditangguh dan oleh itu apa yang kami lakukan adalah mengikut undang-undang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing semalam," katanya.
Abdul Wahab berkata, sebelum ini terdapat wakil Majlis Tertinggi (MT) Umno menjalankan siasatan mengenai dakwaan UMNO Bahagian Jelutong terhadap 17 cawangan terbabit dan hasil siasatan itu mengesahkan bahawa semua cawangan itu mempunyai lebih 4,000 ahli sah.
"Adalah tidak logik tuduhan bahawa cawangan-cawangan kami mempunyai ahli hantu kerana jika ia benar-benar berlaku, UMNO Bahagian Jelutong itu sendiri adalah tidak sah sekarang kerana kebanyakan kami adalah bekas barisan kepimpinan UMNO bahagian itu dan telah pernah menghadiri persidangan perwakilan bahagian," katanya.
Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutong
Sumber Bernama
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone